Gaya Hidup

KJ Pamer Sudut Lain Personalitinya, Netizen Teruja Penampilan KJ Di Muka Depan Majalah

Share

Walaupun ketika ini hanya memegang portfolio sebagai Ahli Parlimen Rembau, Negeri Sembilan, namun aura yang ditinggalkan oleh Bekas Menteri Belia & Sukan, Khairy Jamaluddin (KJ) masih lagi hebat.

Baru-baru ini, dia tampil sebagai penghias muka hadapan sebuah majalah tempatan Unreserved yang mana pembaca bakal melihat sudut lain personalitinya. Jika dahulu dia dikenali sebagai Menteri, kini penampilannya boleh menggugat barisan pelakon lelaki terkenal negara.

Walaupun sudah berusia 43 tahun, itu tidak menghalang beliau daripada mempamerkan perwatakan lain dirinya bagaikan seorang model antarabangsa.

Selain itu, ada juga netizen yang memberi komen menyatakan bahawa wajah beliau seakan-akan pelakon terkenal Bollywood.

Berikut adalah beberapa komen yang sempat MASKULIN intai di laman Facebook:

Nampak muda

Boleh jadi model

Suka dengan gaya rambut panjang & jambang

Sumber: Unreserved, Oh My Media

KRedit gambar: Keithstyling

 

IKLAN