McDonald’s Malaysia bekerjasama dengan Astro menerusi McDelivery Berbakti, satu inisiatif yang menyaksikan penghantaran makanan dan keperluan harian kepada keluarga asnaf dan petugas barisan hadapan negara sempena bulan suci Ramadhan.

Pada bulan April, McDonald’s dan Astro telah menyertai program Ziarah Ramadan anjuran Pusat Pungutan Zakat-Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP), di mana 10 keluarga asnaf menerima sumbangan berupa wang tunai, barangan keperluan harian, dan hidangan berbuka puasa McDonald’s.

“Bulan suci Ramadhan adalah masa untuk bermuhasabah diri dan membantu mereka yang kurang bernasib baik. Dalam mengharungi masa-masa sukar ini, adalah penting bagi McDonald’s sebagai sebuah organisasi untuk mengingatkan masyarakat bahawa mereka tidak bersendirian,” kata Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan, McDonald’s Malaysia, Azmir Jaafar.

Kolaborasi McDonald’s Malaysia & Astro Santuni Masyarakat Sempena Ramadan Menerusi ‘McDelivery Berbakti’

McDonald’s dan Astro menganjurkan pelbagai aktiviti amal di bulan Ramadhan, antaranya pengagihan makanan kepada 1,000 orang petugas barisan hadapan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPK KL) dan Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

IKLAN

Aktiviti yang dilaksanakan ini turut melibatkan penyanyi dan pengacara, Alif Satar, untuk menzahirkan penghargaan kepada petugas barisan hadapan atas dedikasi tidak berbelah bahagi mereka dalam melaksanakan tanggungjawab demi menjaga keselamatan rakyat Malaysia.

Kolaborasi McDonald’s Malaysia & Astro Santuni Masyarakat Sempena Ramadan Menerusi ‘McDelivery Berbakti’

IKLAN

PATUHI SOP

“Kami sangat berbesar hati dapat menjalin kerjasama dengan McDonald’s di bulan Ramadhan ini untuk mendekati masyarakat. Di sebalik pelbagai peraturan keselamatan yang ditetapkan, kami gembira dapat menjalankan aktiviti yang dirancang, pada masa sama memastikan semua prosedur operasi standard (SOP) dipatuhi,” kata Pengarah, Penyelesaian Media, Astro, Wong See Wei.

Kolaborasi McDonald’s Malaysia & Astro Santuni Masyarakat Sempena Ramadan Menerusi ‘McDelivery Berbakti’

IKLAN

Selain daripada kerjasama dengan Astro di bulan Ramadhan ini, McDonald’s Malaysia meneruskan tajaan makanan untuk moreh kepada masjid-masjid terpilih di seluruh negara.

Persatuan Kebajikan Ronald McDonald yang merupakan badan kebajikan pilihan McDonald’s turut menganjurkan beberapa sesi berbuka puasa di 5 rumah anak yatim di Lembah Klang dan Kelantan, serta menyumbang wang tunai sebanyak RM5,000 kepada setiap rumah anak yatim tersebut.

Kolaborasi McDonald’s Malaysia & Astro Santuni Masyarakat Sempena Ramadan Menerusi ‘McDelivery Berbakti’

Mendekati masyarakat merupakan komitmen McDonald’s dalam mewujudkan impak positif di kalangan masyarakat. Pada tahun lalu, McDonald’s menganjurkan lebih 7,000 program kemasyarakatan yang telah memberi kegembiraan kepada jutaan rakyat Malaysia.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI