
Palace merupakan salah satu jenama skateboarding dan streetwear yang mempunyai pengaruh cukup besar dalam industri fesyen masa kini.
Walaupun impaknya tidaklah sebesar jenama Supreme namun ia turut menjadi pilihan ramai ikon-ikon fesyen terkenal antarabangsa.
Sejak Mei lalu sudah bertiup kencang tentang khabar angin kolaborasi antara Palace, adidas dan juga pasukan bolasepak yang juga juara Itali, Juventus FC.
Dan kini kolaborasi istimewa ini direalisasikan dengan ketiga-tiga nama besar dalam bidangh masing-masing ini mengetengahkan koleksi yang memaparkan jersi, t-shirt, seluar dan pelbagai aksesori.
Pada perlawanan baru-baru ini juga, Juventus telah menggunakan jersi keluaran has daripada kolaborasi in ketika menentang pasukan Genoa.
Ketika itulah ia mula menjadi tular dan bahan bualan ramai terutamanya di kalangan peminat fesyen dan bola sepak. Kolaborasi ini dikatakan mengambil template daripada kit adidas pada kejohanan Piala Dunmia 2006 yang berlangsung di Jerman.
Jersi keluaran khas Juventus memaparkan padanan jersi tradisional hitam putih Juventus bersama kemasan warna hijau neon di bahagian logo, lengan baju, nama, bombor dan tulisan Palace x adidas di bahagian dada sebelah kanan.
Mungkin ramai tak tahu bahawa sebelum ini Palace pernah menghasilkan dua baju yang diinspirasikan daripada pasukan Juventus yang dipakai sekitar tahun 1980-an.
Langkah ini dilihat seakan mengikut jejak langkah yang dilakukan oleh pasukan juara dari Perancis, Paris St Germain dan jenama Jordan dari Nike.
Samsung A73 5G Review: Telefon Pintar Berkuasa Pada Tawaran Luar Biasa

Bagi kebanyakan pengguna konvensional yang mahukan telefon pintar memiliki spesifikasi cukup tinggi dan ditawarkan pada harga yang cukup berpatutan serta kompetitif, kelas mid-range mungkin pilihan sesuai.
Selepas melancarkan dan memperkenalkan variasi telefon pintar terbarunya menerusi Galaxy A33, A53 dan A73, Samsung dilihat mengambil pendekatan cukup proaktif dalam menawarkan kepelbagaian spesifikasi setanding peranti flagship mereka.
Paling menyerlah ialah Galaxy A73 5G yang dihadirkan dalam pakej cukup memberangsangkan. Seperti pempakejan telefon pintar terkini mereka, Galaxy A73 hadir dalam kotak yang cukup kecil.
Ini kerana ia tidak dihadirkan bersama palam pengecas seperti telefon pintar terkini jenamanya yang lain. Dari secara kasarnya, Galaxy A73 telah banyak melalui ubah suai atau naik taraf berbanding versinya terdahulu, Galaxy A72.
Salah satu perkara yang paling jelas ialah ia merupakan telefon mid-range pertama dari siri Galaxy menawarkan kamera 108MP. Selain itu, ia turut dilengkapi dengan IP67 ketahanan air dan debu, pembesar suara stereo serta refresh rate yang lebih tinggi iaitu pada kadar 120Hz berbanding dahulu hanya 90Hz.
REKAAN KEMAS
Dari segi rekaan, Galaxy A73 tampil cukup elegan dengan menampilkan elemen lebih kepada plastik pada bahagian belakang dengan kemasa ‘matte’. Walaupun begitu, penulis merasakan ia tidaklah dirasakan murah apabvila dipegang. Malah kualiti material polikarbonat yang digunakan cukup baik dengan kesesuaian warna tawaran cukup menarik.
Galaxy A73 ditawarkan dala tiga warna menarik iaitu Awesome Mint, Awesome Gray dan Awesome White. Bagi penulis, warna paling menyerlah ialah Awesome White yang memberikan sisi elegan tersendiri. Namun warna paling popular dikatakan Awesome Mint. Citarasa masing-masing.
Di bahagian sisi kanan terletak butang kawalan suara dan di bawahnya pula butang kuasa. Dari segi saiznya ia bolehlah dikatakan cukup sesuai malah selesa digunakan sebelah tangan sahaja.
Pada bahagian bawah pula terletak charging port Type-C dan gril pembesar suara. Manakalah bahagian atas pula mikrofon kedua dan juga slot SIM hybrid. Kedudukan quad-kamera di belakangnya juga amat kemas dan ringkas. Malah tidak keterlaluan untuk dikatakan ia nampak lebih premium.
PAPARAN SKRIN MANTAP
Hadir dengan skrin sesentuh 6.7 inci Full HD + AMOLED dengan kadar refresh 120Hz, pengalaman menggunakan peranti ini cukup memberikan kepuasan visual pada tahap yang sangat baik. Menggunakan Galaxy A73 sambil melakukan navigasi menggunakan laman media sosial serta aplikasi multimedia seperti Netflix memberikan kualiti visual cukup mantap.
Tahap kecerahannya boleh mencecah pada 800 nits yang secara tidak langsung mudah digunakan walaupun berada betul-betul di bawah sinaran matahari.
Ia menwarkan dua mode skrin iaitu Vivid dan Natural. Bagi anda yang ingin vidual lebih menyerlah dan warna lebih signifikan, mode Vivid lebih sesuai. Manakala untuk paparan lebih bersifat semulajadi, Natural pilihan tepat.
Dari segi audio pula, Galaxy A73 menawarkan pembesar suara stereo. Namun daris segi kualiti audio ia hanya pada tahap sederhana. Lebih menarik jika dipadankan dengan menggunakan fon telinga seperti Earbud tanpa wayar.
KEPUASAN FOTOGRAFI & VIDEOGRAFI
Salah satu faktor yang cukup penting di kalangan pengguna konvensional masa kini ialah kemampuan kamera yang baik. Seperti dijangka, Galaxy A73 menawarkan kepuasan fotografi serta videografi yang sangat baik.
Seperti dikatakan di atas, Galaxy A73 merupakan telefon pintar mid-range pertama dilengkapi dengan kamera 108MP dengan f/1.8 aperture dan turut disokong sistem Optical Image Stabilization (OIS).
Warna pada setiap foto yang diambil juga memberikan hasil cukup vibran dengan perincian dan dinamik yang meluas. Selain kamera utamanya, Galaxy A73 turut hadir dengan tiga kamera lensa yang lain iaitu Ultrawide 12MP, depth sensor dan macro 5MP.
Berbeza versi sebelumnya, Galaxy A73 tidak dilengkapi dengan kamera telephoto. Namun hybrid zooming pada kamera utamanya sudah mencukupi. Selain itu, ia turut menawarkan beberapa mode istimewa seperti slow-motion, Food, Panorama, Pro, Single Take dan mode Portrait.
Kamera hadapan pula lengkap dengan lensa 32MP yang turut menghasilkan foto cukup baik walaupun berada di dalam kondisi pencahayaan rendah.
BERIKUT BEBERAPA SAMPEL FOTO DARI GALAXY A73 5G
SAMPEL VIDEO
BATERI
Jadi, berapa lamakah bateri Galaxy A73 mampu bertahan dalam penggunaan harian biasa? Dikuasakan dengan bateri 5000mAh yang disokong pula dengan pengecasan pantas 25W, ia mampu bertahan sehingga satu hari setengah. Itu adalah anggaran penggunanan yang cukup moderate.
Bagi pengecasan penuh ia mengambil masa selama kira-kira dua jam. Kami juga mendapati faktor ‘idle drain’ juga tidak berlaku dengan ketara. Buat pengguna konvensional bateri seperti ini sudah cukup memberikan kepuasan penggunaan yang mempunyai nilai baik.
Secara keseluruhannya, Galaxy A73 5G merupakan tawara telefon pintar mid-range yang cukup memberi nilai yang hebat. Pada harga tawarannya yang cukup kompetitif, telefon pintar ini membawa faktor ‘value for money’ kepada pengguna.
Anda boleh dapatkan info lanjut tentang Galaxy A73 5G menerusi laman sesawang rasmi Samsung di sini.
Rating: 4/5
5 Sebab Wanita Suka Lelaki Pandai Masak, Antaranya Mereka Lebih Romantik

Wahai lelaki tahukah anda bahawa mempunyai jiwa romantik sahaja bukanlah tiket untuk anda memikat hati si dia?
Selain mempunyai jiwa romantik seorang lelaki dianggap mempunyai keistimewaan di mata wanita jika dia pandai memasak.
Ya seperti anda, wanita juga memang suka makan dan tak keterlaluan dikatakan deria rasa merka mampu mengubah apa yang terbuku di hati mereka. Dan wanita juga tak pernah nafikan yang mereka mudah jatuh cinta kepada lelaki yang pandai memasak.
Tapi tahukah anda selain dapat makan makanan enak, mengapakah wanita sangat suka kepad lelaki yang memiliki skil memasak?
Mungkin ini sebabnya!
1. PETANDA STABIL
Seorang lelaki yang pandai memasak membawa jadi diri kestabilan. Dalam memasak banyak perkara yang perlu dititik beratkan dan diberikan tumpuan seperti aturan memasak, penyediaan bahan dan memastikan kaedah memasak dengan betul. Ia memerlukan ketelitian dan kestabilan yang tinggi.
2. SETIA
Lelaki yang mempunyai skil memasak juga dianggap sebagai seorang mampu mempertahankan kesetiaan mereka. Bayangkan dalam keadaan memasak makanan yang enak mereka mampu menahan nafsu untuk makan di situ juga. Paling penting lelaki ini lebih bahagia melihat pasangannya menikmati makanan yang dimasak lebih dari segala. Bukankah itu sangat romantik sekali!
BACA: Nak Berat Cepat Turun, Makan Telur Dengan 12 Cara Masak Ini!
3. LEBIH INTIM
Jika anda suka masuk ke dapur sahaja sekali pun itu sebenarnya sudah cukup mamadai. Di sinilah ruang untuk anda dan pasangan menambahkan keintiman hubungan. Tatkala tangan sedang menghiris bahan, memotong sayur atau menyiang ikan, luangkan masa untuk berbual perihal hati masing-masing. Wanita memang suka lelaki yang lebih terbuka dengan apa jua topik perbualan.
4. RASA SESUATU YANG BARU
Lumrah seorang wanita mereka selalu ingin mencuba sesuatu yang baru. Sebagai lelaki yang pandai memasak anda boleh memberi kejutan istimewa dengan menu-menu baru yang belum pernah dirasainya. Pengalaman baru seperti ini amat berharga bagi seorang wanita.
5. SUKA LIHAT ANDA DI DAPUR
Percaya atau tidak, wanita cukup senang apabila melihat pasangan mereka sibuk menyiapkan makanan di dapur. Ia memberikan gambaran bahawa mereka dijaga oleh pasangan dengan memberikan hidangan makanan. Lumrah wanita mereka memang akan ada perasaan ingin dilindungi, disayangi dan diambil berat.
Selain Urut Belakang Telinga, Ini 10 Cara Lain Untuk Hilangkan Rasa Stress

Golongan lelaki dewasa sememangnya mudah terjebak dalam keadaan yang penuh stress tidak kiralah sama ada kerana masalah atau faktor timbunan kerja yang sangat banyak.
Namun demikian, sebagai seorang lelaki yang harus tampil sebagai golongan yang dihormati, suka atau tidak, anda harus menghilangkan stress anda.
Ini kerana stress boleh membuatkan anda :
- Hilang fokus
- Tidak digemari orang sekeliling
- Cepat panas baran
- Sukar memberi tumpuan dan perhatian
- Cepat mengantuk dan letih
- Tidak produktif
- Hilang seri pada wajah
- Kesihatan boleh terjejas
Sehubungan itu bagi menyelesaikan masalah anda, penulis ingin kongsikan beberapa tips yang boleh anda gunakan bagi menghilangkan stress seterusnya kembali ceria dan aktif :
1. Hubungi orang yang tersayang
Percayalah.. apabila mendengar suara orang yang tersayang, anda akan berasa sedikit lega. Tidak kiralah orang yang tersayang itu ibu, ayah, isteri atau anak. Mendengar suara mereka walaupun hanya melalui telefon, sesak di dada boleh berkurangan kerana secara automatik, anda akan menarik nafas sedalam-dalamnya lalu menghembus segala kekusatan yang ada. Lebih-lebih lagi kalau anda terdengar suara si manja anda yang sedang riuh belajar untuk bercakap.
2. Urut telinga berulang kali
Nampak macam kelakar tetapi urut telinga ini sebenarnya merupakan antara cara sangat efisien untuk melegakan tekanan. Tambahan pula teknik ini boleh membebaskan
endorfin dalam otak dan membuatkan anda berasa lebih tenang. Endorfin adalah satu perasaan tenang yang boleh muncul secara automatik. Cara untuk mengurut telinga ini adalah dengan menggosok kawasan luar telinga (bahagian hadapan) dengan menggunakan ibu jari dan jari telunjuk. Picit kawasan tersebut dari cuping telingan dan ke atas. Kemudiannya, teruskan urutan sehingga ke kawasan belakang telinga.
3. Lukis dengan jari atau conteng sepuas-puasnya
Apa kata ekspresikan diri anda melalui apa sahaja kaedah seni yang berfungsi sebagai satu bentuk pembebasan. Lebih khusus lagi, lukisan menggunakan jari membolehkan anda untuk menjadi lebih kreatif tanpa apa-apa sekatan dengan harapan supaya anda dapat bereksperimen dengan cat jari dalam apa-apa cara yang anda mahu seperti kanak-kanak lakukan. Jika tidak, gunakan krayon atau apa-apa sahaja. Lukiskan perasaan anda pada kanvas dan lihatlah hasilnya. Marah? Penat? Terbelenggu? Semuanya ada di depan mata.
4. Cium bau epal hijau
Mencium bau epal hijau atau mana-mana buah-buahan sitrus yang lain boleh mengurangkan sakit kepala dan melegakan tekanan. Kajian menunjukkan bahawa penghidap migrain kronik yang menghidu aroma epal hijau melaporkan bahawa kesakitan mereka berkurangan.
5. Lihat keindahan alam
Ambil masa untuk bercuti buat seketika dan lihatlah keindahan alam. Kajian menunjukkan dengan melihat alam, anda dapat menenangkan minda. Anda boleh melihat lautan ombak, titisan hujan atau apa sahaja yang akan menyumbang kepada ketenangan minda. Lihatlah alam lebih kurang 20 minit setiap hari dan anda akan mula merasa perbezaannya.
6. Makan makanan yang boleh hilangkan stress
Mungkin ada dia antara anda tidak tahu wujudnya makanan yang boleh menghilangkan stress. Cuba ambil asparagus, avokado, telur, ikan salmon, susu, badam, buah oren, bayam, labu, mangga, dark chocolate dan oatmeal. Kebanyakan makanan ini memberikan anda vitamin yang berguna dan protein, omega-3, vitamin C, B2 dan E dan boleh memberikan kesan yang menenangkan. Tak cuba, tak tahu hasilnya.
7. Pecahkan belon
Apabila anda merasa tertekan, anda cenderung untuk mengambil nafas yang lebih pendek daripada biasa. Dalam usaha untuk membantu anda berehat, cuba meletupkan belon. Ini akan membolehkan anda kembali bernafas pada kadar biasa dan anda boleh menghela nafas yang lebih mendalam dan panjang. Selain itu, ia akan berehat otot anda dan mengurangkan kadar denyutan jantung.
8. Beri ganjaran untuk diri sendiri
Walaupun anda merasa diri anda tidak melakukan sesuatu perkara yang besar hari ini, jangan lupa berikan ganjaran pada diri anda. Terutamanya apabila anda merasa putus asa atau merasa tekanan yang sangat teruk. Tidak kira betapa kecil mahupun besar pencapaian anda, adalah berbaloi untuk ingatkan diri anda kerja yang hebat yang anda lakukan pada hari ini.
9. Letak pokok di meja kerja
Tumbuhan boleh menjadi kawan terbaik anda ketika menghadapi krisis. Dengan meletakkan pokok di atas meja anda atau rumah telah terbukti secara saintifik memberi manfaat kepada kesihatan anda. Bukan sahaja menjadikan persekitaran lebih cantik, malah dapat mengurangkan tekanan dan merendahkan tekanan darah.
10. Solat dan beribadat
Bagi umat Islam, anda digalakkan untuk bersolat. Begitu juga dengan penganut agama lain, anda boleh berserah diri kepada Tuhan dan luahkan segala kekusutan yang ada. Namun bagi umat Islam, anda perlu tahu ketika melakukan solat darah anda akan mengalir dengan lebih baik. Misalnya apabila sujud, darah akan mengalir terus ke otak dan anda meneutralkan cas positif dan negatif anda. Kalau sampai pejabat di pagi hari, cuba solat dhuha dahulu. Selesai solat dhuha, baru sambung buat kerja. Jadikan ia satu kebiasaan. Jika waktu malam, cuba amalkan solat tahajjud tatkala semua orang sedang tidur. Berkomunikasilah dengan Allah, curahkan apa yang ada dalam hati anda. Pasti anda akan menemui ketenangan.