Peranti audio dan peralatan rumah menjadi salah satu segmen yang cukup penting dalam industri elekronik. Jenama meningkat naik tempatan, A&S melakukan kolaborasi bersama DC Comics. Jenama tidak asing lagi sebagai salah satu penerbit komik terbesar Amerika Syarikat. Ia menyaksikan pengenalan beberapa produk elektronik dan audio dalam edisi terhad.
Menariknya setiap produk ditampilkan dalam bentuk atau versi karakter-karakter terkenal dari DC Comics seperti Batman, Wonder Woman, Superman dan banyaj lagi.
Bersempena dengan pelancarannya, A&S telah menganjurkan Pameran Konsep Wonder Woman yang diadakan bermula dari 2 Oktober sehingga 11 Oktober 2020 di SOGO, KL.
“Visi utama A&S adalah menjadi jenama elektronik gaya hidup No.1 industri. A&S terkenal di seluruh industri kerana kualiti, nilai dan perkhidmatan kami.
“Reputasi kami membantu kita memenangi hak IP eksklusif dengan DC Comics untuk mengeluarkan dan mengedar produk elektronik pengguna berjenama watak-watak DC Comics,” jelas Ketua Pegawai Eksekutif A&S Distribution Sdn.Bhd., YC Ng.
LEBIH RAMAI SUPERHERO
Tambahnya lagi pengguna di Malaysia juga boleh menjangkakan lebih banyak produk elektronik menampilkan watak-watak superhero DC Commics yang berbeza dalam masa terdekat.
Terdapat beberapa produk utama mereka yang menarik perhatian. Antaranya A&S Batman Pembersih Vakum Tanpa Wayar, A&S Wonder Woman True Earbuds Tanpa Wayar, A&S Batman True Earbuds Tanpa Wayar, A&S Superman Fon Kepala Dalam Telinga, A&S Wonder Woman Kabel Pengecasan dan pelbagai lagi.
Selain itu fokus utama Pameran Konsep Wonder Woman turut menyaksikan pengenalan A&S Pengerinting Rambut Automatik Tanpa Wayar. Produk rambut ini mendapat pengiktirafan ‘Innovation Awards’ dari pameran perdagangan elektronil pengguna terbesar di dunia, CES Programme.
Jadi buat anda yang berminat dengan produk kolaborasi bersama A&S dan DC Comics yang dinyatakan di atas, boleh dapatkan tawaran dan promosi hebat di sini.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI