Kita kini memasuki minggu ketiga bulan Ramadan dan berpuasa. Rata-rata di antara kita semua mungkin telah alami perubahan fizikal yang seperti dijangkakan.
Selain bibir, kulit wajah juga berdepan dengan masalah kekeringan. Jika tidak diberikan perhatian sebaiknya mungkin boleh menjejaskan penampulan anda. Apatah lagi cuaca pada masa sekarang cukup panas.
Memandangkan kulit wajah sering terdedah dengan sinaran UV, habuk dan kekotoran, skrub muka dapat membantu menghilangkan sel-sel kulit mati.
Malah skrub muka ini juga dapat menjadikan kulit lebih berseri sekali gus membuatkan wajah nampak muda dari usia.
Jika anda melakukan proses ini dengan betul, ia mampu memberi banyak manfaat untuk kulit wajah anda.
Bagi memastikan anda tampil menawan dengan kulit wajah yang bersih, cerah dan bebas masalah kulit, ini lima alasan kenapa lelaki perlu mengamalkan pengelupasan kulit dalam rejim penjagaan wajah.
BERSIHKAH DENGAN MAKSIMA
Lelaki yang aktif dalam aktiviti luar harus menggunakan skrub kerana pencuci biasa atau makeup remover tidak mampu menanggalkan kekotoran yang melekat pada kulit.
Peninggalan kekotoran degil inilah yang bakal mengundang pelbagai masalah kulit. Dengan melakukan skrub muka, wajah anda lebih bersih dan mampu membersihkan wajah secara menyeluruh hingga ke liang pori.
BUANG SEL KULIT MATI
Setiap hari kulit wajah akan menghasilkan sel kulit mati. Jika ia dibiarkan akan menyebabkan pori-pori wajah anda tersumbat yang akhirnya menimbulkan masalah kulit lain seperti jerawat dan sebagainya.
Produk skrub muka yang dihasilkan mampu menanggalkan sel-sel kulit mati. Penggunaannya secara teratur dipercayai mampu menjadikan sel kulit wajah kelihatan lebih berseri, halus dan licin.
BUAT WAJAH AWET MUDA
Sel-sel mati akan membuat kulit anda nampak kusam dan kurang bermaya. Kesannya membuatkan wajah anda nampak lebih tua dari usia.
Regenerasi sel kulit mati yang dibuat secara teratur amat penting dalam rejim penjagaan kulit wajah agar ia kekal awet muda. Oleh itu, proses eksfoliasi secara rutin sememangnya diperlukan. Dengan rutin melakukan skrub muka ini ia akan mengangkat sel kulit mati dan menjadikan kulit muda dan sihat.
KULIT LEBIH CERAH
Melakukan skrub wajah secara rutin juga dapat menjadikan wajah anda lebih cerah, malah membantu memudarkan noda bekas jerawat.
BUAT KULIT TAMPIL SEKATA
Jika anda memiliki kulit yang warnanya tidak sekata atau flek hitam yang disebabkan oleh luka jerawat atau pengaruh sinar ultra violet, anda juga boleh menyamarkannya dengan skrub muka.
Dengan eksfoliasi, lapisan kulit yang bernoda tadi akan terangkat sedikit demi sedikit. Jika ia dilakukan secara rutin, tidak mustahil kulit wajah anda akan bebas noda.
Jangan lupa untuk follow Instagram MASKULIN!
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI