
Sneakers kini dianggap sebagai komoditi yang sangat berharga buat lelaki. Selain kasut yang lebih formal, sneakers kini menjadi kasut yang sangat penting dalam kehidupan seharian.
Segmen kasut bola keranjang yang kini turut digunakan sebagai pelengkap gaya kasual juga menjadi semakin popular terutamanya di negera kita. Antara jenama yang dilihat sentiasa tampil bersaing memperkenalkan koleksi menarik ialah ANTA Sports.
Pada permulaan tahun ini, ANTA Sports telah melancarkan siri sneakers yang cukup dinantikan oleh ramai orang menerusi Gordon Hayward/GH1 Series.
Pengenalan koleksi ini juga membawa simbolik kepada perkembangan pesat dialami oleh ANTA Sports diperingkat global.
Selain diangkat sebagai rakan rasmi International Olympic Comitteee sejak tahun 2019. Jenama mereka mula mendapay tempat di hati pengguna selepas kemunculannya pada Sukan Olimpik 2008 di Beijing.
Sejak edisi sukan tersebut, ANTA Sports makin berkembang dan menaja beberapa atlet terbaik dunia seperti juara tinju Filipina, Manny Pacquiao, bintang NBA Yang juga pemain Golden State Warrior, Klay Thompson dan bekas pemain legenda Boston Celtics, Kevik Garnett.
Dan kini mereka turut merekrut pemain Boston Celtics, Gordon Harward sebagai duta terbaru mereka. Sneakers yang tercipta dari koleksi GH1 Series turut mendapat inspirasi dari karakter estetika harimau dan ia turut dikenali sebagai GH1 ALPHANEXT.
Setiap pasang kasut GH1 Alphanext memunyai kemasan belang dan corak seperti tapak kaki harimau. Bahagian belakang tumit pula ditambah padding untuk keselesaan pengguna.
Selain itu, ANTA Sports turut memperkenalkan model lain iaitu Home Play, Away-Home Play dan City Jersey dengan setiap satunya mengambil tema warna pasukan Boston Celtics.
Samsung Galaxy A34, Pandang Pertama Telefon Pintar Mampu Milik Sarat Spesifikasi Berdaya Saing

Pengenalan telefon pintar kelas pertengahan oleh Samsung baru-baru ini menampilkan dua model yang tidak kurang hebatnya. Selain Galaxy A54, syarikat gergasi asal Korea ini turut menampilkan model ‘adiknya’ iaitu Galaxy A34.
Menariknya walaupun hadir sebagai peranti kelas pertengahan, Galaxy A34 bolehlah dikatakan masih dilengkapi spesifikasi yang berdaya saing di pasaran masa kini.
Memegang peranti pintar ini buat pertama kali MASKULIN merasakan ia tidak jauh bezanya model lebih premium iaitu Galaxy S23.
Ini mungkin kerana reka letak tiga lensa kamera pada bahagian belakangnya seakan mirip dengan model tersebut. Ia termasuklah kedudukan kamera serta punch-hole camera pada bahagian hadapan.
PAPARAN
Dilengkapi dengan paparan AMOLED super HD+ penuh 6.6 inci yang menampilkan ketumpatan piksel 390 ppi, Galaxy A34 merupakan model siri A30 pertama yang menawarkan kadar penyegaran 120Hz.
Ia satu penambah baikan yang cukup dialu-alukan kerana sekali gus memberikan pengalaman skrin yang jauh lebih lancar.
Selain itu Galaxy A34 turut dilengkapi Vision Booster yang boleh melaraskan kecerahan paparan secara automatik.
Ciri ini terbukti bermanfaat apabila menggunakan peranti di luar rumah, memastikan skrin kekal cukup terang untuk membaca e-buku dengan selesa atau menonton siri TV di bawah cahaya matahari langsung, tanpa menjejaskan mata seseorang.
KAMERA
Samsung Galaxy A34 juga dilengkapi dengan konfigurasi kamera yang tidak kurang hebatnya. Secara asasnya, ia menampilkan konfigurasi kamera belakang yang terdiri daripada tiga modul kamera.
Ini termasuklah kamera utama 48MP (f/1.8, autofokus, OIS), 8MP (f/2.2, fokus tetap) dan sensor makro 5MP (f/2.4, fokus tetap) disertakan dengan denyar LED.
Manakala bagi kamera swafoto dan dan panggilan video pula, peranti ini menggabungkan kamera hadapan fokus tetap 13MP (f/2.2).
Lebih menarik, peranti turut dilengkapi dengan ciri fotografi bernilai tambah seperti penambah imej AI, pemadam objek, GIF Remaster, Photo Remaster dan ciri lain yang kebiasaannya ditemui dalam siri Galaxy S23 yang lebih premium.
SPESIFIKASI DALAMAN
Dari segi spesifikasi dalamannya pula, MASKULIN bolehlah mengatakan bahawa Galaxy A34 agak memuaskan. Samsung meningkatkan bar untuk konfigurasi RAM dan storan dalam telefon pintar julat pertengahan atas, kerana ia mempunyai 8GB RAM dan 256GB storan.
Selain itu, ia turut menampilkan RAM extension di mana pengguna boleh menambah memori fizikal dengan tambahan 8GB, sehingga 16GB RAM jika terdapat ruang storan yang tersedia.
Galaxy A34 beroperasi menggunakan One UI 5.1 berasaskan Android 13 yang menawarkan keanggunan tersendiri.
Paling penting ia terjamin dengan empat tahun sokongan Android OS, sehingga Android 17, dan lima tahun sokongan perisian keselamatan sehingga 2028.
Dilengkapi dengan pemproses octa-core Mediatek MT6877V Dimensity 1080 kelas 6nm, ia boleh boleh mencapai kelajuan CPU puncak 2.26Ghz. Dengan kadar tersebut MASKULIN yakin segala tugas dan aktiviti menggunakannya boleh dilakukan dengan cukup lancar.
Dapatkan maklumat lanjut telefon pintar ini di sini. Nantikan review lanjut Samsung Galaxy A34 dari MASKULIN dalam waktu terdekat!
Era Baharu Inovasi Telefon Pintar Terkini Dari Samsung Bakal Terungkap

Saban tahun kita menyaksikan pelbagai inovasi serta pengenalan teknologi terkini didalam industri telefon pintar diperkenalkan kepada pengguna. Setiap satunya pasti mempunyai idea yang cukup menarik dan kadangkala dianggap cukup radikal.
Di natara pemain utama industri peranti pintar globalialah Samsung yang dilihat tidak pernah takut untuk memperkenalkan sesuatu yang baharu atau menginovasikan inspirasi lampau menjadi sesuatu yang lebih baik.
Pada Ogos tahun lalu dalam sebuah acara ‘Unpacked’ yang dilangsungkan oleh Samsung, mereka teLah berkongsi pelbagai startegi serta pengenalan inovasi baharu yang dilihat mampu memberikan wajah baharu di dalam lanskap peranti pintar terutamanya dalam segmen telefon pintar.
Perkara ini dikongsi oleh Presiden & Ketua Perniagaan Komunikasi Mobil Samsung Electronics, Dr. TM Roh. Jelasnya selepas setahun berlalu, teknologi peranti pintar telah melalui satu evolusi yang cukup signifikan.

“Kolaborasi kami bersama rakan niaga yang memberikan komitmen tinggi telah memacu usaha kami untuk memberikan teknologi yang lebih versatail. Ketika kita berada dalam dunia transformasi yang lebih tangkas, saya percaya ekosustem merupakan satu cara untuk mempercepatkan inovasi serta memberikan kebebasan kepada pengguna merasai pengalaman tersendiri bersama peranti.

“Samsung Electronics bersedia untuk mengunkap dan memperkenalkan teknologi telefon pintar yang lebih baik. Selaras dengan itu, Samsung bakal memperkenalkan telefonpintar terbaik, tercanggih dan terkini, Samsung Galaxy Z series yang bakal mengubah lanskap kategori telefonm pintar,” ujarnya lagi.
PENGALAMAN BAHARU BERSAMA TEKNOLGI HEBAT
Menyedari bahawa pengguna global kini memerlukan teknologi yang lebih fleksibel untuk diterokai, Samsung sentiasa terbuka dan mendengar luahan mereka untuk menghasilkan inovasi yang mampu memberikan pengalaman lebih menarik.
Dari kamera yang epik, penggunaan visual sensasi serta ketahan bateri berpanjangan merupakan antara fokus utama yang diberikan perhatian khusus oleh Samsung.

“Usaha untuk membawa merasai pengalaman yang baharu, kami akan membawakan anda untuk menerokai jajahan baharu teknologi telefon pintar. Itulah yang telah kami lakukan dengan pengenalan Galaxy Fold. Dan kini kami tidak akan berhenti di situ sahaja dengan memperkenalkan generasi kedua telefon pintar boleh lipat, Galaxy Z Fold 2 dan juga Galaxy Z Flip.
“Pengalaman menggunakan skrin yang lebih kaya, berbeza serta unik menjadikan inovasi ini sebagai tarikan utama. Saya turut berbesar hati generasi ketiga peranti boleh lipat akan terus memperkenalkan teknologi lebih mantap dengan keupayan pelbagai tugasan ataumultitasking untuk pengguna di seluruh dunia,” tambahnya lagi.
EKOSISTEM DIPERCAYAI
Faktor sambungan dalam ekosistem yang stabil dan boleh dipercayai menjadi salah satu perkara yang cukup penting di kalangan pengguna. Bagi Samsung, kolaborasi berpanjangan bersama rakan niaga seperti Google dan Microsoft telah menjadikan peranti mereka cukup selamat dan dipercayai dalam dunia teknologi yang cukuppantas bergerak.
Kerjasama berpanjangan dan tidak pernah putus tersebut turut memberikan kawalan lebih menyeluruh kepada penggunanya dari segi perkongsian data dan privasi. Ini bermakna pengguna diberi ruang lebih banyak untukmengawal sendiri pengalaman mereka menggunakan peranti tanpa perlu rasa was-was.
Kolaborasi ini juga telah mewujukan pelbagai palikasi yang dibangunkan bersama. Antaranya pengenalan aplikasi Galaxy seperti Samsung Helath dan Smarthings yang dibangunkan bersama Google.
ERA BAHARU TELEFON PINTAR BAKAL BERMULA
Pengenalan siri terbaru Galaxy Z Fold bakal menyaksikan kombinasi telefon pintar terbaik yang akan turut manawarkan inovasi baharu pengalaman menggunakan peranti pintar. Mnakala untuk model terbaru Gaaxy Z Flip pula akan menyerlahkan gaya yang lebih elegan, tahan lasak serta menggunakan material lebih kuat.
Beliau juga menyeru pengguna dan peminat peranti pintar Samsung untuk bersedia menantikan era bhaharu telefon pintar yang bakal diungkapkan dalam masa terdekat.
Ingat Sebelum Kena, Ini Kesan Buruk Jika Terlebih Bersenam

Tanyalah mana-mana lelaki yang ada rutin senaman atau aktviti kecergasan harian mereka lakukan. Kalau tidak buat dalam sehari atau selang sehari pastinya tidak senang duduk. Kepala asyik ingat mahu bersenam dan badan pun rasa tak sedap.
Itu merupakan satu senario normal bagi mana-mana orang yang ada rutin senaman. Menjalani gaya hidup yang baik dengan melakukan senaman memang baik bukan sahaja untuk kesihatan tubuh badan tetapi mental.
Tapi bagaimana pula jika seseorang itu melakukan senaman terlalu banyak disebabkan faktor ingin bersaing dengan orang lain. Atau mempunyai sasaran tertentu seperti ingin turunkan berat badan yang banyak dalam masa yang singkat.

Ramai tak tahu sebenarnya melakukan senaman secara berlebihan juga boleh mendatangkan kemudaratan kepada tubuh badan. Jika anda kira jumlah waktu melakukan senaman menghampiri 300 minit dalam seminggu ketahuilah bahawa anda menghampiri fizikal burnout.
Kali ini MASKULIN ingin kongsi beberapa kesan buruk yang boleh berlaku jika terlebih melakukan senaman.
BURNOUT
Setiap senaman boleh dilakukan dengan baik dalam jangka masa yang sesuai. Dan setiap turin pasti ada titik di mana badan kita boleh menerima setiap cabaran dilakukan. Namun jika dilakukan berlebihan badan boleh alami burnout. Dan bila ini berlaku ia bukan sahaja beri kesan kepada otot tetapi kondisi mental.
GANGGU METABOLISM
Apabila terlebih melakukan senaman badan akan boleh jadi lemah dan kurang bertenaga. Jika ia dibiarkan berlarutan, ia akan beri kesan negatif kepada sistem organ dan boleh menyebabkan berlakunya kekurangan zat besi serta anemia. Malah ia boleh mengurangkan kadar testosteron dalam badan anda.
SISTEM IMUNITI RENDAH
Terlebih melakukan senaman juga boleh menggangu sistem imuniti. Ia menyebabkan anda mudah terkena jangkitan penyakit seperti jangkitan paru-paru.

TINGKATKAN STRES KARDIO
Dengan senaman berlebihan, ia akan memberi beban yang besar kepada jantung untuk bekerja dengan lebih kuat. Apabila ia berlarutan kadar denyutan jantung akan terganggu dan sukar untuk kembali kepada normal.
MENURUNKAN PRESTASI
Salah satu petanda utama mengesan bila badan terlebih melakukan senaman ialah bila prestasi mula menurun. Ini terutamanua di kalangan atlet berprestasi tinggi yang boleh mengesannya dengan pantas.
MUDAH LETIH
Antara petanda lain ialah rasa muda letih. Akibat melakukan senaman berimpak tinggi secara berlebihan badan akan sukar untuk pulih seperti biasa.
KECEDERAAN OTOT
Ini perkara biasa yang berlaku apabila melakukan senaman berat secar berlebihan. Ia bagaikan isyarat yang dihantar oleh badan bahawa kita telah melakukan senaman secara berlebihan.
Ingat sebelum kena!
Semoga peringatan ini memberikan manfaat buat anda semua. Jangan lupa untuk subscribe YouTube MASKULIN untuk video workut menarik seperti di bawah.