Dalam dunia hari ini di mana banyak hubungan terlerai kerana perkara kecil, kisah DJ Koo menyinar sebagai lambang cinta dan kesetiaan seorang lelaki yang tidak goyah meskipun diuji dengan kehilangan paling perit.

Sejak pemergian isterinya, pelakon tersohor Taiwan Barbie Hsu, DJ Koo tidak pernah gagal menziarahi pusara isterinya hampir setiap hari.

Tanpa mengira cuaca atau kesibukan, DJ Koo yang berusia 56 tahun tetap hadir ke Tanah Perkuburan Chin Pao San di New Taipei City dengan hati yang sarat rindu. Setiap kali tiba, dia duduk lama di sisi pusara, diam dan tenang.

Dalam satu hantaran di Threads pada 27 Julai, seorang pengguna berkongsi pengalaman menziarahi tanah perkuburan itu bersama kumpulan mereka untuk meletakkan bunga di pusara Barbie Hsu. Mereka terkejut apabila melihat seorang lelaki duduk bersendirian di kawasan perkuburan itu.

Kisah Kesetiaan DJ Koo, Lawat Pusara Isterinya Barbie Hsu Setiap Hari  

Apabila mereka mendekati, barulah mereka menyedari bahawa lelaki tersebut adalah DJ Koo. Menurut pengguna itu, DJ Koo mengucapkan terima kasih dengan sopan. Mereka menyatakan tidak dapat membayangkan kesakitan yang ditanggung DJ Koo kerana kehilangan isterinya dan menggambarkannya sebagai individu paling setia yang pernah mereka kenali.

Bagi sesetengah orang mungkin ia sekadar rutin, tetapi bagi DJ Koo, itu adalah bentuk cintanya yang masih hidup.

Kisah Kesetiaan DJ Koo, Lawat Pusara Isterinya Barbie Hsu Setiap Hari  

Ads

Menurut laporan media tempatan, dia kini berada dalam fasa kehilangan yang sangat berat.

Berat badannya menyusut lebih 12 kilogram. Selera makan hilang. Wajahnya yang dulu penuh tenaga kini sering kelihatan letih dan sayu. Bukan letih fizikal semata, tetapi emosi yang ditarik oleh kekosongan tanpa pasangan hidupnya.

Cinta yang Terus Hidup Walau Berakhir

Upacara pengebumian Barbie pada 15 Mac menjadi momen yang sukar dilupakan ramai. DJ Koo, dalam hujan lebat, berjalan sendiri membawa bekas abu isterinya. Dia tidak berteduh di bawah payung.

Tidak juga meminta sesiapa temankan. Hanya dirinya dan sisa jasad insan yang paling dicintai.

Kini, dia dilaporkan sedang mencari kediaman berhampiran tanah perkuburan itu. Bukan untuk keselesaan semata, tetapi agar dia sentiasa dekat secara rohani dengan isterinya. Walaupun jasad terpisah oleh dunia, dia masih mahu kekal dalam lingkungan emosi dan kenangan yang pernah dibina bersama.

Ads

Kisah Kesetiaan DJ Koo, Lawat Pusara Isterinya Barbie Hsu Setiap Hari  

Pasangan ini berkahwin pada tahun 2022 dan tidak dikurniakan cahaya mata. Sebelum itu, Barbie pernah berkahwin dengan ahli perniagaan dari China dan mempunyai dua anak.

Namun dalam tempoh singkat bersama, cinta mereka menjadi kuat dan penuh makna, walaupun akhirnya terputus oleh ajal.

BACA: Ciri Lelaki Maskulin Di Mata Wanita, Adakah Hanya Berbadan Tegap Semata?

Ads

Barbie meninggal dunia pada Februari lalu akibat pneumonia ketika berada di Jepun.

Walaupun kehilangan itu tragik, yang lebih mengharukan ialah bagaimana DJ Koo menerima takdir dengan penuh sabar dan tetap berdiri dalam cintanya.

Dalam diam, dia menunjukkan bahawa lelaki juga boleh setia. Lelaki juga mampu mencintai sepenuh jiwa. Dan lelaki juga tidak takut untuk menangis.

Kisah ini mengingatkan kita bahawa kekuatan sebenar lelaki bukan pada kerasnya suara atau tegasnya langkah, tetapi pada hatinya yang berani menyayangi tanpa syarat dan terus mencintai walaupun cinta itu tinggal kenangan.

Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.

 

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Gentleman semua dah baca MASKULIN? Download dekat je senang

KLIK DI SEENI
Ads