Penjagaan muka atau wajah menjadi topik yang sangat popular di kalangan masyarakat sedari dulu. semua orang menginginkan wajah yang berseri tanpa sebarang cela dan jerawat.Pasti semua tahu jerawat adalah musuh utama kepada kulit wajah. Mengabaikan penjagaan muka boleh menyebabkan kulit kelihatan kusam dan lemah. Jadi beberapa perkara asas boleh di jadikan panduan agar kelihatan segar dan bersinar.
Saya mengalami masalah kulit berjerawat yang sangat teruk bermula tahun 2012, sehinggakan menjadi mimpi ngeri apabila melihat wajah sendiri di cermin, bukan hanya jerawat yang sentiasa tumbuh, kulit berminyak dan kusam juga merupakan masalah yang saya hadapi ketika itu.
Jadi bagi menyelesaikan masalah tersebut, saya merujuk kepada pakar kulit dan juga doktor.
Ini adalah tips penjagaan muka yang saya amalkan mengikut nasihat doktor:
Membersih muka dengan Pencuci Muka yang sesuai dengan kulit
Membersih muka adalah perkara asas dalam penjagaan wajah, pastikan anda membersih wajah sekurang-kurangnya dua (2) kali sehari iaitu pagi dan malam, gunakan pembersih wajah yang sesuai dengan kulit anda, contohnya saya menggunakan pembersih wajah dari jenama SAFI yang mudah didapati di Watson atau dimana sahaja.
Bagi wajah yang mempunyai makeup, pastikan makeup di bersihkan dahulu dari wajah dengan menggunakan makeup remover.
Makeup remover saya gunakan adalah dari jenama MAC . Jadikan ia sebagai amalam dan rutin kerana ia adalah asas untuk menanggalkan segala kotoran pada wajah
Ads
Memakai krim pelembab kulit wajah untuk Penjagaan Muka
Produk pelembab wajah adalah sangat penting untuk menghindari wajah dari kekeringan, kekeringan pada kulit boleh mengakibatkan masalah kulit berminyak dan seterusnya menyebabkan berlakunya pertumbuhan jerawat pada wajah.
Pelembab wajah haruslah di amalkan setiap kali selepas membersihkan wajah , banyak jenis pelembab wajah yang ada di pasaran. Gunakan pelembab wajah yang sesuai dengan kulit wajah anda.
Anda boleh bertanya kepada doktor kondisi kulit anda dan produk yang sesuai dengan kulit anda,
Bagi saya, saya hanya menggunakan pelembab wajah juga dari jenama SAFI. Dan saya jadikan ia sebagai rutin harian selepas membersih wajah dengan pembersih wajah SAFI
Ads
Memakai krim pelindung sinar UV (Sun Block)
Pendedahan terhadap cahaya matahari kadang-kadang tidak dapat di elakan, hakikat yang perlu kita terima adalah kita tinggal di Negara beriklim panas, lembab dan hampir dengan garisan khatulistiwa.
Sinaran UV adalah bahaya untuk kulit. Jika kita biarkan kulit muka kita terdedah begitu sahaja dengan sinaran UV ini boleh menyebabkan kanser kulit dan menyebabkan kulit kusam.
Menurut satu kajian, masyarakat yang tinggal di negara beriklim tropika akan terdedeah dengan sinaran UV dan menerima 95% sinaran matahari , perkara ini akan menyebabkan risiko untuk menghidapi penyakit kanser kulit adalah sangat tinggi.
Sinar UV akan menyebabkan wajah lebih terdedah kepada dengan garisan halus, kedutan dan pigmentasi yang akhirnya menyebabkan kulit menjadi kusam , tidak bermaya dan kelihatan tua berbanding dengan umur.
Ads
Untuk mengelak dari perkara ini terjadi, salah satu cara adalah dengan mengamalkan krim pelindung UV pada wajah setiap sekurang-kurangnya 2 kali sehari atau 4-5jam sekali.
Sejak mengalami masalah kulit yang teruk, saya sendiri mengamalkan krim pelindung UV ini setiap hari dan menjadikan ia sebagai rutin harian.
Syukur keadaan kulit saya semakin baik tanpa sebarang masalah kulit yang teruk.
Jadi Rahsia penjagaan wajah yang asas adalah dengan membersihkan wajah dua (2) kali sehari, Memakai pelembab wajah dan memakai krim pelindung sinar UV setiap hari.
Pastikan setiap produk yang anda gunakan sesuai dengan kondisi wajah ada dan konsultasi dari doktor.
sumber: ridwanmustafa.com
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Memahami jenis sikat yang betul dan fungsinya adalah kunci untuk mencapai gaya rambut impian anda.
Ini tidak kiralah sama ada anda mahu gaya rambut kemas, bertekstur atau ber-volume. Setiap sikat direka dengan tujuan khusus dan memilih sikat yang tepat adalah langkah pertama untuk penampilan yang lebih kemas dan berkeyakinan.
Melabur dalam sikat berkualiti adalah sama pentingnya dengan memilih produk penjagaan rambut yang sesuai.
1. Sikat Bergigi Jarang
Sumber foto: Google
Sikat bergigi jarang sesuai untuk lelaki yang mempunyai rambut tebal atau kerinting. Ia membantu merapikan rambut tanpa menarik atau merosakkan helai rambut. Sikat jenis ini juga ideal untuk menyisir rambut basah selepas mandi kerana ia mengurangkan risiko rambut patah. Ia sangat berguna untuk merapikan rambut dan memastikan ia tidak kusut.
Sikat bergigi rapat adalah pilihan terbaik untuk lelaki dengan rambut lurus dan halus. Sikat ini membantu dalam merapikan dan meluruskan rambut, memberikan penampilan yang lebih kemas. Ia juga boleh digunakan untuk menyisir bahagian rambut yang lebih pendek, seperti jambang atau rambut di belakang telinga. Sikat ini memudahkan anda mencapai gaya yang rapi dan tersusun.
Sikat garfu, atau lebih dikenali sebagai afro pick, adalah alat yang sesuai untuk lelaki dengan rambut afro atau kerinting. Ia direka khas untuk mengangkat rambut dari akar dan memberikan volum yang lebih besar tanpa merosakkan tekstur rambut. Sikat ini membantu mengekalkan bentuk rambut kerinting dengan sempurna dan memberikan penampilan yang lebih penuh.
Sikat styling mempunyai kombinasi gigi yang rapat dan jarang, serta dilengkapi dengan hujung yang tajam. Sikat ini digunakan untuk gaya rambut yang lebih kompleks dan memerlukan detail, seperti pompadour atau quiff. Ia membantu dalam membentuk dan menggayakan rambut dengan lebih tepat. Sikat ini juga berguna untuk membahagikan rambut kepada bahagian yang lebih kecil ketika menyisir.
5. Sikat Berus (Paddle Brush)
Sumber foto: Google
Sikat berus berbentuk leper dengan permukaan yang luas, sesuai untuk lelaki dengan rambut panjang atau separa panjang. Sikat ini membantu merapikan rambut dengan cepat dan mengurangkan kerosakan pada helai rambut. Ia juga sesuai untuk mengeringkan rambut dengan pengering rambut, kerana permukaannya yang luas membantu menyebarkan haba dengan lebih merata.
6. Sikat Fön (Vent Brush)
Sumber foto: Google
Sikat fön direka khas untuk digunakan bersama pengering rambut. Ia mempunyai lubang-lubang pada badannya yang membolehkan udara panas mengalir melalui rambut, mempercepat proses pengeringan. Sikat ini sesuai untuk lelaki yang ingin mendapatkan volum dan tekstur pada rambut mereka. Ia membantu dalam memberikan gaya yang lebih bervolum dan kelihatan semula jadi.
7. Sikat Jambang
Sumber foto: Google
Sikat jambang adalah alat yang tidak boleh diabaikan oleh lelaki yang berjambang. Sikat ini membantu dalam merapikan dan menyikat jambang, memastikan ia kelihatan kemas dan rapi.
Penggunaan sikat jambang juga membantu dalam pengedaran minyak semula jadi dari kulit ke helaian jambang, menjadikannya lebih sihat dan bersinar.
Setiap jenis sikat mempunyai fungsi dan kegunaannya yang tersendiri. Memilih sikat yang sesuai dengan jenis rambut dan gaya yang diinginkan adalah penting untuk mendapatkan penampilan yang terbaik.
Dengan menggunakan sikat yang betul, lelaki boleh menjaga rambut mereka dengan lebih berkesan dan mencapai gaya yang diidamkan.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Misai kumis, jambang yang terlalu panjang dan terbiar menyebabkan muka lelaki itu kelihatan serabut, kusut dan tidak terurus.
Mungkin lelaki beranggapan semakin tebal misai atau janggut mereka semakin maskuli. Oh No! Bukan semua wanita suka lelaki berbulu lebat dan serabai. Oleh itu lelaki harus rajin merapikan janggut agar terlihat kemas. Nah! hasilnya penampilan anda akan kelihatan kemas, bersih serta segak khususnya di mata kaum wanita!
Bro jom belajar tip dan teknik mudah ini!
1. Bersihkan Wajah Terlebih Dahulu
Rehatkan kulit wajah sekurang-kurangnya 10 minit selepas bangun tidur. Kemudian bolehlah mencuci wajah dengan pencuci muka yang bersesuaian. Ini dapat mengeluarkan sel kulit mati dan melembutkan kulit muka anda.
2. Lembapkan dengan air suam
Cara yang terbaik ialah lekapkan tuala suam di bahagian yang ingin dicukur. Langkah ini amat penting untuk membuka pori-pori kulit muka dan memudahkan proses cukuran. Sapukan krim pencukur pilihan anda dengan menggunakan berus khas dan ratakan krim pencukur dengan cara berputar.
3. Arah Cukuran
Anda seharusnya memulakan cukuran di bahagian rahang, leher dan kemudian pipi. Ini sangat penting kerana ianya mengikut lengkungan wajah anda dan menggelakkan daripada terluka. Anda juga perlu mencukur searah dengan tumbuhnya anak rambut bagi menggelakkan kulit tercedera dan cukuran juga akan kelihatan kemas. Selain itu, ia juga penting untuk memastikan anak rambut yang bakal tumbuh akan menjadi lebih sekata.
4. Pola
Pastikan anda mempunyai gunting kecil yang bersesuaian untuk membuat pola pada kumis atau janggut. Anda juga disyorkan agar menggunakan hair-clipper. Sentiasa mulakan dengan menggunting bahagian tepi kumis dan janggut.
5. Bilas
Selepas semua selesai, bersihkan keseluruhan bahagian yang telah dicukur dengan menggunakan air bersih. Seterusnya anda juga perlu menyapu penyegar dan pelembap. Langkah ini perlu untuk mengembalikan kelembapan dan kesegaran wajah anda.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Bila timbulnya jerawat di muka pasti anda stres dan ingin mencari jalan bagaimana untuk mengecutkan jerawat tanpa meninggalkan kesan parut.
Rasa nak kikis muka sebab kehadiran jerawat akan meninggalkan parut yang menghodohkan penampilan, selain boleh menghilangkan keyakinan diri.
Pasti anda telah mencuba pelbagai produk, namun ada ketikanya produk yang digunakan tidak memberikan hasil memuaskan. Jangan berputus asa kerana ada cara lain yang mungkin berkesan untuk anda cuba.
Menggunakan hanya dua bahan murah iaitu kunyit dan timun, Nauf Safuan berkongsi petua berkesan yang digunakannya untuk mengecutkan jerawat tanpa meninggalkan kesan parut. Jom baca perkongsiannya.
Ni percubaan pertama aku mengunakan kunyit dan timun. Aku share pengalaman aku yea.
Tujuan aku pakai mask ni. Sebenarnya nak kecutkan jerawat kat atas kening ni dan aku campur dengan timun untuk haluskan kulit aku dan kecilkan pori pori. Timun tu juga bertindak untuk mengawal minyak yang bertakung kat muka aku ni. Haha
Perbezaan selepas aku pakai mask kunyit timun ni. Muka nampak lebih fresh. Kulit rasa lembut. Jerawat atas kening dah mula tunjuk kesan nak mengecut.
Kulit aku jenis berminyak. Aku pakai pagi. Alhamdulillah sampai malam kulit aku mantain ja tak berminyak. Sampai malam kulit mantain lembut dan lembab. Mungkin sebab aku buh timun tu. Pori pun nampak lebih halus.