Buat anda yang mengikuti perkembangan fesyen sejak tahun lalu pasti sedar akan trend penggunaan sandal atau slide yang semakin popular.
Salah satu faktor yang banyak menyumbang populariti footwear jenis ini adalah disebabkan pandemik yang melanda dunia sejak tahun lalu. Sepanjang tempoh itu ramai daripada masyarakat global lebih banyak meluangkan masa di dalam rumah atau kawasan yang tidak ramai orang.
Lalu pemilihan footwear yang popular menjadi pilihan ialah sandal dan juga slide. Tapi dalam masa yang sama trend ini juga banyak dipengaruhi oleh rekaan-rekaan yang bersifat lebih universal selain selesa dipakai dan mudah digayakan dengan pelbagai jenis pakaian.
Onitsuka Tiger turut memperkenalkan koleksi sandalnya dengan tiga rekaan baru yang diperkenalkan dalam himpunan koleksi Musim Luruh dan Dingin tahun lalu. Mereka memperkenalkan tiga sandal baharu iaitu DENTIGRE STRAP, OHBORI STRAP dan OHBORI SLIDER.
Ads
DENTIGRE™ STRAP
DENTIGRE STRAP rekaan sandal bertali pengikat dilancarkan susulan daripada pengenalan siri DENTIGRE. Ia merupakan model hibrid yang tampil dengan kombinasi padanan gaya ringkas dan ringan bersama penampilan lasak namun masih selesa di bahagian tapaknya.
Sebagai tambahan, logo Onitsuka Tiger ditonjolkan pada bahagian tali pengikat sebagai penghias. Rekaan pengikat bercangkuk dan gelung yang ditampilkan bukan sahaja memudahkan pemakaiannya malah boleh dilaraskan mengikut kesesuaian padanan yang menyerlahkan lagi fungsinya.
Ads
Model OHBORI EX pula diperkenalkan dalam gaya musim lalu yang tampil dengan dua lagi model sandal ditambah untuk musim ini. Koleksi OHBORI STRAP, model sandal bersama tali pengikat, dikemaskinikan dengan kusyen dan struktur fleksibel serta menampilkan logo Onitsuka Tiger pada talinya.
Ads
OHBORI™ STRAP
Manakala model OHBORI SLIDER pula merupakan model jenis sarung dengan kemasan pad kusyen di bahagian atasnya yang diilhamkan daripada model terdahulu bersama dua tali yang boleh dilaras mengikut kesesuaian padanan. Rekaan versatil ini memberikan impak elegan dan sofistikated, sekali gus menjadikannya padanan yang sesuai untuk pelbagai gaya.
Soalan ni sering menjadi tanda tanya kepada sesiapa sahaja di dalam dunia ni. Tambahan bila nak makan bersama kawan-kawan, soalan yang paling susah nak jawab. Lagi susah dari soalan exam. Lepas tu bila semua orang dah tak boleh nak decide makan mana, mesti driver akan buat keputusan sendiri. Bila dah sampai kedai makan pasti akan ada yang bersuara “alaaa kenapa makan sini?” tadi bila tanya tak ada sesiapa pulak request nak makan mana kan? Lepas tu, ada juga yang jawab “mana-mana pun boleh” end up, kedai makan yang di pilih tidak menepati citarasa.
Menurut kajian, perkara ini timbul kerana terdapat pelbagai pilihan dalam waktu yang singkat. Barry Schwartz menerangkan Paradix of Choice (PoC) dengan tiga konsep mudah.
Satu eksperiment di jalankan di sebuah pusat membeli-belah, dalam 1 kedai ada terjual 24 jenis jelly, pelanggan bebas untuk mencuba ke semua jelly tersebut dan membuat pilihan. Namun esoknya, penjual tersebut masih menjual dengan konsep yang sama, cuma telah disingkatkan kepada 6 jenis perisa sahaja, dan jualan naik pada hari tersebut. Disini berlakunya inner mind paralysis. 24 jenis perisa membuatkan pelanggan tidak dapat memilih mana yang terbaik, jadi mereka tidak membeli, namun dengan 6 perisa, lebih mudah mereka membuat keputusan.
Cuba kita kaitkan dengan pilihan pasangan hidup, mesti nak yang tinggi, kulit cerah, suka memasak. Tapi bila kita dah berkenan dengan seseorang tu, walaupun dia tidak memenuhi ciri-ciri yang kita nak, pun takpe kan? Ini kerana 2-3 ciri yang kita nak tu sudah cukup dalam hidup kita. Jadi bila nak ditanya makan mana, dalam kepala otak kita mula ligat nak portion banyak lah, waiter hensem/cantik lah. Servis kena cantik la. Ini akan menyebabkan seseorang itu akan sukar untuk membuat keputusan, dan akhirnya makan jugak kedai yang sama.
Ini antara yang bermain sepanjang tempoh soalan “nak makan mana” kalau pergi kedai A, tak sedap, Kedai B pilihan tak banyak. Hakikatnya, kedai makan yang paling menepati citarasa kita memang tak akan jumpalah sampai bila-bila. Ingat makan untuk hidup bukan hidup untuk makan.
Nak pilih kedai makan ni tak susah sebenarnya, anda cuma perlu listkan 3 kedai makan terbaik untuk anda anda pilih paling sesuai untuk anda makan bersama kawan-kawan anda. kedai tersebut mestilah dekat dengan anda, kenyang, dan sedap. cukup! tak perlu fikir panjang-panjang, nanti jadi kes jelly pulak. Lepas ni tak tunggu “berjanggut” untuk dapat jawapan dari soalan “nak makan mana?”
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Skechers GOwalk Max Cushioning Flex muncul dalam dunia kasut gaya hidup hari ini ketika ramai orang inginkan satu perkara yang sama. Kasut yang selesa dipakai sepanjang hari tanpa perlu berkompromi dengan gaya.
Skechers nampaknya memahami keperluan ini dengan cukup baik melalui pelancaran koleksi terbaharu mereka yang memberi fokus kepada keselesaan maksimum untuk kegunaan harian.
Selepas mencuba sendiri model GOwalk Max Cushioning Flex Pave untuk lelaki, perkara pertama yang paling terasa ialah betapa mudahnya kasut ini dipakai.
Dengan teknologi Hands Free Slip Ins, anda hanya perlu melangkah masuk ke dalam kasut tanpa perlu tunduk atau menggunakan tangan.
Ia mungkin kedengaran seperti ciri kecil, tetapi dalam penggunaan harian seperti keluar sebentar, ke pejabat atau berjalan di pusat membeli belah, kemudahan ini sangat terasa praktikal.
Salah satu perkara yang membuatkan Skechers GOwalk Max Cushioning Flex terasa berbeza ialah konsep Slip Ins yang direka untuk memudahkan pemakai.
Tidak perlu lagi melonggarkan tali kasut atau menggunakan tangan untuk memakainya. Hanya melangkah masuk dan kasut akan terus memegang kaki dengan kemas.
Reka bentuk bahagian tumit yang menggunakan Heel Pillow juga memainkan peranan penting.
Struktur ini membantu memegang kaki dengan lebih stabil sebaik sahaja anda memijak kasut. Hasilnya, kasut terasa lebih secure walaupun tanpa perlu melaraskan kedudukan kaki seperti kasut biasa.
Kekuatan sebenar Skechers GOwalk Max Cushioning Flex terletak pada bahagian tapaknya. Skechers menggunakan gabungan Max Cushioning platform bersama teknologi ULTRA GO foam yang memberikan rasa tapak yang empuk tetapi masih responsif.
Semasa berjalan, kasut ini memberi sensasi yang ringan dan sedikit springy. Ia membantu mengurangkan tekanan pada kaki terutama apabila berjalan lama.
Bagi mereka yang banyak bergerak sepanjang hari, kombinasi cushioning ini menjadikan setiap langkah terasa lebih bertenaga tanpa rasa terlalu lembut atau tenggelam.
Bahagian dalam kasut pula dilengkapi dengan Air Cooled Goga Mat insole yang membantu memberikan sokongan tambahan pada tapak kaki. Pada masa yang sama, sistem pengudaraan ini membantu kaki kekal selesa walaupun digunakan dalam tempoh yang panjang.
Digabungkan bersama Soft Stride cushioning, pengalaman berjalan terasa lebih konsisten dari langkah pertama hingga ke penghujung hari. Inilah antara sebab utama ramai peminat Skechers memilih model seperti Skechers GOwalk Max Cushioning Flex sebagai kasut harian mereka.
Dari segi reka bentuk, Skechers GOwalk Max Cushioning Flex mengekalkan gaya sporty yang minimal dan moden. Upper kasut menggunakan engineered mesh yang ringan serta breathable, menjadikannya sesuai untuk pelbagai aktiviti santai.
Material ini membantu pengudaraan yang lebih baik supaya kaki tidak terasa terlalu panas ketika dipakai lama. Pada masa yang sama, struktur mesh ini juga membantu mengurangkan berat keseluruhan kasut.
Siluet kasut juga tidak terlalu bulky walaupun mempunyai cushioning yang tebal. Ini menjadikannya mudah dipadankan dengan pelbagai gaya pakaian lelaki seperti seluar jean, jogger atau outfit kasual moden.
Bahagian outsole menggunakan flexible traction yang membantu memberikan cengkaman lebih baik pada permukaan biasa seperti laluan pejalan kaki, lantai pusat membeli belah atau trek ringan.
Dengan ketinggian tumit sekitar dua inci, kasut ini juga membantu memberikan posisi berjalan yang lebih natural dan selesa. Reka bentuk ini sesuai untuk mereka yang banyak berjalan sama ada ketika melancong, bekerja atau melakukan aktiviti harian.
Satu lagi kelebihan Skechers GOwalk Max Cushioning Flex yang mungkin ramai akan hargai ialah ciri penjagaannya yang mudah.
Kasut ini boleh dibasuh menggunakan mesin basuh tanpa perlu risau tentang kerosakan pada struktur kasut.
Bagi kasut yang direka untuk kegunaan harian, ciri ini sangat membantu kerana kasut mudah terdedah kepada habuk dan kotoran. Dengan hanya memasukkannya ke dalam mesin basuh, kasut boleh kembali bersih tanpa proses penjagaan yang rumit.
Secara keseluruhan, Skechers GOwalk Max Cushioning Flex ialah pilihan yang sangat praktikal untuk lelaki yang mahukan kasut harian yang ringan, mudah dipakai dan memberikan keselesaan maksimum.
Ia menggabungkan teknologi Slip Ins, cushioning moden serta reka bentuk sporty yang masih kelihatan kemas untuk gaya kasual.
Dengan harga bermula sekitar RM399, kasut ini menawarkan keseimbangan yang baik antara teknologi keselesaan, fungsi harian dan gaya moden.
Bagi mereka yang mahukan kasut berjalan yang praktikal tanpa mengorbankan gaya, model ini boleh menjadi salah satu pilihan yang sangat berbaloi.
Rating MASKULIN: 4/5
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Selain daripada Netizen sibuk dengan Syed Saddiq, Agong juga tidak terlepas untuk mendapat perhatian umum. Walaupun ada segelintir pihak mengkritik Agong yang berasal dari Kelantan itu, ada juga pihak yang memuji dengan caranya yang santai dan tidak terlalu terikat dengan protokol. Selain dari isu ketampanan wajah Agong, telefon bimbit di poket dada baju melayunya juga menjadi perhatian. Khamis lalu, Tun Dr Mahathir sah dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-7. Majlis mengangkat sumpah di Istana Negara itu berjalan dengan lancar.
Ketika majlis tersebut, pasti ramai yang perasan telefon pintar yang diletakkan di poket baju Melayu Tuanku. Ramai juga yang tertanya-tanya, telefon pintar jenama apa yang digunakan oleh Tuanku dan ada juga yang cuba meneka.
Baru-baru ini portal SoyaCincau dan VidDaily cuba meneka telefon apa yang digunakan oleh Tuanku. Menerusi posting di Facebook, rata-rata netizen meneka ianya bukan telefon pintar iPhone dan Tuanku mungkin menggunakan telefon pintar Samsung seperti Galaxy S8 atau S9 berdasarkan bentuk lengkung telefon tersebut. Sukar untuk meneka memandangkan Tuanku menggunakan casing telefon yang bertutup.
Melihat pada lubang suara telefon tersebut, telefon pintar itu dipercayai bersaiz 16:9. Namun lubang suara itu tidak sepadan dengan telefon pintar Samsung keluaran terbaru kerana disebabkan skrin paparan yang besar, lubang suara diletakkan lebih tinggi.
Perbandingan lubang suara Galaxy S9+, Note8, iPhone 8 Plus dan iPhone X
Satu lagi faktor yang boleh diambil kira ialah dengan mengetahui lebar dan ketinggian telefon tersebut. Agak mustahil untuk dapatkan ukuran tepat, namun dengan ketinggian dan lebar 224 × 115 piksel melalui Photoshop, nisbahnya ialah 1.95.
Berikut adalah nisbah lebar & ketinggian untuk 4 telefon pintar utama
Berdasarkan perbandingan di atas, kemungkinan besar Tuanku menggunakan iPhone 8 Plus. Namun ada netizen yang cepat-cepat memberikan pendapat bahawa tiada flip cases untuk iPhone. Tetapi ianya tidak benar kerana flip cases untuk iPhone sememangnya ada.
Rasanya ini pertama kali kita tengok Yang Dipertuan Agong letak telefon dalam poket baju Melayu semasa acara rasmi. Macam-macam perangai rakyat Malaysia ni. Sampai handphone Agong pun mereka kaji.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Testimoni daripada pengusaha restoran dan sports bar yang menggunakan Astro BizOne sebagai pemangkin perniagaan untuk menarik pengunjung serta peminat sukan.