Kolaborasi Blackberry Bersama Damon Motorcycles Cipta Superbike Elektrik

Share

Sebut sahaja tentang Blackberry pasti ramai daripada anda terus terkenang memori menggunakan peranti tersebut yang pernah popular suatu ketika dahulu.

Malah anda sendiri mungkin sudah lama tidak mendengar tentang jenama pengeluar peranti telekomunikasi ini. Wujud lagikah mereka?

Buat pengetahuan anda mereka masih lagi wujud dan masih meneruskan saki-baki perjuangan untuk terus memartabatkan produk-produk mereka. Salah satu daripada usaha mereka yang terbaru ialah melakukan kolaborasi bersama pengeluar motosikal berkuasa tinggi.

Terkini, syarikat teknologi telekomunikasi berpangkalan di Kanada tersebut mengumumkan kolaborasi bersamma Damon Motorcycles. Menerusi kerjasama ini Balckberry dilihat membekalkan teknologi CoPilot kepada motosikal bekuasa besar yang menggunakan tenaga elektrik.

Pengeluar motosikal berkuasa besar yang juga berasal dari Kanada itu menggunakan teknologi Blackberry QNX dan ia diumumkan pada Persidangan CES baru-baru ini.

Sistem yang dimajukan oleh Blackberry, CoPilot berfungsi dengan memberik amaran kepada penunggang dengan menggunakan beberapa siri sensor, radar dan kamera dengan memahami pergerakan motosikal itu sendiri.

Dengan teknologi yang dibekalkan oleh Blackberry, motosikal elektrik ini menjadi lebih selamat dan merupakan model paling canggih berada di pasaran sekarang.

Pendekatan yang dilakukan oleh Blackberry ini dilihat sebagai satu lagi langkah proaktif mereka untuk lebih kehadapan dalam membangunkan motosikal elektrik.

IKLAN