Foto: TinyCircuits/Solent News

Industri permainan video atau gaming pada masa kini telah berkembang dengan cukup pesat. Mungkin ada sesetengah daripada anda tidak tahu bahawa industri gaming kini jauh lebih bernilai berbanding industri perfileman Hollywood.

Begitulah besarnya industri gaming yang kini bukan lagi menjadi tumpuan golongan remaja semata tetapi hobi golongan dewasa. Dalam 20 tahun kebelakangan ini, kita telah melihat pelbagai jenis konsol permainan video dihasilkan oleh pengeluar terkenal bagi memenuhi permintaan yang cukup tinggi.

Konsol Permainan Video Terkecil Di Dunia ‘Thumby’, Sekali Tengok Macam Keychain
Foto: TinyCircuits/Solent News

Nama seperti PlayStation, Ninetendo dan X-Box cukup dikenali ramai dengan kesemuanya memiliki keistimewaan tersendiri. Begitu juga dengan permainan video untuk PC yang tidak kurang hebatnya. Namun berbeza dengan konsol permainan video unik diperkenalkan oleh TinyCircutis berasal dari Ohio, Amerika Syarikat.

IKLAN
Konsol Permainan Video Terkecil Di Dunia ‘Thumby’, Sekali Tengok Macam Keychain
Foto: TinyCircuits/Solent News

Mereka telah memperkenalkan konsol permainan video terkecil di dunia yang dikenali sebagai ‘Thumby’. TinyCircuits merupakan syarikat inovasi yang cukup terkenal dengan pengenalan peranti bersaiz kecil. Dan rekaan terbaru mereka yang mengambil inspirasi dari Game-Boy ini tampil seolah-olah sepeti rantai kunci atau keychain.

Hadir dengan saiz 29.5mm x 18mm x 8.5mm, Thumby dilengkapi dengan srin sesentuh monokrom OLED 72×40. Malah ia juga berfungsi seakan sama dengan versi biasa Game Boy dengan dilegkapi dengan D-pad dan butang A dan B. Bagi pelancaran pertamanya, Thumby akan dilengkapi dengan lima jenis permainan video popular iaitu TinyAnnelid, TinyDelvere, TinyTris, and TinySaur Run.

IKLAN
Konsol Permainan Video Terkecil Di Dunia ‘Thumby’, Sekali Tengok Macam Keychain
Foto: TinyCircuits/Solent News

Konsol bersaiz luar biasa kecil juga telah memenangi ‘Best in Show: Most Innovative Product’ di GDex Conference pada baru-baru ini. Ramai yang memuji bukan sahaja dari segi rekaan serta saiznya tetapi membantu mereka yang baru berkecimpung dalam dunia ‘coding’ berjinak-jinak dengan cara yang lebih menarik.

IKLAN

Thumby dilpaorkan akan dijual pada harga USD19 (RM79) dengan hanya 50 unit untuk ‘early bird’ dihasilkan. Konsol terkecil di dunia ini juga diramalkan bakal menjadi item rebutan ramai khususnya di kalangan penggemar dan pengumpul item gaming di seluruh dunia.

 

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI