Berita baik buat anda yang meminati rekaan serta sentuhan daripada Vrigil Abloh yang juga merupakan pengasas jenama Off White.

Seperti mana yang kita tahu, Virgil Abloh merupakan seorang pereka pakaian mewah menerusi jenamanya Off-White dan juga Louis Vuitton. Kedudukannya sebagai seorang pengarah kreatif Louis Vuitton menjadikan Virgil sebagai figura sangat penting dan berpengaruh dalam dunia fesyen.

Koleksi Edisi Terhad IKEA x Virgil Abloh MARKERAD Akan Mula Dijual Esok
Virgil Abloh

Terbaru, Virgil melakukan kolaborasi bersama pengeluar perabot terkenaldari Sweden, IKEA. Koleksi dikenali dengan nama IKEA x Virgil Abloh MARKERAD Limited Edition Collection turut boleh didapati di tiga cawangan IKEA di Malaysia!

Menurut IKEA Malaysia, tiga ouletnya yang menawarkan koleksi istimewa ini ialah di IKEA Damansara, IKEA Cheras dan IKEA Batu Kawan.

Virgil bersama-sama IKEA berganding bahu menghasilkan kolaborasi yang memberi fokus kepada semangat millennial dalam menggambarkan sebuah kehidupan moden yang lebih minimal dan artistik.

IKLAN

Koleksi Edisi Terhad IKEA x Virgil Abloh MARKERAD Akan Mula Dijual Esok Koleksi Edisi Terhad IKEA x Virgil Abloh MARKERAD Akan Mula Dijual Esok Koleksi Edisi Terhad IKEA x Virgil Abloh MARKERAD Akan Mula Dijual Esok

Agak menarik bila kita menyaksikan seorang pereka fesyen mencurahkan ideakaryanya dalam bentuk perabot dan perkakasan rumah. Dan keunikan itulah yag menjadikan koleksi ini dijangka mendapat sambutan sangat hebat daripada pengguna.

IKLAN

Namun ramai yang tak tahu bahawa Virgil sebenarnya merupakan seorang bekas pelajar dalam bidang seni binda dan mempunyai Master degree dalam bidang tersebut.

Jadi ini bukanlah satu elemen asing buat Virgil. Sebanyak 10 rekaan menarik yang terdiri daripada pelbagai kelengkapan perabot dan rumah ditawarkan.

IKLAN

Koleksi Edisi Terhad IKEA x Virgil Abloh MARKERAD Akan Mula Dijual Esok

Koleksi Edisi Terhad IKEA x Virgil Abloh MARKERAD Akan Mula Dijual Esok

Buat anda yang ingin memilikinya, selamat berjaya kami ucapkan. MASKULIN menjangkakan ramai yang akan berebu-rebut ingin memilikinya.

Difahamkan juga setiap pembeli dihadkan kepada 2 produk sahaja melainkan kerusi Markerad yang dihadkan kepada 4 unit seorang.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI