Dalam dunia lelaki moden, penampilan bukan sekadar tentang pakaian atau gaya rambut. Apa yang lebih penting dan sering diabaikan ialah bau badan seseorang. Perfume bukan sahaja berfungsi untuk menutup bau peluh, tetapi ia juga berperanan besar dalam mencipta aura dan meningkatkan keyakinan diri.

Satu semburan yang tepat mampu memberi first impression yang kuat dan berpanjangan. Bagi lelaki yang mahu tampil lebih maskulin, matang dan sofistikated, bauan woody sering menjadi pilihan utama.

Tona ini terkenal dengan elemen hangat, dalam dan earthy yang memberikan rasa eksklusif dan memikat. Ia bukan saja sesuai untuk kegunaan harian tetapi juga amat serasi dipakai ke majlis formal, acara malam atau bila-bila masa anda ingin meninggalkan impak.

Berikut MASKULIN kongsi 10 perfume lelaki dengan tona bauan woody terbaik pilihan kami yang boleh anda dapati di pasaran!

Tom Ford Oud Wood Eau De Parfum

10 Perfume Lelaki Dengan Bauan Woody Terbaik Pilihan MASKULIN

Harga: RM1,300 (50ml)
Perfume ini ialah simbol kemewahan. Dengan gabungan oud, sandalwood dan cardamom, ia memberikan aura elegan yang sangat kuat. Sesuai untuk acara malam atau suasana eksklusif.

Creed Royal Oud

10 Perfume Lelaki Dengan Bauan Woody Terbaik Pilihan MASKULIN

Harga: RM1,500 (100ml)
Bagi lelaki yang sukakan elemen klasik dan sophisticated, Royal Oud adalah pilihan premium. Ia menampilkan gabungan oud, cedar dan sandalwood yang memberikan sentuhan eksklusif dan mewah.

Dior Sauvage Eau De Parfum

10 Perfume Lelaki Dengan Bauan Woody Terbaik Pilihan MASKULIN

Ads

Harga: RM665 (100ml)
Salah satu perfume paling popular di dunia, Sauvage membawa aroma woody-aromatic dengan kombinasi bergamot, pepper dan ambroxan. Pilihan versatile untuk kegunaan harian.

Acqua Di Parma Oud & Spice Eau De Parfum

10 Perfume Lelaki Dengan Bauan Woody Terbaik Pilihan MASKULIN

Harga: RM1,600 (100ml)
Perfume ini sesuai untuk lelaki yang sukakan bau oriental dan spicy. Dengan kehadiran oud dan campuran rempah, ia menghasilkan bauan hangat yang memikat.

Giorgio Armani Armani Code Eau De Parfum

10 Perfume Lelaki Dengan Bauan Woody Terbaik Pilihan MASKULIN

Harga: RM560 (125ml)
Aroma woody dengan gabungan bergamot dan tonka bean menjadikan perfume ini pilihan tepat untuk lelaki urban yang mahu tampil elegan tetapi tak terlalu mencuba.

Miller Harris La Fumee Alexandrie

10 Perfume Lelaki Dengan Bauan Woody Terbaik Pilihan MASKULIN

Ads

Harga: RM770 (100ml)
Untuk yang gemarkan bauan smoky dan woody dengan sentuhan eksotik, perfume ini menyatukan nota oud dan rose yang unik. Sesuai untuk lelaki yang mahu tampil berbeza.

Jo Malone English Pear & Freesia Cologne

10 Perfume Lelaki Dengan Bauan Woody Terbaik Pilihan MASKULIN

Harga: RM670 (100ml)
Walaupun lebih dikenali dengan sentuhan floral, perfume ini mempunyai base woody yang lembut. Ia memberikan aroma segar yang sesuai dipakai waktu siang.

Tom Ford Grey Vetiver Eau De Parfum

10 Perfume Lelaki Dengan Bauan Woody Terbaik Pilihan MASKULIN

Harga: RM1,183 (100ml)
Clean, crisp dan sofistikated. Vetiver yang menjadi asas kepada perfume ini memberikan rasa profesional dan matang. Sesuai untuk lelaki berkarier.

Yves Saint Laurent L’Homme Eau De Toilette

10 Perfume Lelaki Dengan Bauan Woody Terbaik Pilihan MASKULIN

Ads

Harga: RM450 (100ml)
Kombinasi cedar, vetiver dan tonka bean menjadikan perfume ini maskulin, warm dan cukup versatile untuk kegunaan siang atau malam.

BACA: 10 Perfume Dengan Jenis Bau Paling Disukai Wanita!

Dolce&Gabbana K Intense Eau de Parfum

10 Perfume Lelaki Dengan Bauan Woody Terbaik Pilihan MASKULIN

Harga: RM719 (100ml)
Perfume ini menyuntik tenaga dengan aroma woody-citrus yang energetic. Ia menyerlahkan sisi moden lelaki dengan gaya maskulin yang kuat.

Tak kira sama ada anda sedang mencari signature scent atau sekadar ingin mencuba sesuatu yang baru, 10 pilihan perfume woody ini adalah antara yang terbaik di pasaran. Setiap satunya membawa karakter tersendiri – dari elegan, klasik, hingga moden dan energetik. Pilihlah yang paling sesuai dengan personaliti dan gaya hidup anda.

Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.

 

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI