Trend fesyen terkini yang meliputi pakaian sukan dan juga sneakers menjadikan JD Sports Malaysia sebagai antara outlet serta platform pilihan dan popular di negara kita.

Dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan kita dapat saksikan jumlah outletnya semakin banyak dengan menampilkan pelbagai variasi pilihan.

Jadi tidak hairan;ah di kalangan penggemar fesyen gaya hidup serta peminat sneakers, JD Sports menjadi pilihan mereka. Jenama-jenama trendy seperti Nike, Jordan, New Balance, Puma, adidas dan banyak lagi menjadi tawaran hebat mereka kepada penggemar fesyen di Malaysia.

Melihatkan perkembangan tersebut hoolah iaitu platform yang menawarkan servis Buy Now Pay Later telah melakukan kerjasama mereka bersama JD Sports Malaysia.

IKLAN

Apa yang menarik tentang sistem diperkenalkan hoolah ialah pengguna boleh secara otomatik memecahkan atau membahagikan pembayaran produk dibeli kepada tiga bulan ansuran tanpa sebarang faedah.

IKLAN

Lebih memudahkan pengguna yang membeli belah dengan JD Sports dapat menggunakan hoolah ketika check out atau sebelum melakukan bayaran sama ada di outlet ataupun secara di atas talian.

Dengan pembayaran ansuran tanpa faedah ia memberikan dimensi baharu buat pengguna untuk membeli-belah dengan lebih berhemah.

IKLAN

Bersempena pengenaan kerjasama ini, JD Sports Malaysia menawarkan beberapa produk eksklusif dengan diskaun menarik boleh digunakan bersama hoolah. Antaranya ialah sneakers New Balance 327, Nike Air Force 1 LV8, Puma Future Rider Core serta seleksi pakaian dari Nike dan adidas Originals.