Tahukah anda bahawa keadaan kuku boleh menjadi petunjuk penting tentang tahap kesihatan seseorang?
Kuku yang sihat biasanya licin, berwarna merah jambu dan tidak mempunyai sebarang kecacatan atau perubahan bentuk.
Namun, jika terdapat perubahan yang tidak normal pada kuku, ia mungkin menandakan kekurangan nutrisi atau masalah kesihatan tertentu yang perlu diberi perhatian.
Tompok putih kecil yang muncul pada kuku sering dianggap sebagai tanda bahawa seseorang sedang merindui kita.
Namun, hakikatnya, tompok putih ini sebenarnya menunjukkan kekurangan zinc dalam badan.
Jika seseorang mengalami kekurangan zinc, pertumbuhan kuku mereka mungkin menjadi tidak sekata.
Untuk mengatasi masalah ini, doktor menyarankan supaya kita meningkatkan pengambilan makanan kaya zinc seperti daging merah, kekacang, dan bijirin penuh.
Foto : Halodoc
Garisan Mendatar (Horizontal Groove)
Garisan mendatar pada kuku, yang dikenali sebagai Beau’s lines, boleh menjadi tanda bahawa pertumbuhan kuku telah terganggu buat sementara waktu.
Keadaan ini sering dikaitkan dengan kekurangan protein, asid folik, dan zat besi dalam badan.
Ads
Kekurangan nutrisi ini boleh berlaku akibat pemakanan yang tidak seimbang atau penyakit yang mengganggu penyerapan zat penting dalam tubuh.
Kuku Melengkung Ke Atas (Spoon Nails)
Keadaan kuku yang melengkung ke atas seperti bentuk sudu, atau dikenali sebagai koilonychia, sering dikaitkan dengan kekurangan zat besi atau anemia.
Zat besi memainkan peranan penting dalam pengangkutan oksigen ke seluruh badan, dan kekurangannya boleh menyebabkan kuku menjadi rapuh serta mudah melengkung.
Untuk mengatasi masalah ini, doktor menyarankan agar kita meningkatkan pengambilan makanan yang kaya dengan zat besi seperti daging merah, bayam, kekacang, dan makanan laut.
Bentuk Bulan Separuh Pudar (Half Moon)
Bahagian berbentuk bulan separuh di pangkal kuku, atau lunula, yang kelihatan pudar atau hampir tidak kelihatan mungkin menandakan kekurangan vitamin B6 dalam badan.
Vitamin B6 sangat penting untuk kesihatan darah dan sistem saraf, dan kekurangannya boleh menyebabkan keletihan serta gangguan saraf.
Ads
Bagi mengelakkan perkara ini, doktor menyarankan agar kita mengambil lebih banyak makanan yang kaya dengan vitamin B6 seperti pisang, ayam, ikan salmon, dan kentang.
Kuku Seperti Digigit (Nail Biting Appearance)
Kuku yang kelihatan seperti sering digigit, walaupun seseorang tidak mempunyai tabiat menggigit kuku, mungkin disebabkan oleh kekurangan zinc.
Zinc sangat penting untuk pertumbuhan kuku yang sihat dan penyembuhan tisu.
Jika seseorang mengalami masalah ini, mereka mungkin mengalami pertumbuhan kuku yang lemah dan tidak sekata.
Pengambilan zinc yang mencukupi akan membantu menguatkan kuku dan mengelakkan pertumbuhan yang tidak normal.
Kuku yang rapuh dan mudah pecah sering dikaitkan dengan kekurangan zat besi dan minyak ikan.
Keadaan ini boleh menyebabkan kuku menjadi kering, mudah retak, dan pecah tanpa sebab yang jelas.
Selain itu, adalah penting untuk memastikan tubuh mendapat hidrasi yang mencukupi dengan minum air secukupnya serta menggunakan pelembap tangan bagi mengelakkan kuku menjadi terlalu kering.
Periksa Kuku Anda Sekarang!
Perubahan pada kuku bukan sekadar masalah kosmetik tetapi boleh menjadi petanda penting tentang kesihatan seseorang.
Jika anda mengalami salah satu daripada tanda-tanda di atas, mungkin sudah tiba masanya untuk menilai kembali diet harian anda dan memastikan tubuh mendapat nutrisi yang mencukupi.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Siapa yang tidak kenal dengan pelakon lelaki dengan bayaran paling tinggi di dunia ini. Daripada seorang selebriti dunia wrestling dia menggegar Hollywood dengan bakat lakonannya.
The Rock atau pun nama sebenarnya Dwayne Johnson menerusi satu hantaran di laman Instagramnya telah berkongsi sekeping gambar ‘mirror selfie’ memaparkan belakang badannya dipenuhi kesan tompokan merah hasil daripada rawatan bekam .
“Kali pertama melakukan kaedah bekam. Nampak lebih berbentuk daripada apa yang dirasai, tapi secara keseluruhan saya menikmati terapi ini,” tulisnya.
Malah, pelakon berusia 49 tahun itu mengakui sering mencari pelbagai alternatif baru bagi mengekalkan kesihatan dan kecergasan dalam kehidupan seharian.
Sebenarnya, teknik bekam ini telah wujud sejak dahulu lagi. Pada zaman Nabi Muhammad SAW, cawan atau mangkuk kaca telah digunakan untuk tujuan berbekam. Manakala, orang Cina pada zaman kuno pula berbekam menggunakan tanduk. Orang Eropah pada abad ke-18 menggunakan lintah untuk menghisap darah kotor dan kaedah ini masih digunakan di sesetengah tempat di negara Barat hingga sekarang.
Sumber Gambar : dbfitnessinjuryclinic
4 Kelebihan Terapi Bekam
1. Kesegaran Tubuh Badan
Terapi bekam dilakukan bertujuan untuk memanas dan melancarkan aliran tenaga dalam darah, sekaligus mampu membuatkan tubuh seseorang kembali segar dan bertenaga. Darah yang keluar menerusi kulit hasil daripada rawatan bekam adalah darah kotor yang sudah lama tersimpan di bawah lapisan kulit. Darah ini yang mendorong pelbagai penyakit dalam tubuh badan seseorang.
2. Kurangkan Migrain dan Senggugut Pada Wanita
Berbekam juga mampu mengurangkan migrain dan masalah senggugut pada wanita, serta melancarkan peredaran darah yang tersumbat. Darah kotor yang terkumpul di bawah permukaan kulit akan menyebabkan rasa berat pada badan, dan terapi bekam akan melancarkan kembali peredaran darah tersebut.
3. Rawat Kulit Bermasalah
Bagi mereka yang mempunyai masalah kulit dan juga resdung, terapi bekam boleh dilakukan bagi merawat masalah berkenaan. Bekam juga mampu melancarkan aliran darah pada bahagian wajah agar kelihatan awet muda. Kulit muka yang bermasalah berpunca daripada bakteria-bakteria yang berkumpul dalam darah pada bahagian bawah muka. Apabila bekam darah dilakukan, kesemua bakteria tersebut akan disedut keluar bersama darah kotor yang pekat.
4. Buang Angin Dalam Badan
Bagi individu yang sering mengalami keletihan dan kelesuan, bekam pada kawasan leher, bahu dan otot mampu memberikan kesegaran pada tubuh badan. Kebiasaannya, selepas berbekam, seseorang itu akan sendawa dan banyak angin akan keluar daripada badan, hasilnya badan akan terasa lebih ringan.
Untuk info, terapi bekam ini terdiri daripada dua jenis teknik iaitu bekam kering dan juga bekam basah. Namun, mereka yang berbekam dinasihati agar tidak mandi 3 jam selepas menjalankan bekam.
Rokok dan vaping telah lama dikenali sebagai tabiat yang berbahaya kepada kesihatan lelaki. Namun, impak buruk ini tidak terhad kepada penyakit paru-paru atau kanser sahaja.
Rokok Dan Vaping Punca Lelaki Mati Pucuk, Nikotin Tingkat Risiko Tak Subur
Rokok Dan Vaping Punca Lelaki Mati Pucuk,
Doktor kesihatan lelaki dari Him Wellness itu berkata, ini adalah kerana rokok dan vape mempunyai bahan nikotin yang boleh menyebabkan salur darah menjadi keras atau ‘Atherosclerosis, tegas Dr Ahmad Samhan Awang.
“Keadaan ini terjadi apabila salur darah sukar untuk mengembang dan menyebabkan darah sukar untuk mengalir dengan baik.
“Ini turut menyebabkan kesukaran mengalami ketegangan di bahagian zakar.
“Jadi inilah punca mengapa 40 peratus daripada mereka yang merokok atau ‘vaping’ terdedah kepada risiko mati pucuk,” kata Dr Ahmad Samhan
Rokok Dan Vaping Punca Lelaki Mati Pucuk,
Menurut beliau, antara penyelidikan yang pernah dijalankan bagi mengkaji keabsahan perkara tersebut ialah kajian terbitan ‘American Journal of Preventive Medicine’.
Ia dilakukan sekumpulan penyelidik dari Universiti New York yang mendapati bahawa tabiat menghisap vape atau rokok elektronik boleh meningkatkan risiko mati pucuk sehingga dua kali ganda.
Kajian itu turut mendedahkan, lebih dua kali ganda lelaki sihat yang berusia antara 20 hingga 65 tahun yang menghisap vape setiap hari melaporkan mengalami masalah mati pucuk.
Musim durian tiba lagi, dan bagi ramai lelaki Maskulin, inilah waktu paling dinanti untuk ‘melantak’ buah berduri yang digelar raja segala buah ini. Namun, dalam keghairahan menikmati keenakannya, ada peringatan penting daripada pakar kesihatan bahawa bukan semua orang boleh makan durian sepuas hati.
Menurut Dr. Safiya Amaran, Pakar Kesihatan Perubatan Awam, terdapat tiga golongan lelaki yang perlu hadkan pengambilan durian, demi menjaga kesihatan dan mengelakkan risiko komplikasi serius. Beliau menasihatkan agar individu ini mengambil satu hingga dua ulas sahaja bagi setiap hidangan.
1. Lelaki Berusia 50 Tahun Ke Atas
Semakin meningkat usia, semakin perlahan kadar metabolisme badan. Fungsi organ seperti jantung, buah pinggang dan pankreas juga tidak lagi setegas waktu muda. Maka, pengambilan makanan tinggi gula dan kalori seperti durian perlu dikawal.
“Lelaki berusia 50 tahun ke atas perlu lebih berhati-hati kerana sistem badan mereka tidak setangguh dahulu,” jelas Dr. Safiya.
Jika anda dalam kategori ini, jangan jadikan durian sebagai snek harian. Kawal nafsu makan, dan seimbangkan dengan aktiviti fizikal secara konsisten.
2. Perokok Tegar
Ramai lelaki Maskulin masih lagi bergelut untuk tinggalkan tabiat merokok. Tapi tahukah anda, gabungan durian dan rokok boleh jadi kombinasi berbahaya?
Durian mempunyai sifat ‘menghangatkan’ badan, dan bila digabung dengan bahan toksik daripada rokok, ia boleh menyebabkan tekanan pada jantung dan salur darah.
“Perokok tegar berisiko tinggi untuk mendapat komplikasi seperti strok atau serangan jantung jika makan durian secara berlebihan,” tegas Dr. Safiya.
Tip Maskulin:
Kalau anda belum berhenti merokok, hadkan pengambilan durian. Lebih baik, berhenti merokok terus dan nikmati hidup sihat yang lebih berkualiti.
3. Penghidap Penyakit Kronik
Antara penyakit kronik yang biasa menyerang lelaki termasuklah diabetes, darah tinggi, kolesterol tinggi dan sakit jantung. Buat golongan ini, makan durian tanpa had adalah seperti bermain dengan api.
Walaupun durian mempunyai Indeks Glisemik (GI) yang rendah (sekitar 49) kerana tinggi serat, kandungan gula dan kalorinya tetap tinggi antara 130 hingga 253 kcal untuk 155 gram.
Menurut Dr. Safiya, makan durian secara berlebihan boleh melonjakkan paras gula dalam darah dan memberi tekanan kepada jantung, sekali gus meningkatkan risiko angin ahmar (stroke).
Sihat itu satu aset. Makan durian bukan salah, tapi makan secara berlebihan tanpa ambil kira faktor kesihatan diri boleh jadi padah. Sebagai lelaki moden, kita kena kenal tubuh sendiri dan bijak buat pilihan.
Jika anda tergolong dalam mana-mana tiga golongan yang disebut tadi – berusia lebih 50 tahun, perokok tegar, atau ada penyakit kronik – dengarlah nasihat pakar. Hadkan kepada satu atau dua ulas sahaja, dan elakkan gabungan durian dengan minuman manis, berkafein atau makanan berlemak lain.
Kemsite memperkenalkan konsep “Outdoor Inside” di The Gardens Mall, membawa gaya hidup outdoor ke ruang urban dengan jenama premium dan pengalaman eksklusif yang menggabungkan alam, rekaan dan keselesaan moden.