Selain wajah, tangan dan kaki juga sama pentingnya untuk anda jaga agar sentiasa bersih, tak berkerak dan cerah.
Lebih-lebih lagi bagi lelaki yang menunggang motosikal pasti kulit tangan anda mudah terdedah dengan cahaya matahari sehingga meninggalkan kulit gelap.
Tidak perlu produk mahal, sebenarnya ada cara mudah yang boleh anda amalkan untuk cerahkan kulit tangan. Petua mudah ini dikongsikan Eina Shukry menerusi entri Facebooknya.
Menggunakan dua bahan iaitu Krim Safi dan Vaseline, petua ini menjadikan kulit tangan dan kaki kembali cerah dalam masa yang singkat.
Ini dua bahan utama yang saya amalkan untuk kulit tangan dan kaki memandangkan dah berkerak sangat. Duk sental-sental hilang daki kejap je, putihnya tidak kekal mana. Boleh juga pakai dekat seluruh badan, tapi saya lebih fokus dekat tangan je sebab tangan dah kontra dengan kulit muka. Kulit muka bertona-tona cerah sejak amalkan produk kecantikan.
Amalkan dalam masa sebulan
Saya amalkan losyen Vaseline dengan Krim Safi dalam masa sebulan dan lihatlah hasilnya. Itu pun saya pakai setiap hari sebelah malam je. Siang harinya tak boleh sebab ade anak kecil, sikit-sikit basuh tangan, rugi losyen nanti. Untuk hasil yang terbaik, pakai waktu malam dan siang. Lebih cepat kesan dia.
Gambar atas mungkin selepas dua minggu penggunaan. Gambar bawah tambah lagi dua minggu penggunaan. Lebih kurang sebulan. Sebelum ni tangan tak la sebegitu rupa. Lebih malap dari ni tapi tak la teruk. Jadi saya polish setiap malam, maka itulah hasilnya.
Ads
Cara pakai
Calit-calit dulu Krim Safi kat kulit kita dan sapu sampai rata, barulah sapu losyen.
1. Pastikan losyen tersebut dari Vaseline/Nivea.
2. Krim Safi tersebut gabungan lidah buaya dan habbatus sauda yang warna hijau (Krim Kecantikan).
3. Jangan tertukar antara krim kecantikan dan krim pelembap. Ramai yang salah beli.
Bagi yang berminat mahu mencerahkan atau memutihkan kulit tangan dan kaki atau di mana-mana anggota badan yang lain boleh la mencubanya sendiri.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Ramai orang terutamanya wanita beranggapan bahawa lelaki ini kurang cerewet dalam bab pemilihan minyak wangi.
Jika ada yang beranggapan begitu nampaknya mereka silap sama sekali. Lelaki pada zaman kini sangat mementingkan kesesuaian baua yang melekat pada tubuh mereka. Pelbagai faktor boleh menentukan bagaimana seorang lelaki itu memilih minyak wangi tertentu.
Ada yang disebabkan bau kegemaran dan ada juga yang ingin menyembunyikan bau badan yang kuat. Tapi anda sebagai lelaki juga harus ingat bahawa tidak semua pilihan anda itu bersesuaian dengan diri sendiri.
Sebelum membeli minyak wangi adalah lebih baik anda ikuti beberapa tip yang MASKULIN kongsikan di bawah.
FAHAMI JENIS BAU DAN KARAKTERNYA
FRESH ATAU MENYEGARKAN
Antara bauan yang sinonim dengan karakter segar ialah Giorgio Armani Acqua di Gio. Sesuai untuk anda yang tak melakukan aktiviti terlalu lasak dan lebih banyak habiskan mada dalam pejabat.
FLORAL
Ya, lelaki juga boleh guna minyak wangi berbau bungaan. Tapi tidak semua jenis bau bunga yang sesuai. Buat lelaki bau bunga lavender mampu memberikan personaliti seksi kepada pemakainya. Dior Homme antara contoh perfume bau seperti ini.
WOODY ATAU KAYU
Minyak wangi yang paling sinonim dengan karakter maskulin dan kelelakian. Mampu menyerlahkan sifat kejantanan paling maksima kerana ia lebih keras dan mampu memberikan gaya keyakinan kepada pemakainya.
Setiap minyak wangi mempunyai keistimewaan tersendiri. Sebagai contoh keberkesanannya di dalam kondisi atau persekitaran tertentu. Jika anda mahu elemen tarikan luar biasa di pejabat pilihlah bau woody. Manakala untuk lebih santai dan bersahaja, bauan fresh paling sesuai buat anda. Dan jika anda ingin tampil seksi pada janji temu pilihlah bauan floral.
PENGGUNAAN KE MAJLIS
Setiap majlis pastinya datang dengan tema berbeza. Sebagai seorang lelaki yang mementingkan karakteristik bauan pastinya anda ingin memilih minyak wangi sesuai dengan acara.
Majlis formal – bauan yang mempunyai sifat elegan dan eksklusif seperti Amouage, Creed atau Tom Ford
Majlis tak formal – sesuai dengan bauan woody atau fresh yang sesuai dengan karakter anda. Antara pilihan sesuai Polos Sport Extreme dan Bleu de Chanel.
Aktiviti luaran – pilihlah minyak wangi yang menyerlahkan bau ketika anda berpeluh.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Sebut tentang penjagaan kulit pasti ramai daripada anda memikirkan tentang bahagian wajah, bukan? Itulah kebiasaan perkara yang dilakukan oleh kebanyakan lelaki.
Biar badan berbirat dengan segala macam masalah kulit asalkan wajah kekal bersih dan tidak bermasalah.
Namun pada kini, semakin ramai lelaki mula memetingkan kebersihan kulit badan. Jika anda fikir cukup menggunakan sabun mungkin anda silap. Ini terutamanya bagi mereka yang sudah mula menunjukkan petanda mempunyai masalah kulit badan.
Aesop Citrus Melange Cleaser merupakan formulasi yang cukup ringan dan mengeluarkan aroma yang cukup menyenangkan. Cecair penjagaan kulit badan ini sesuai digunakan oleh semua jenis kulit sama dan untuk mandian atau cucian biasa dengan menggunakan tangan.
Sesuai dengan namanya produk dari Aesop ini mengeluarkan aroma citrus dengan gabungan beberapa bahan minyal essential seperti Pettigrain. Jasmin, Lemon Rind dan Grapeful Rind.
Pengarah Inovasi Global Aesop, Dr Kate Frobes mengatakan produk terbaru mereka disediakan dengan formulasi yang mampu memenuhi kehendak penggunanya dengan memberikan aspek aroma yang cukup menyenangkan.
Ia boleh digunakan dalam kehidupan seharian dalam apa jua kondisi cuaca. Letak1kans edikit di atas tangan dan sapukan rata dari leher hingga ke jari. Ratakannya di bahagian kulit badan dan bilas dengan air.
Untuk kesan lebih baik anda boleh menggunakan krim atau gel selepas mandi seperti Aesop Rind Concentrate Body.
Bagi MASKULIN, sebagai lelaki moden kita tidak perlu takut untuk menggunakan produk yang boleh memberikan kebaikan kepada diri.
Ingat, badan yang sihat memberikan kualiti hidup anda dan juga pasangan dengan lebih baik dan berkualiti!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Lihat sahaja aktor Hollywood mahupun tempatan. Jika melihat mereka di kaca televisyen sudah kagum dengan ketamanan dan wajah mereka, apatah lagi jika bertemu mata. Pasti anda terkesima melihat mereka. Mungkin anda pun berteka-teki apakah rutin penjagaan wajah mereka.
Sebenarnya kebanyakan mereka melakukan penjagaan rutin yang tidakah terlalu ekstrem. Rata-rata daripada mereka tahu menjaga kulit wajah dengan mengamalkan cara cucian yang betul dan kena pada masanya.
Pemuliham produk yang sesuai juga memainkan peranan sangat penting bagi memastikan wajah sentiasa nampak segar dan sekali gus tampan di kaca televisyen. Dan semestinya jika anda ingin tampil kacak seperti mereka haruslah melabur sedikit membeli produk penjagaan diri yang berkualiti.
Berikut MASKULIN kongsikan beberapa kelbihan mencuci wajah terutamanya pada waktu malam dan sebelum tidur. Rutin ini banyak dilakukan oleh selebriti lelaki seantero dunia.
BERSIHKAN WAJAH
Tanpa sedar anda kerap kali atau sepanjang hari menyentuh kulit wajah. Ia membuatkan wajah anda salah satu bahagian yang paling kotor. Ia sangat penting untuk membersihkan wajah anda untuk mengelak penyebaran bakteria penyebab jerawat yang boleh memburukkan lagi cela pada keseluruhan wajah.
HALANG BAKTERIA
Mencuci wajah anda pada waktu malam akan mengurangkan penghasilan minyak dan menghalang penyebaran bakteria ke dalam liang-liang kulit yang boleh menyebabkan jerawat. Ini bermakna, anda boleh hindar munculnya jerawat di wajah!
Pada waktu malam iaitu ketika tidur, kulit wajah akan melakukan proses pembaik pulih dengan sendirinya. Jadi, adalah penting untuk wajah anda bersih agar kulit boleh bernafas membentuk tisu-tisu baru.
BANTU REGENERASI
Ketika tidur akan berlaku proses ‘regenerasi’ pada kulit wajah. Untuk kesan anti-penuaan terbaik, cuci wajah anda dengan pencuci lembut bebas sulfat atau gel pembersih AHA/BHA dan gunakan serum atau pelembap berprestasi tinggi.
KEKALKAN KELEMBAPAN
Ia juga bertujuan untuk mengekalkan lembapan kulit wajah. Jadi, cuci wajah anda dan kemudian sapukan pelembap sebelum tidur untuk memastikan kulit sentiasa lembat dan hidrat.
Tip MASKULIN:
Jika anda rasa terlalu penat letih untuk cuci wajah setiap malams ebelum tidur, anda boleh lakukannya lebih awal sekitar jam 7 hingga 8 malam. Lebih baik daripada langsung tidak buat langsung.
Jangan lupa untuk follow YouTube MASKULIN untuk content padu dan menarik seperti di bawah!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.