
Bersempena dengan sambutan Hari Bumi, Starbucks telah bekerjasama dengan jenama fesyen yang cukup terkenal dengan jenama aksesori rekaan trendy semasa, Herschel Supply Co. dengan memperkenalkan koleksi edisi terhad istimewa.
Lebih menarik koleksi edisi terhad ini dilaporkan hanya terhad untuk pasaran di Starbucks untuk benua Asia sahaja. Menggabungkan rekaan timeless dengan kualiti premium, koleksi Starbucks x Herschel Supply menampilkan seleksi item yang unik.
Ia tampil dengan rekaan penuh ekspresi denghan menggabungkan elemen gaya dan keaslian daripada kedua-dua jenama.
Setiap rekaan yang ditawarkan turut dihiasi dengan cetakan monogram yang memaparkan mesej berbunyi ‘Reuse, Recycle’. Monogram ini merupakan salah satu kempen menyampaikan mesej tentang kepentingan melakukan kitar semula demi menjaga kebersihan alam sekitar.
Terdapat 6 item edisi terhad yang ditawarkan menerusi koleksi Starbucks x Herschel Supply kali ini iaitu:
Classic Bag Pack
Long Tote Bag
Carry Bag
Fifteen Hip Pack
16oz Stainless Steel Tumbler
12oz Mug
Koleksi edisi terhad ini hanya ditawarkan di Starbucks Merchandise terpilih sahaja seperti Starbucks Designer Series di Jaya Shopping Centre, Johor Bahru City Square, Mid Valley, 1Utama Bandar Utama, KLCC , Berjaya Times Square, Juru Auto City dan Bangsar Village 2.
MASKULIN difahamkan koleksi ini juga telah sold out di Singapura. Buat penggemar item Starbucks inilah koleksi yang harus ada dalam simpanan anda!
Harapan Pingat Olimpik 2024, Lee Zii Jia Diumumkan Duta LG Electronics

Selain bola sepak sukan badminton merupakan antara yang paling dekat di hati rakyat Malaysia. Walaupun prestasi skuad badminton negara di kejohanan antarabangsa ada pasang surutnya namun badminton tetap menjadi sukan kesayangan ramai.
Salah seorang pemain yang kini cukup diminati ramai ialah pemain perseorangan utama negara, Lee Zii Jia. Kehebatannya di gelanggang sememangnya cukup digeruni lawan apatah lagi dengan teknik backhand smash dimilikinya cukup berbisa.
Semalam, MASKULIN sempat mengikuti majlis pengumuman Lee Zii Jia sebagai duta rasmi jenama LG Electronic Malaysia.
Kerjasama di antara jenama gergasi asal Korea Selatan dan Lee Zii Jia dilihat sebagai pemangkin terbaik buat kedua-dua pihak. Lee Zii Jia yang bakal menjadi harapan pingat untuk Sukan Olimpik Paris 2024 hadir membawakan persona gaya hidup sihat dan kemudahan kepada pengguna LG Electronics.
Sebagai duta terdahulu LG PuriCare™, sebuah unit perniagaan dalam LG Electronics Malaysia, Lee Zii Jia kini mewakili imej jenama LG secara menyeluruh. Kerjasama semasa akan memperluaskan program duta jenama yang merangkumi produk Hiburan Rumah dan Peralatan Rumah.
KESEDARAN JENAMA
Selai itu, LG turut merancang untuk berkolaborasi bersama Lee Zii Jia untuk meningkatkan kesedaran cara hidup berkualiti tinggi dengan slogan “Live Smarter, Go Higher”, dan bantuan produk inovatif jenama LG seperti Hiburan Rumah, Peralatan Rumah, LG PuriCare™, dan lain-lain.
“Kami amat berbangga dan berasa terhormat untuk menyambut Lee Zii Jia ke dalam keluarga LG sebagai Duta Jenama LG yang baharu. Semangat, kecekalan dan komitmen beliau mengejar impian dan mengamalkan gaya hidup sihat adalah representasi yang mengagumkan bagi jenama kami.
“Kami yakin bahawa Zii Jia akan membuka pintu dan memacu rakyat Malaysia untuk hidup lebih pintar dan baik melalui teknologi dan produk terkini kami,” kata Justin Choi, Pengarah Urusan LG Electronics Malaysia.
“Kepentingan keperluan pengguna selalu menjadi keutamaan kami. Melalui kerjasama ini, kami berharap agar produk kami dapat menyumbang pada peningkatan gaya hidup pengguna,” kata Choi.
TONGGAK UTAMA
Lee Zii Jia telah memenangi pingat emas dalam acara tunggal lelaki di Sukan Asia Tenggara 2019 dan gelaran BWF Super 1000 pertama di Terbuka Seluruh England 2021. Beliau juga merupakan juara tunggal lelaki Asia, selepas memenangi kejuaraan Badminton Asia pada tahun 2022.
“Semuanya bermula dengan impian, dan saya sentiasa berusaha untuk mencapai gaya hidup sihat dan pintar di rumah. Saya yakin bahawa produk-produk LG memberi tumpuan kepada kesihatan, kebersihan dan kemudahan yang merupakan tiga tonggak utama yang saya pegang erat.
‘Saya sangat berterima kasih kerana dapat bekerjasama dengan LG dalam memimpin gaya hidup yang saya idamkan, dan saya yakin ia juga akan memberikan manfaat kepada hidup profesional saya,” kata Lee Zii Jia.
Sebagai salah satu jenama terkemuka dalam industri, LG Electronics Malaysia sentiasa mencari langkah seterusnya untuk memberikan nilai tambah dan kecekapan kepada kehidupan pengguna melalui produk berteknologi terkini.
Lee Zii Jia sebagai sebahagian daripada keluarga besar LG merupakan asas kepada nilai-nilai jenama tersebut. Sebagai duta, Lee Zii Jia akan mempromosikan pelbagai produk LG yang bukan sahaja sesuai untuk gaya hidupnya, tetapi juga gaya hidup sihat dan bersih kepada pengguna secara menyeluruh.
Jangan lupa subscribe YouTube MASKULIN untuk seleksi video manarik seperti di bawah ya!
Puasa Sudah Dua Minggu Tapi Berat Tak Berkurang Tapi Makin Bertambah! Ini Puncanya!

Seperti mana kita sedia maklum, Ramadan merupakan bulan di mana kita diajar untuk menahan lapar dan dahaga serta mengawal tingkah laku serta nafsu sama ada dari segi perbuatan, percakapan atau penglihatan.
Bagi ramai orang, mereka turut menjadikan bulan puasa sebagai masa untuk ‘kickstart‘ semula rejim diet dan mengurangkan berat badan. Tapi ada juga sesetengah orang yang sambut waktu berbuka dengan penuh ‘meriah’ dengan banyak makanan di atas meja.
Jadi itulah sebab mengapa ramai yang jadi terbalik pula. Ingatkan dengan berpuasa berat badan makin berkurang tapi makin naik pula.
Mungkin anda tertanya-tanya bagaimanakah perkara ini berlaku?
Nafsu Membeli Makanan
Sebut sahaja pasar ramadan pasti pelbagai juadah makanan dan minuman kan terus terbayang di fikiran. Malah pada bulan puasa jugalah pelbagai hidangan istimewa muncul semula dan menjadi sangat popular berbanding bulan-bulan yang lain.
Juadah seperti martabak, roti john, tepung pelita dan pelbagai jenis nasi menjadi sasaran kita. Kalau tak tak jaga dan makan sesuka hari mengikut nafsu makan maka tak mustahil berat badan makin bertambah!
BACA: Menu Berbuka Kek Milo Viral, Senang & Mudah Orang Bujang Pun Boleh Buat
Makanan Bergula Terlalu Banyak
Antara amalan Sunnah yang boleh amalkan ketika berbuka puasa ialah memakan makanan manis. Namun dalam konteks ini tidaklah pula bermaksud perlu dimakan dalam kuantiti yang banyak!
Jagalah pengambilan gula anda terutamanya di bulan puasa agar ia tidak berlebihan. Selang-selikan pengambilan makanan dan minuman bergula. Sebagai contoh kalau hari ini berbuka dengan cendol yang manis dan berlemak, apa kata esoknya berbuka dengan jus buah tanpa gula. Kandungan gula yang banyak dalam badan boleh buat berat badan naik dengan mudah.
Kesan Makanan Bergoreng
Selain makanan dan minuman bergula, makanan berminyak juga merupakan penyumbang utama kenaikan berat badan. Kalau boleh semasa berbuka atau bersahur, kurangkanlah makanan yang terlalu banyak minyak seperti makanan bergoreng.
Jangan kerana minyak kamu naik minyak bila berat badan naik bila nak beraya nanti. Apatah lagi bila baju raya yang dibeli awal tak muat nak dipakai. Haru-biru pagi raya anda nanti.
Makan Banyak Kali
Selepas berbuka biasanya korang akan pergi ke surau solat terawih. Dan ramai orang bila habis sahaja solat terawih dia akan balun macam-macam jenis makanan lagi. Bukan tak boleh tapi beringat-ingatlah.
Jangan sampai kamu makan terlalu kenyang sampai perut pun rasa kembung. Apatah lagi bila korang makan itu terlalu dekat dengan waktu tidur. Nanti bangun sahur nak makan lagi!
Rahsia Tawan Hati Wanita, Bukan Sesukar Yang Anda Bayangkan

Setiap orang diberi kelebihan masing-masing. Dan ramai yang ingat dengan kelebihan itulah mereka boleh gunakan untuk menawan hati wanita idaman. Ada yang yang anggap perkara tersebut sebagai sebuah misi yang sangat sukar.
Sebenarnya kalau anda tahu cara, ia tidaklah sesukar yang anda bayangkan. Selain hati kena ikhlas ada beberapa cara bagaimana anda boleh tawan hati gadis idaman.
1. Jaga Penampilan Diri
Anda tak semestinya perlu jadi hensem dan kacak cukup sekadar Nampak kemas dan tidak dilebel “selekeh” oleh kaum hawa. Jangan pergi dating pakai baju pagoda, seluar pendek dan berselipar jepun sahaja.
2. Jadi diri sendiri
Jangan jadi orang lain. Wanita suka lelaki yang boleh jadi diri dia sendiri tanpa control macho, acah alim kucing semata-mata nak nampak perfect di matanya. Cara memikat wanita sebenar ialah anda harus jadi diri anda sendiri dan saya yakin beliau akan terima anda seadanya.
3. Pandai berkomunikasi
Sekiranya anda mampu berkomunikasi dengan baik dengan wanita yang ingin anda dekati nescaya dia akan cair dengan anda. Bagi wanita lelaki yang padai berkomunikasi mudah untuk bawa berbincang,mengadu masalah dan meminta sebarang pendapat.
4. Prihatin dan ambil berat
Semasa cara memikat wanita idaman kalbu anda harus pandai mengambil berat namun jangan pula terlebih over. Ambil berat disini bermaksud anda sekadar prihatin dan tahu perkembagan beliau. Contoh bila dia sakit anda boleh jenguk dia,beri ubat dan sokongan supaya dia cepat sembuh.
5. Jangan terlalu kedekut!
Sifat Ini cukup wanita tak gemar. Pemurah itu bukan bermaksud anda bagi sentiasa curahkan wang ringgit semata. Kalau begitu memang senanglah anda jadi mangsa kena tipu. Tapi apa salahnya berbelanjan dan keluar duit bagi menghargainya atau memikat hatinya terutama pada hari istimewa seperti birthday. Pasti dia akan terharu.
6. Biarlah ada sisi kelakar
Perkara pertama bila jumpa anda perlu senyum dan tunjukkan wajah yang ceria dan saya yakin dia pasti akan tersenyum. Jangan pula anda tunjuk muka macam nak “makan orang”.Sure dia takkan selesa. Selain itu satu BONUS cara memikat wanitasekiranya anda mampu untuk membuat humor atau jenaka yang bersahaja.Wanita cukup sukakannya dan ini menimbulkan mood yang “positif” tapi INGAT jangan buat lawak tak menjadi..buat malu je nanti..hehe
7. Jangan suka control hidup orang
Jangan control hidup dia selagi dia belum menjadi hak anda yang sebenar.wanita cukup pantang pasal benda ni.wanita memang benci kalau ada lelaki yang kongkong hidup mereka. Memang la bukan semua tapi majoritinya memang tak suka. Tiap minit nak tahu dia ada kat mana.