Hari ini bermulalah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di seluruh negara. Menurut Majlis Keselamatan Negara menerusi Menteri Pertahanan Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob, kerajaan telah mewartakan bahawa PKP 4 telah berakhir dan bermula hari ini PKPB bekuatkuasa serta-merta di seluruh negara.

Namun kerajaan menggesa agar kesemua sektor ekonomi yang dibuka semula beroperasi akar terus mengikuti SOP yang betul dengan tegas.

Walaupun telah berjaya melandaikan kadar jangkitan atau flatten the curve namun kita tidak seharusnya leka.

Seperti mana yang kita tahu golongan yang paling berisiko berdepan dengan ancaman jangkitan wabak COVID-19 ini ialah warga emas.

KP Kesihatan Seru Golongan Warga Emas Terus Duduk Rumah Sepanjang PKPB

Justeru Kementerian Kesihatan Malaysia terus menyeru agar golongan ini tidak keluar rumah melainkan ada urusan yang penting dan memerlukan sahaja walaupun dalam tempoh PKPB.

IKLAN

Jelas Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, warga emas merupakan kumpulan berisiko tinggi yang perlu kita semua lindungi.

Tambahnya, jika golongan ini perlu ke kawasan umum mereka digalakkan memakai topeng hidung dan mulut di samping sentiasa mengambil langkah pencegahan.

“Pengamalan tahap kebersihan diri yang tinggi mesti diteruskan, misalnya dengan kerap mencuci tangan dengan air dan sabun atau menggunakan
cecair pembasmi kuman serta amalkan jarak sosial yang selamat sekurang-kurangya 1 meter.

IKLAN

“Sekiranya diperlukan khidmat nasihat, warga emas serta orang ramai boleh menghubungi Virtual Health Advisory melalui portal KKM dari 8.30 pagi hingga 5.00 petang setiap hari,” jelasnya lagi.

KKM juga telah memutuskan untuk menjalankan ujian saringan COVID-19 kepada pekerja dan penghuni pusat jagaan warga emas.

Saringan akan dijalankan secara berfasa, dimulakan dengan 17 buah Rumah Sri Kenangan dan Rumah Ehsan di bawah seliaan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

IKLAN

KP Kesihatan Seru Golongan Warga Emas Terus Duduk Rumah Sepanjang PKPBSeterusnya saringan akan terus dijalankan di sebanyak 357 buah pusat jagaan yang berdaftar di bawah Akta 506 dan 26 buah nursing homes yang berdaftar di bawah Akta 586.

Sebagai golongan yang lebih muda kita juga perlu memainkan peranan yang sangat penting. Sentiasa ingatkan ibu bapa di kampung agar terus beada di rumah.

Anda boleh memesan bekalan makanan secara talian untuk di hantar terus kepada mereka dengan kadar kontak minimal. Selain itu jika anda juga perlu pastikan persekitran sentiasa selamat dengan penjarakan sosial.

Jika ia tidak dilakukan, tergurlah secara baik. Ini demi kebaikan kita bersama.

Sumber: Astro Awani

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI