
Bagi peminat pakaian premium streetwear, nama Undefeated bukanlah asing lagi bagi mereka. Bermula daripada menjadi butik sneakers premium yang diasaskan oleh James Bond dan Eddie Cruz, ia kini telah melakukan banyak kolaborasi dengan jenama terkenal seperti A Bathing Ape, Champion, Nike, Vans, adidas dan banyak lagi.
Dan yang paling terbaru Undefeated telah dipilih oleh Starbucks untuk melakukan kolabirasi item istimewa. Kolekasi Starbucks X Undefeated ini turut bakal diperkenalkan di pasaran tempatan oleh Starbucks Malaysia.
Koleksi istimewa ini dijangka menjadi buruan bukan sahaja oleh penggemar streetwear tetapi juga pengumpul item eksklusif aksesori Starbucks.

Starbucks X Undefeated mengambil inspirasi daripada rekaan pakaian sukan dan budaya sneakers dengan penampilan tema warna neon dan rekaan ultra-moden berserta warna hijau trademark jenama kopi tersebut.
Rekaannya juga sebagai simbolik bagi meraikan kreativiti, ketahanan serta semangat kemanusian dua jenama besar ini berkongsi semangat mereka terutamanya pada ketika dunia berdepan krisis wabak yang meruncing.
Koleksi Starbucks X Undefeated meliputi pelbagai aksesori, alat tulis serta bekas minuman yang tampil dengan tema minimalistik. Berikut merupakan koleksi edisi terhad Starbucks X Undefeated yang bakal ditawarkan di pasaran:

Kesemua item kolaborasi eksklusif ini boleh didapati di outlet Starbuck yang terpilih di seluruh negara mulai esok, 8 Julai 2020. Manakala untuk pasaran Sabah & Sarawak pula pada 14 Julai 2020.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Asas Untuk ‘Newbie’ Dalam Gimnasium

Jika anda merupakan newbie dalam dunia senaman, tentulah banyak bahan bacaan dan video ringkas mengenai kesihatan yang akan anda tonton kan? Mungkin anda akan mengambil banyak nasihat dari pakar mengenai dunia fitness. Banyak yang akan anda pelajari seperti pakar akan menunjukkan cara bersenam untuk mereka yang baru berjinak-jinak dalam dunia fitness, ada juga yang mendidik anda untuk mengetahui bagaimana untuk menggunakan peralatan di dalam gym.
Sebenarnya sebelum anda ghairah untuk menggunakan peralatan di dalam gym, ini antara perkara yang anda perlu lakukan:
- Bawa Air masak!
Adalah menjadi perkara utama untuk membawa air masak secukupnya untuk bekalan anda ketika di gym. Bawa lebih kurang 2 liter air masak kerana anda bakal haus sepanjang masa. Tapi ingat, jangan terlalu taksub dengan air sehinggakan perut anda kembung! Takut nanti muntah pula.

- Jangan terus serang dumbbell
Pastinya anda akan teruja bila nampak dumbbell bersepah di gym kan? Anda harus ingat seperkara, anda masih lagi baru di dalam gym, penggunaan equipment dalam gym yang salah akan mengundang badan anda sakit-sakit, lebih memudaratkan bila otot-otot anda koyak. Jika anda tak tahan sangat nak menggunakan barang-barang dalam gym, apa kata kalau anda dapatkan khidmat staf gym.
- Manja dengan yoga mat dahulu

Bila kami kata jangan main dumbbell, anda mesti tertanya-tanya nak main apa kan? Sebelum anda pergi lebih jauh, apa kata anda berjinak-jinak dahulu dengan yoga mat. Ini bermakna, lakukan squat, burpees, plank dan bermacam lagi senaman yang tidak memerlukan anda untuk bermain berat. Bila badan anda dah terbiasa dengan senaman, dan metabolisme anda dah meningkat, ketika itu untuk bermain berat sudah lagi tiada masalah.
- Peralatan peribadi yang lengkap

Jika anda ke gym yang sedikit mewah, mereka pasti menyediakan tempat untuk anda bersihkan diri. Jadi mudah. Jika anda ke boutique gym, apa kata anda bawa baju lebih, dan tuala kecil untuk lap peluh anda dari merembes ke lantai. Perkara-perkara begini pun kena diambil kira, jangan main belasah je di gym
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
adidas Raikan Musim Perayaan Hujung Tahun Dengan Ekspresi ‘Samba Retreat’

Setahun berlalu bagaikan sekelip mata. Kira-kira 365 hari kita harungi dengan pelbagai kenangan pahit atau manis yang boleh menjadi panduan di hidup di masa akan datang. Tidak lama lagi kita akan mula menjengah memasuki Tahun Baharu 2024.
Ketibaan bulan Disember seperti sekarang juga bermakna musim perayaan dan juga percutiaan akan mula diraikan dengan penuh gembira.
Di musim perayaan dan percutian akhir tahun seperti ini pastinya pelbagai perancangan telah anda lakukan sama ada untuk beristirehat atau pun melakukan aktiviti riadah.
Dalam meraikan kemeriahan musim penuh dengan kegembiraan ini jenama sukan dan gaya hidup popular adidas turut tidak ketinggalan meraikan pelanggannya dengan pelbagai tawaran menarik.
Di kalangan penggemar fesyen terkini pastinya sudah tidak asing lagi dengan siluet adidas Samba, bukan?

Ia kini kembali menjadi sneakers yang cukup trendy dan menjadi pilihan ramai. Jadi tidak hairalah mengapa kempen musim perayaan dan percutian hujung tanun ini ia mengambil adidas Samba sebagai tema utama.
adidas Malaysia membawakan siri pengalaman yang direka untuk membawa kegembiraan dan gaya, dengan menampilkan Samba yang ikonik, salah satu item wajib dalam almari pakaian yang sinonim dengan semangat perayaan.
Kempen perayaan yang dijalankan secara eksklusif oleh adidas Malaysia ini telah bermula pada 1 Disember lalu dimulakan dengan pelancaran koleksi Samba Retreat yang cukup dinantikan ramai penggemar fesyen trendy.
Melengkapi kasut yang dianggap sebagai salah satu ‘silhouette of the year’ adalah koleksi aktiviti di kedai dan di pusat beli-belah yang dihasilkan khusus buat sambutan yang hebat dan pastinya memberikan pengalaman yang baik buat peminat jenama ini.
KOLEKSI ‘SAMBA RETREAT’
Seperti MASKULIN perkatakan di atas, Samba merupakan siluet yang cukup popular sepanjang tahun 2023. Kasut yang dianggap ramai penggemar fesyen sebagai bersifat evergreen dan timeless ini kini diraikan adidas bersempena musim perayaan dan percutian ini dengan menampilkan seleksi Samba Retreat.
Pertemuan di antara legasi penuh sejarah Samba dan gaya kontemporari terkini menjadi inspirasi utama bagi menjadikannya sebagai pelengkap gaya di musim ini.

Koleksi Samba Retreat tampil lebih istimewa apabila hadir dengan ‘Sambae’ yang dihasilkan dengan iterasi berbeza apabila tampil dengan tapak kasut lebih tinggi khusus bagi menepati cita rasa wanita. Selain itu, turut ditampilkan menerusi koleksi ini ialah tidak lain tidak bukan Samba OG dan tidak ketinggalan Handball Spezial.

Seperti hadirnya sebagai item fesyen ikonik, kasut-kasut Samba ini dengan mudah mampu menonjolkan penampilan gaya percutian anda menjadi lebih mantap. Sama ada anda menghadiri parti perayaan atau bercuti, koleksi Samba Retreat mampu menjadi jawapan yang paling tepat untuk aspirasi fesyen personal anda.
POP-UP COFFFE CART
Adidas mengangkat semangat musim perayaan dengan Pop-Up Coffee Cart bertema khas, yang hanya tersedia di Pusat Jenama adidas Sunway Pyramid dan adidas Home of Sports yang baru dilancarkan di The Exchange TRX.
Bermula 8 Disember dan tersedia untuk masa terhad dalam beberapa tarikh terpilih, pengunjung yang mengambil foto di pop-up tersebut dan berkongsi di media sosial dengan tanda pagar yang ditentukan boleh menikmati minuman percuma berserta snek lazat.
HOLIDAY FESTIVE GIFT BOX
Musim perayaan hujung tahun sememang cukup sinonim dengan hadiah. Bersempena kempen ini, adidas turut menawarkan ‘hadiah’ yang cukup istimewa apabila memperkenalkan Holiday Festive Gift Box.

Apa yang menarik, ‘gift box’ ini mengandungi empat item yang cukup menarik dan juga hadir dalam tempoh terhad sahaja.
Di antara item yang terdapat di dalam kotak istimewa ini ialah lilin dalam bekas adidas, tag bagasi, pin enamel dan juga shoe dubrae yang boleh meningkatkan penampilan sneakers adidas Samba anda.

Holiday Festive Gift Box eksklusif ini boleh didapati bermula dari 12 Disember sehingga 25 Disember 2023. Setiap pelanggan adidas yang membelanjakan RM799 dalam resit tunggal layak untuk menerima Performance atau Originals Holiday Kit.
Untuk maklumat lanjut anda boleh ikuti laman media sosial Instagram adidas Malaysia atau di laman sesawang rasmi mereka.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Ketahui Personaliti Diri Anda Berdasarkan Jenis Jam Yang Dipakai

Rasanya tidak lengkap bagi seorang lelaki tidak memakai jam tangan. Lagi pun tidak banyak aksesori pelengkap gaya yang mempunyai pelbagai fungsi boleh dipakai oleh lelaki.
Berbeza dengan wanita yang boleh memakai pelbagai aksesori di segenap tubuh badan mereka.
Sebab itulah ramai menganggap jam tangan merupakan mahkota pelengkap pergelangan tangan lelaki.
Terdapat pelbagai jenis jam dan jenama yang terdapat di pasaran. Dan tahukah anda bahawa jam yang anda pakai boleh menunjukkan kepada umum tentang personaliti anda!
LELAKI BERJAYA & BEKERJA KERAS

Apakah jenama yang sering disinonimkan dengan seseorang yang dari zero kepada heri? Jenama Rolex merupakan simbol status kejayaan dan paling mudah dikenal pasti oleh ramai orang walaupun bukan penggemar jam.
Lelaki yang memakai Rolex secara tidak langsung ingin menyatakan bahawa dia seorang yang bersedia untuk bekerja keras demi mencapai kejayaan. Pilihan gaya anda juga seiring dengan status baru yang dikecapi.
LELAKI YANG BERKUASA & BERPENGARUH

Terdapat ramai lelaki berjaya tetapi tidak semuanya mempunyai kuasa dan pengaruh. Ia adalah perkara yang tidak boleh dijual beli semata. Disebabkan itulah tidak semua lelaki boleh menggayakan jam Patek Philippe. Ini jam yang biasa menjadi pilihan lelaki berpengaruh.
Jam pilihan anda ini bukan sahaja melambangkan kemewahan tetapi juga kekuasaan. Disebabkan itulah ia menjadi rebutan ramai lelaki.
LELAKI PENGGEMAR AKTIVITI LASAK

Lelaki yang memakai jam tangan berjenama Breitling dan OMEGA sering kali dianggap sebagai lelaki yang gemarkan aktviti lasak. Ini kerana kaitan jenama ini dengan juru terbang dan juga filem-filem James Bond.
Kedua-dua jenama ini menawarkan keseimbangan di natara kemewahan dan juga aktiviti lasak. Bagi lelaki yang memakai jam tangan jkenis ini dia mempunyai personaliti lasak dan sukakan cabaran luar.
SISI SOFISTIKATED

Bagi perempuan anda adalah lelaki yang penuh misteri namun mempunyai daya tarikan yang cukup seksi. Lelaki yang memilih jam tangan Cartier contohnya gemar akan rekaan yang lebih sofistikated, lain daripada yang lain serta lebih unik.
Anda kadangkala dianggap sebagai seorang yang eksentrik namun dalam pada masa yang sama menyerlah dalam keramaian.
KAKI FITNESS

Bagi lelaki yang gemarkan aktviti fitness jam tangan pintar pasti jadi pilihan. Antaranya ialah Apple Watch atau Samsung Galaxy Watch. Jam ini mampu melakukan pengesanan GPS untuk aktiviti larian atau berbasikal.
Ia juga boleh membaca kadar degupan jantung dan juga pelbagai kesihatan diri. Lekai kaki fitness memang pasti memilih jam tangan jenis ini.
Jika anda mencari barangan aksesori lelaki yang murah pada diaskuan hebat boleh dapatkan di sini!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang

