Siapa tak kenal dengan Datuk Seri Ahmad Bin Maslan, bekas Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri yang sentiasa tular dengan pendapat serta perkongsiannya di laman media sosial. Walaupun partinya tewas dalam PRU yang lalu namun DS Ahmad Maslan masih mengekalkan kerusinya di Parlimen Pontian.
Kepada anda yang aktif dalam media sosial terutamanya di Twitter pasti sudah sedia maklum tentang hobi Datuk Seri Ahmad Maslan iaitu memasak. Malah sejak tidak lagi menjadi ahli kabinet beliau sering memuat naik dan berkongsi resepi masakannya kepada netizen.
Melihatkan reaksi yang cukup positif terutamanya dari follower, DS Ahmad Maslan pasti tidak akan lepaskan peluang untuk berkongsikan buah tangannya ke Twitter.
Ads
Beberapa hari lalu telah tular tentang masakan terbarunya iaitu Nasi Goreng Strawberry. Mungkin ia juga bersempena dengan pilihanraya kecil di Cameron Highland, lokasi yang terkenal dengan buah tersebut di Malaysia.
Ads
Ada yang boleh terima dan ada juga netizen yang seakan berasa pelik dengan kombinasi nasi goreng dan buah strawberry.
Walau apapun kata orang sebenarnya perkongsiaan ini ada juga faedahnya buat kita semua. Kadangkala kita sendiri pening memikirkan menu apa untuk dijadikan juadah sama ada makan tengahari atau malam.
Ads
Mungkin anda boleh cuba beberapa resipi yang pernah dikongsikan oleh DS Maslan. Jom kita tengok resepi-resepi menarik yang pernah dikongsi olehnya.
NASI GORENG PETAI
NASI GORENG DAGING KISAR
NASI GORENG NENAS
NASI GORENG AHMAD MASLAN
ROTI BAKAR & IKAN BAKAR
SANDWICH IKAN BILIS & TELUR
NASI LAUK RINGKAS
ROTI UDANG GORENG
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Tumpukan kepada pengambilan makanan yang lebih segar seperti buah-buahan, sayur-sayuran, kekacang dan bijirin penuh. Makanan ini penuh dengan rasa semulajadi dan membantu tekanan darah secara mendadak lebih rendah serta meningkatkan kesihatan jantung dan berat badan.
ANDA PERLU MULA MENGGANTIKAN MAKANAN YANG TIDAK SIHAT DENGAN PILIHAN YANG LEBIH SIHAT UNTUK JANTUNG ANDA DAN BUKANNYA MEMBERI TUMPUAN KEPADA APA YANG ANDA TIDAK LAGI AKAN MAKAN. DAN BERCAKAP TENTANG MAKANAN YANG SIHAT UNTUK JANTUNG ANDA, BERIKUT ADALAH5 PILIHAN MAKANAN UNTUK MENGURANGKAN TEKANAN DARAH TINGGI DAN MENINGKATKAN ALIRAN DARAH
1) Daun Saderi
Daun saderi adalah sumber semula jadi natrium tetapi ia juga salah satu makanan yang terbaik untuk menurunkan tekanan darah dan meningkatkan aliran darah.
Semua makanan semula jadi mengandungi unsur-unsur natrium; natrium adalah mineral yang terdapat di dalam tanah dan dengan itu, makanan tersebut lebih sihat.
Saderi juga tinggi dengan kalium seperti mana makanan yang berasaskan tumbuhan keseluruhannya. Kalium berfungsi terhadap sodium dan memperbaiki aliran darah dan juga mengurangkan pengekalan air yang disebabkan oleh sodium dalam badan anda.
Selain itu, saderi juga mempunyai kandungan air yang tinggi, iaitu alkali yang mengimbangi tahap pH darah, dan ia juga meningkatkan fungsi sistem saraf. Yang paling menarik, daun saderi boleh dinikmati sebagai snek atau penambahan rasa kepada sup, salad, dan ia boleh dijadikan jus sayur-sayuran yang sihat.
2) Sayur Berdaun
Buatkan untuk diri anda salad, sup, atau smoothie hijau; hanya pastikan anda makan sayur-sayuran berdaun anda setiap hari!
Sayur-sayuran berdaun seperti bayam, kangkung, sawi – dan juga banyak salad mudah – semua penuh dengan kalium dan sebatian yang menurunkan tekanan darah dan meningkatkan aliran darah.
Sesetengah sayur-sayuran juga tinggi magnesium dan Vitamin C yang meningkatkan kesihatan sistem saraf dan tekanan darah.
Target untuk makan 3 cawan sayur-sayuran setiap hari, tidak kira bagaimana anda menikmatinya. Hanya elakkan memasak makanan anda dengan minyak dan lemak yang tidak sihat seperti mentega yang mana semua ini boleh mengakibatkan penyakit hati dan membawa kepada masalah jantung lebih serius.
3) Pisang
Pisang terkenal dengan kandungan kalium yang tinggi tetapi ia juga mengandungi banyak nutrien lain yang memberi manfaat kepada jantung anda.
Pisang adalah sumber magnesium, Vitamin B6 dan asid amino yang juga sangat baik untuk kesihatan sistem saraf. Selain itu, ia membantu mengurangkan kebimbangan yang boleh membawa kepada tekanan darah tinggi.
Kandungan kalium yang tinggi dalam pisang menjadikannya dapat membantu untuk mengimbangi sodium dalam badan dan ia juga boleh memperbaiki kontraksi otot berdasarkan cara ia meningkatkan aliran darah.
4) Kentang
Jika anda tidak suka kentang kerana ia sumber semulajadi karbohidrat kompleks, anda sudah terlepas salah satu makanan yang paling sihat di planet ini. Kentang adalah sumber kalium yang baik dan kandungan dalam kentang adalah tiga kali lebih banyak berbanding pisang!
Ia juga mengandungi lebih tinggi Vitamin B6 dan zat besi berbanding kebanyakan buah-buahan dan sayur-sayuran, dan ia merupakan satu pakej dengan magnesium, copper, dan zinc sebagai bonus. Semua kentang adalah sumber nutrien yang baik, termasuk jenis kentang putih yang ramai orang mengelak untuk makan.
Jika anda mempunyai paras gula darah yang sensitif, utamakan untuk makan kentang merah, kentang ungu, atau sweet potato yang mempunyai lebih banyak serat dan kurang gula untuk setiap hidangan.
5) Epal
Kandungan epal sangat tinggi kalium dan Vitamin C, dua nutrien hebat untuk meningkatkan kesihatan jantung. Epal juga sumber besar serat dan air yang membantu untuk mengurangkan tekanan darah tinggi dan kolesterol dari badan.
Adalah yang terbaik untuk memilih epal organik memandangkan epal konvensional adalah salah satu sumber racun perosak yang paling teruk. Makan satu epal sehari adalah cara yang baik untuk melindungi hati dan ia boleh membantu anda menurunkan berat badan juga!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Dalam kehidupan seorang lelaki, tanggungjawab bukan sekadar mencari rezeki untuk diri sendiri dan keluarga, tetapi juga memastikan harta yang diperoleh bersih dan diberkati.
Salah satu cara menyucikan harta adalah dengan menunaikan zakat.
Namun, masih ramai yang mengambil ringan kewajipan ini tanpa sedar bahawa zakat adalah kunci keberkatan dalam kehidupan.
Zakat merupakan ibadah wajib yang menjadi salah satu daripada lima rukun Islam.
Ia adalah sebahagian harta yang perlu dikeluarkan untuk diberikan kepada golongan yang layak menerima seperti fakir miskin, anak yatim dan asnaf.
Allah SWT memerintahkan setiap Muslim yang mampu untuk menunaikan zakat sebagai tanda syukur atas rezeki yang dikurniakan.
Firman Allah SWT dalam Surah Al-Baqarah, ayat 267: “Wahai orang-orang yang beriman! Belanjakanlah (pada jalan Allah) sebahagian daripada hasil usaha kamu yang baik-baik…”
Islam meletakkan lelaki sebagai pemimpin keluarga. Bukan hanya bertanggungjawab mencari nafkah, tetapi juga memastikan kewajipan zakat ditunaikan.
Jika seseorang lelaki mampu menanggung keluarga, maka dia juga bertanggungjawab menunaikan zakat bagi dirinya dan memastikan ahli keluarganya turut melaksanakannya.
Ramai yang takut harta akan berkurang jika menunaikan zakat, sedangkan janji Allah jelas bahawa zakat akan menambah keberkatan dan rezeki.
Harta yang tidak dizakatkan boleh menjadi punca rezeki terasa sempit, manakala harta yang disucikan melalui zakat akan membawa kebahagiaan dalam kehidupan.
Celebrity Car Wars kembali lagi pada musim ke 3 ini dengan menampilkan selebriti asia yang terdiri daripada Thailand, Filipina, Singapura dan tentunya Malaysia. Kali ini, Channel History saluran 555 menampilkan Hans Isaac sebagai wakil dari Malaysia. Mempunyai minat dalam dunia permotoran, Datuk Hans Isaac mengambil peluang ini untuk terus kekal aktif dan ingin menunjukkan bakat beliau dalam sukan permotoran. Ini merupakan rancangan realiti sukan lasak tanpa skrip pertama yang beliau ceburi dan mencuba perkara baru bukanlah perkara asing bagi dirinya. Pengambaran yang berlangsung selama 2 minggu itu di bumi Filipina, penuh dengan cabaran dan beraksi dengan mereka yang berusia jauh lebih muda dari dirinya bukan satu penghalang.
Musim terbaharu ini akan menyaksikan enam selebriti dari seluruh Asia bersaing untuk muncul sebagai pelumba terbaik. Masing-masing mempunyai kemahiran, ketangkasan dan perancangan tersendiri untuk menghadapi persaingan sengit di litar lumba. Selebriti-selebriti yang bakal berentap musim ini adalah Munah Bagharib, pelakon dan pelawak dari Singapura, Hans Isaac, pelakon, penerbit dan pengarah dari Malaysia, Diego Loyzaga, pelakon, VJ dan anak kepada pelakon terkenal Teresa Loyzaga, Xian Lim, pelakon, model dan penyanyi berdarah kacukan Amerika-Filipina, Matthew Deane, pelakon, penyanyi, dan model berdarah kacukan Thai-Australia, serta isterinya, Lydia Sarunrat, penyanyi R&B, aktres dan personaliti media sosial dari Thailand.
Pernah memenangi anugerah Emmy, musim kali ini akan mengembalikan cabaran-cabaran daripada musim terdahulu, antaranya, perlumbaan Jeepney, perlumbaan secara terbalik (gostan), dan perlumbaan 4X4 di dalam hutan sepanjang Sungai Sacobia di Pampanga. Tidak dilupakan, dinding batu bata yang juga perlu dihadapi para selebriti.
Siapakah yang akan melakar nama di Celebrity Car Wars Hall of Fame musim kali ini? Jangan lupa untuk menonton Musim Ketiga Celebrity Car Wars akan mula ditayangkan pada 9 September di HISTORY Asia (Saluran ASTRO 555 dan 575 HD), setiap Ahad pukul 9.55 malam.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Servis kereta sebelum balik kampung sangat penting bagi memastikan perjalanan raya lebih selamat. Ikuti checklist pemeriksaan kereta ini sebelum memulakan perjalanan jauh.