Di antara hobi yang cukup digemari oleh golongan lelaki ialah mengumpul kenderaan miniatur menampilkan model-model kereta sporty terhebat. Apatah lagi jika koleksi yang diperkenalkan adalah untuk masa dan kuantiti yang terhad.

Salah satu koleksi yang sering dinantikan oleh peminatnya ialah dari Koleksi Shell Motorsports. Terbaru, Koleksi Shell Motorsports menampilkan kereta kawalan jauh Bluetooth, hasil kerjasama Shell dengan syarikat terkemuka dalam arena sukan permotoran.

Buat pertama kalinya, beberapa pengeluar peralatan asli (OEM) dan syarikat permotoran menjalin kerjasama untuk menampilkan prestasi Shell V-Power yang merupakan minyak Shell yang lain daripada yang lain.

Koleksi Kereta Kawalan Jauh Shell Motorsports Tampilkan Model Terhebat, Antaranya Ferrari SF90!
Pengurus Besar Shell Mobility Malaysia, Seow Lee Ming bersama Shell Malaysia Team pada pelancarannya hari ini.

Koleksi Shell Motorsports terbaru menampilkan tujuh model daripada syarikat permotoran terkemuka dunia yang menjadi rakan kerjasama Shell. Di antara model yang ditawarkan ialah:

• Ferrari SF90
• BMW M4 Motorsport
• Nissan Formula E Gen 2 Car
• Hyundai i20 Coupe WRC
• Shell V-Power Racing Team Ford Mustang GT
• Team Penske Indycar
• Team Penske Ford Mustang GT

Koleksi Kereta Kawalan Jauh Shell Motorsports Tampilkan Model Terhebat, Antaranya Ferrari SF90!

CIRI ISTIMEWA

Lebih menarik koleksi ini turut dilengkapi dengan ciri istimewa iaitu bateri pintar. Ia diintegrasikan dengan cip Bluetooth dalam sel litium yang bolej dicas semula. Bateri pintar ini dibangunkan dengan kerjasama BrandBase dan 12 pemegang hak seperti Ferrari, BMW, Hyundai, Ford dan Nissan.

Malah setiap model kereta kawalan jauh ini juga dilengkapi dengan enjin elektrik yang mampu dikawal dengan menggunakan telefon pintar menerusi aplikasi Shell Racing.

Pada majlis pelancarannya, Pengurus Besar Mobility Shell Malaysia, Seow Lee Ming menjelaskan bahawa setiap model dalam koleksi ini mewakili momen penting dalam sejarah sukan permotoran.

IKLAN

Koleksi Kereta Kawalan Jauh Shell Motorsports Tampilkan Model Terhebat, Antaranya Ferrari SF90!

“Ketika perintis sukan permotoran mula mencipta nama, Shell sudahpun bersama mereka dan mempunyai sejarahnya yang tersendiri dalam arena sukan permotoran. Koleksi terbaru ini meraikan antara kereta lumba terbaik yang banyak mencipta perubahan dalam dunia perlumbaan seperti kereta rali hibrid Hyundai i20 dan Team Penske’s Indycar,” jelas beliau.

Untuk pengathuan anda, kereta rali hibrid Hyundai i20 telah memenangi Kejohanan Rali Dunia (WRC) di Greece dan memperoleh kemenangan untuk semua jenis bentuk muka bumi – kerikil, salji, campuran dan tarmac.

Koleksi Kereta Kawalan Jauh Shell Motorsports Tampilkan Model Terhebat, Antaranya Ferrari SF90!

Team Penske Indycar pula adalah pelopor dalam industri Indycar dan mempunyai 100% bahan api perlumbaan yang boleh diperbaharui dengan 60% pengurangan untuk pelepasan gas rumah hijau.

IKLAN

SATU SETIAP MINGGU

“Pelanggan menjadi keutamaan dalam segenap aspek perniagaan kami. Setiap kali mereka berhenti di stesen minyak Shell, kami mahu menyediakan peluang untuk mereka mencipta kenangan yang tidak dapat dilupakan bersama keluarga dan rakan-rakan.

“Dengan koleksi terbaru ini, kami harap mereka dapat menikmati keseronokan bermain dan berlumba bersama orang tersayang, di mana-mana sahaja,” jelasnya lagi.

Bermula 8 Oktober hingga 8 Disember, setiap minggu satu model kereta kawalan ini akan ditawarkan secara eksklusif di stesen minyak Shell di seluruh negara.

Koleksi Kereta Kawalan Jauh Shell Motorsports Tampilkan Model Terhebat, Antaranya Ferrari SF90!

Pelanggan boleh membeli kotak Koleksi Motorsport dengan harga RM80 apabila mereka mengisi minyak Shell V-Power Racing berjumlah RM80 dalam satu resit.

IKLAN

Model kereta atau bateri pintar Bluetooth ini juga boleh didapati secara berasingan dengan harga RM30 dengan setiap pembelian minyak minimum RM50.

Pelanggan juga boleh mendapatkan kereta lumba eksklusif Ferrari SF90 dan satu bateri pintar percuma apabila mereka membeli Shell Helix Lubricant 4L terpilih di stesen minyak Shell.

Koleksi Kereta Kawalan Jauh Shell Motorsports Tampilkan Model Terhebat, Antaranya Ferrari SF90!

Meraikan pelancaran koleksi ini, Shell turut bakal menganjurkan satu acara di KL Sentral mulai 17 hingga 23 Oktober dan di Mid Valley Megamall mulai 26 hingga 30 Oktober.

Ia bakal memberikan pengalaman eksklusif kepada orang ramai untuk mencuba kesemua tujuh model kereta lumba di litar lumba yang direka khas untuk menampilkan suasana atau persekitaran ketika model-model kereta ini meraih kemenangan mereka.

Pengunjung juga berpeluang menyaksikan sendiri replika Hyundai i20 WRC yang memenangi Kejohanan Rali Dunia (WRC).

https://www.youtube.com/watch?v=5_z4urZf58k&t=420s

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI