Jenama jam terkenal dari Jepun, ALBA, melancarkan koleksi 2023 yang ditunggu-tunggu. Peminat di Malaysia diterujakan dengan enam jam keluaran eksklusif untuk negara ini memandangkan permintaan pasaran yang besar untuk jam yang bergaya dan tahan lasak.
Model-model eksklusif untuk Malaysia itu, AL4529X1, AL4531X1, AL4527X1, AL4525X1, AL4533X1 dan AL4535X1 dijangka akan mengujakan pasaran dengan dial yang menarik, daripada tona biru muda, hijau gelap dan sunray hitam separa-matte.
Model-model eksklusif untuk Malaysia (dari kiri): AL4529X1, AL4531X1, AL4527X1.Model-model eksklusif untuk Malaysia (dari kiri): AL4525X1, AL4533X1, AL4535X1.
Bergantung kepada pilihan dan gaya hidup setiap individu, model-model eksklusif untuk Malaysia itu terdiri daripada pergelangan keluli tahan karat dan strap silikon hitam.
Sesuai digayakan ketika perjumpaan kasual dengan keluarga atau keluar bersama rakan-rakan pada waktu malam, pelanggan dihidangkan dengan pilihan pelbagai rekaan yang tersedia dalam barisan produk terbaharu ALBA.
ALBA menghidupkan lagi gaya kontemporari dalam koleksi SIGNA seperti kronograf AT3J09X1 untuk lelaki. Diilhamkan daripada budaya popular Jepun, ia didatangkan dengan dial hitam dan biru yang menyerlahkan gaya maskulin dan mewakili semangat perwira Samurai.
Ads
AT3J09X1 dari koleksi SIGNA.
Peminat jam mekanikal pasti teruja dengan pelancaran AL4453X1, yang direka khas untuk warga kota yang sentiasa mendambakan kecemerlangan dalam kehidupan seharian mereka.
AL4453X1 dari koleksi Mechanical.
Reka bentuk menarik pada dial biru berpola melambangkan pelayaran di lautan, di mana seseorang perlu menguasai pasang surut gelombang untuk mengatasi cabaran hidup. Reka bentuknya yang seimbang sesuai untuk pelbagai acara dan gaya berbeza dari kerja hingga riadah, tidak kira siang atau malam.
Ads
SEAN LEE, SAHABAT JENAMA UNTUK MALAYSIA
Dalam pada itu, ALBA mengumumkan seorang selebriti tempatan, Sean Lee sebagai Sahabat Jenama untuk Malaysia.
Foto: Sean Lee, Sahabat Jenama ALBA untuk Malaysia.
Menurut William Hui selaku Pengarah Urusan Thong Sia Group, semangat belia Sean dan personaliti dinamiknya bersesuaian sebagai lambang kepada ALBA.
Ads
“Kami percaya dengan keberadaan Sean Lee sebagai wajah baharu ALBA akan terus memberi inspirasi kepada generasi pelanggan muda untuk mendakap individualiti positif dan gaya hidup aktif,” kata William ketika majlis pelancaran.
Model eksklusif untuk Malaysia dengan pergelangan keluli tahan karat AL4529X1, AL4531X1, AL4527X1, dan AL4525X1 akan dijual pada harga RM665.00 setiap satu, manakala AL4533X1 dan AL4535X1 dengan tali silikon hitam akan dijual pada harga RM655.00 setiap satu.
Bell & Ross telah melancarkan BR-X1 Military sebuah jam tangan yang bertaraf mewah dengan estetik yang direka buat pejuang pesawat udara dengan bentuk matte khaki ketahanan tinggi titanium (HRT) dan paparan ultra-hijau. Sentiasa satu langkah kehadapan dari segi kemajuan teknikal, terutamanya inovasi, Bell & Ross merupakan jam tangan yang ringan dan memiliki bahan tahan lama untuk hipersonik BR-X1, Titanium Rintangan Tinggi (HRT).
Bahan ini diperoleh dengan penggunaan proses baru yang mana mengubah titanium, menjadikannya lebih keras dan bagus untuk mereka yang gemar dengan aktiviti lasak.
Dengan bentuk sporty, BR-X1 Military mampu menambat hati penggemar koleksi jam tangan yang diserikan dengan perisai penuh pada permukaan jam juga serba canggih. Ia juga dilindungi dengan kerangka yang tahan lasak, menjadikan si pemakai boleh melakukan aktiviti lasak kerana ia mempunyai taya tahan yang kuat.
Pada bahagian atas permukaan jam tangan ini mempunyai bentuk X dimana ia mempunyai DLC hitam (Diamond-Like Salutan karbon), adalah bentuk rasmi Bell & Ross. Tali pada jam tangan yang melingkari pergelangan tangan anda dimuatkan dengan Titanium Rintangan Tinggi (HRT) yang mengagumkan.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Lelaki pakai baju hitam bukan saja nampak kacak tapi ‘seksi. Tak dapat dinafikan, ada sesuatu tentang lelaki berbaju hitam yang buat ramai orang terpikat.
Lelaki Pakai Baju Hitam Bukan Saja Nampak Kacak Tapi ‘Seksi’
Sama ada dia berpakaian kasual dengan t-shirt hitam atau tampil segak dalam sut serba hitam, warna ini memberi aura misteri dan daya tarikan tersendiri. Tapi kenapa ya?
Apa Rahsia Di Sebalik Pesona Lelaki Berbaju Hitam?
1. Hitam Itu Warna Keyakinan
Lelaki yang memilih warna hitam selalunya nampak lebih yakin dan berkarisma. Warna ini melambangkan ketegasan, kekuatan, dan sikap tidak mudah goyah. Bila seorang lelaki pakai baju hitam, dia secara tak langsung kelihatan lebih berwibawa, seolah-olah dia tahu apa yang dia buat dan tak perlukan pengesahan orang lain.
2. Nampak Lebih Maskulin Dan Dominan
Kajian psikologi menunjukkan bahawa warna hitam sering dikaitkan dengan sifat dominan dan maskulin. Sebab itu kita selalu nampak pemimpin, ahli perniagaan berjaya, atau selebriti lelaki memilih warna hitam untuk menyerlahkan imej mereka. Dalam dunia fesyen, warna ini juga dianggap timeless dan klasik, jadi tak kira apa gaya yang dipakai, lelaki berbaju hitam sentiasa nampak ‘sharp’.
3. Memberi Aura Misteri
Tak dinafikan, ramai orang tertarik kepada individu yang ada unsur misteri. Bila lelaki pakai hitam, dia seolah-olah ada sisi yang susah untuk dijangka, buatkan orang rasa ingin tahu lebih lagi tentang dirinya. Mungkin sebab itu banyak watak dalam filem yang digambarkan sebagai ‘bad boy’ atau lelaki yang penuh enigma sering memakai warna ini.
4. Sesuai Dengan Semua Warna Kulit
Salah satu kelebihan besar warna hitam adalah ia sesuai dengan semua jenis kulit. Tak kira cerah atau gelap, lelaki tetap nampak segak dengan pakaian hitam. Malah, warna ini juga boleh memberi ilusi badan yang lebih tegap dan fit kerana ia menyamarkan bentuk tubuh. Jadi kalau nak nampak lebih ‘lean’ dan kemas, baju hitam memang pilihan yang tepat.
5. Mudah Dipadankan Dengan Apa Sahaja
Nak nampak bergaya tanpa perlu berfikir panjang? Pakai sahaja baju hitam. Ia boleh digabungkan dengan pelbagai warna dan masih nampak kemas. Sama ada digandingkan dengan seluar jeans, jaket kulit, atau sut penuh, lelaki berbaju hitam sentiasa nampak effortless tetapi tetap menawan.
Lelaki yang memakai baju hitam bukan sekadar nampak lebih seksi, tetapi juga lebih yakin, berkarisma, dan penuh daya tarikan. Jadi, kalau anda seorang lelaki dan nak tambah aura maskulin serta memikat, baju hitam adalah pilihan yang tak pernah salah.
Tak hairanlah ramai yang kata, lelaki dalam baju hitam memang ada sesuatu yang buat hati mudah cair. Setuju?
Tahukah anda bahawa bila anda di rumah, anda boleh juga boleh melakukan senaman bertaraf gym dengan hanya menggunakan barang-barang buang terpakai? Kadang-kadang tak ada masa nak ke gym, Nak beli dumbbell pun harganya mahal. Jadi apa kata anda sediakan bahan-bahan ini:
Apa yang kita perlukan adalah:
1) Botol Susu (2 L), batang paip.
Jika anda ingin berat yang lebih ringan, isikan air ke dalam botol. Tapi jika anda ingin berat yang lebih, kami sarankan anda meletakkan pasir ataupun batu. Terpulang kepada anda sama ada anda memerlukan berat yang lebih ataupun kurang, jika kurang gunakan botol 500ml saja. Mudah kan?
2) Guni
nama pun sand bag, mestilah anda memerlukan pasir dan bag kan? Anda tak payah beriya nak cari sand bag di pasaran, hanya lakukan di rumah dengan menggunakan guni. Kalau susah sangat nak cari guni, guna plastik beras yang dah habis tu dan isikan dengan pasir yang banyak. Ambil saja di taman. Lepas ni dah tak ada alasan lagilah nak main sand bag.
3) Batang Paip & bola
Dekat rumah tu mesti dah banyak sangat bola yang dah tak ada angin kan? Okay, apa kata anda isikan bola tersebut dengan batu-batu kecil atau tanah sehingga mampat, dan kemudian lekatkan batang paip secara melengkung. Siap dah Kettlebell DIY anda!
Mudah kan? Jadi lepas ni tak payah dah pergi gym!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kemsite memperkenalkan konsep “Outdoor Inside” di The Gardens Mall, membawa gaya hidup outdoor ke ruang urban dengan jenama premium dan pengalaman eksklusif yang menggabungkan alam, rekaan dan keselesaan moden.