Koleksi Timberland Spring/Summer 2020 Khusus Buat Jejaka Kota Minimalis

Share

Eksplorasi zaman moden kini bukan menceduk definisi pengembaraan beribu batu merentas lautan atau hutan belantara.

Ia merupakan indikasi semangat lelaki moden yang mengharungi pelbagai cabaran dalam kehidupan moden di ‘hutan konkrit’. Itulah relevan yang ingin dibawa oleh Timberland menerusi koleksi terbarunya.

Dengan tradisi penghasilan pelbagai pakaian, aksesori dan kasut berasaskan pengambaraan lasak, Timberland kini membuka aspirasi moden buat jejaka.


Koleksi terkininya untuk Spring/Summer 2020 mengetengahkan rekaan yang ringan, minimalis dan menawarkan keselesaan buat pemakainya. Ia juga mengikut jejak langkah rekaan-rekaan Timberland yang terdahulu dengan memetingkan impak terhadap alam sekitar.


Antaranya dengan penggunaan teknologi fabrik seperti Better Cotton Iniatiative (BCI) dan ReBOTL yang dihasilkan daripada 40 peratus plastik.

Item-item yang diketengahkan menerusi koleksi ini adalah seperti jaket Pratt Mountain Lightweight Lifestyle Cruiser, kasut Westmore Chukka, kasut Cross Mark Oxford dan banyak lagi.

Tema warna yang dipilih pula lebih konsisten dengan palet yang bersih seperti putih dan beige.

IKLAN