DOKTOR, SUAMI & AYAH

Seorang lelaki mempunyai tanggungjawab yang luar biasa sukar jika mempunyai seorang isteri dan juga anak. Sebagai ketua keluarga, Dr. Say sedar dia perlu memainkan peranan sebagai seorang doktor, suami dan juga ayah dalam masa yang sama. Namun dalam ketiga-tiga peranan ini menjadi seorang ayah merupakan cabaran yang paling hebat buat dirinya.

“Saya sudah bergelar sebagai seorang doktor dan suami selama lima tahun. Itu sebelum kemunculan Ace dalam kehidupan kami. Lima tahun saya hanya hidup berdua bersama isteri tersayang, tiba-tiba muncul seorang anak yang menjadi penyeri hidup. Tidak dinafikan pada mulanya rasa ‘koyak’ juga sebab sebelum itu saya dan isteri sangat selesa hidup berdua.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dr Shazril Shaharuddin (@say_shazril) on

“Setiap lelaki pasti akan hadapi perkara sama apabila pertama kali menjadi bapa. Tiada siapa yang boleh memberikan tunjuk ajar seratus peratus melainkan diri sendiri kena hadapi dan belajar.

“Jadi banyak perkara yang perlu saya hadamkan selepas kelahiran Ace. Dan walau banyak mana sekalipun tip yang dibaca tidak semua bayi mempunyai karakteristik dan perangai sama. Tidak semua tip menjadi pada semua bayi,” ujarnya yang sangat manja dengan anak lelaki kesayangan mereka.

IKLAN

Sepanjang sesi penggambaran juga penulis sempat menyaksikan momen-momen keakraban romantis di antara Dr. Say dan isterinya, Dr. Azura. Ada satu aura istimewa terserlah jelas terpancar di antara dua insan yang saling melengkapi hidup satu sama.

Kadangkala mereka tidak perlu berkomunikasi secara lisan. Cukup dengan sekadar gerak bahasa badan masing-masing usah mengerti apa yang mahu diperkatakan.

PERTEMUAN ROMANTIS

Berkongsi kisah pertemuaan dengan isterinya, suara Dr. Say berubah menjadi semakin ceria. Perkenalan mereka bermula ketika masing-masing bergelar sebagai pelajar perubatan.

“Sebelum terbang ke India untuk melanjutkan pelajaran saya berkenalan dengan Azura. Kami berdua merupakan pelajar perubatan yang melakukan persediaan. Saya di Kolej MARA Seremban manakala dia pula di MSU. Saya mula perasan akan kelibatnya ketika di MSU. Pada masa itu dia sangat cantik dan saya tidak fikir dia akan terpikat dengan saya.

“Kemudian selepas beberapa bulan di India ada seorang kawannya datang menemui saya dan mengatakan Azura ingin minta nombor telefon dan berminat untuk bertanyakan tentang gym dan tips work out.

“Dari situ kami mula berhubung. Kemudian keluar bersama-sama lalu bercinta dari tahun 2009 sehingga sekarang. Kami diijabkabulkan pada 30 Mac 2014,” tambahnya yang merupakan peminat Coldplay dan One Republis sama seperti isterinya.

Kehidupan rumahtangga mereka kini diserikan lagi dengan kelahiran Ace. Bercerita mengenai asal-usul nama gelaran anaknya, Dr. Say berkata, itu merupakan hasil idea daripada isterinya.

“Isteri saya mahu namakan anak kami dengan nama bermula dengan huruf ‘A’, sama seperti namanya. Dan dia juga mahu nama seakan-akan namanya juga dan dalam masa yang sama bunyinya sama ritma dengan nama saya. Jadi selepas puas fikir akhirnya kami dapat nama Aezril. Dan nama Ace itu pula datang dari singkatan nama depannya. Saya seperti saya, ‘Say’dari Shazril,” tambahnya lagi.

Ikuti temu bual eksklusif MASKULIN bersama Dr Say menerusi MASKULIN isu Januari 2020 di pasaran sekarang!