MOCCONA kembali untuk tahun kedua sebagai penaja kopi rasmi untuk KL Fashion Week (KLFW) 2023, menjanjikan minggu yang sensasi bagi peminat fesyen dan penggemar kopi mulai 21 hingga 27 Ogos 2023.
Kopi dan fesyen berkongsi ikatan yang kuat sebagai elemen penting dalam kehidupan seharian, setiap satu memperkayakan dan memberi inspirasi untuk menyambut pengalaman unik dan istimewa setiap individu.
MOCCONA bekerjasama dengan KLFW dan bersedia untuk memberi inspirasi kepada para hadirin dan penggemar kopi menikmati “me time” untuk menghargai dan meraikan detik-detik kecil.
Ketua Pemasaran untuk pemilik jenama MOCCONA JDE Malaysia, Phoon Shi Fun menerangkan sinergi sempurna MOCCONA dan KLFW, kedua-duanya memberi pergabungan rasa dan gaya ikonik yang bergema dengan peminat fesyen dan penggemar kopi.
“Kerjasama MOCCONA dengan KL Fashion Week adalah pameran yang sempurna bagi etos jenama untuk meraikan dan mencari keindahan dalam detik kehidupan seharian.
“Kami memang teruja untuk mempersembahkan tiga intensiti kopi kami, setiap satu direka untuk personaliti dan momen yang berbeza.
Sama seperti pilihan fesyen yang mencerminkan kepelbagaian perasaan dan gaya kita, rangkaian MOCCONA direka untuk meningkatkan deria dan kepuasan citarasa yang berlainan.
Kerjasama ini bukan sahaja meraikan gabungan cantik fesyen dan kopi, tetapi juga mengingatkan kita untuk mengambil “me time” setiap hari dengan bermimpi, memberi inspirasi dan mempenuhi citarasa”.
Sepanjang tujuh hari KLFW 2023, MOCCONA akan menyediakan menu menarik daripada pilihan terlarisnya dalam tiga jenis intensiti kopi, iaitu Nombor 5 (Classic Medium Roast), Nombor 8 (Classic Dark Roast) dan Nombor 10 (Espresso Style).
Ketersediaan pelbagai intensiti kopi daripada yang pekat ke perisa yang lebih lembut dapat menggamit citarasa yang berbeza.
KOLABORASI MOCCONA X MIMPIKITA
Sebagai sebahagian daripada kerjasama dengan KLFW 2023, MOCCONA akan mempersembahkan pameran fesyen teristimewa yang menampilkan pereka fesyen tempatan, Mimpikita, pada 24 Ogos 2023, di mana para pengunjung akan berpeluang menikmati pengalaman gabungan fesyen dan kopi yang unik dan imersif.
Komitmen MOCCONA untuk menghasilkan adunan kopi premium untuk nikmat rasa kemewahan untuk pencinta kopi yang mempunyai personaliti yang berbeza selaras dengan visi Mimpikita yang telah membina asas jenama mereka dengan rekaan fesyen abadi.
“Bersama-sama dengan KLFW, kami bersedia untuk membawa pengalaman unik gabungan fesyen dan kopi untuk para peminat yang pasti teruja dengan kesenian yang dapat disaksikan di catwalk, dan kepuasan yang dapat dinikmati dari secawan kopi,” kata Shi Fun.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI