Tentu anda runsing jika rambut beruban sedangkan usia masih lagi muda. Padahal member-member lain miliki rambut hitam berkilat dan nampak kacak.
Bila rambut beruban pastinya penampilan anda nampak janggal kerana anda dianggap tua. Jika sudah mencuba pelbagai petua tapi masih tidak berjaya mencegah rambut beruban, cuba petua yang dikongsikan Sarifa Redzuan II di laman Facebooknya.
Hanya menggunakan tiga bahan dapur rambut beruban dapat diatasi, malah petua ini juga boleh digunakan untuk merawat masalah rambur gugur ataupun rambut lambat tumbuh.
Hari hari sapu lantai tapi rambut masih banyak.
Uban banyak walaupun masih muda.
Dah lama simpan rambut tapi lambat panjang.
Stress sangat kan bila hadapi masalah seperti di atas. ?Pelbagai jenis syampu dan minyak rambut dah cuba namun tiada kesan. Jangan susah hati. Bantuan dah tiba ni. Cikgu akan share cara alami untuk rawat masalah rambut.
Ads
Bahan-bahan
1. Segenggam daun kari
2. Segenggam daun inai
3. 10ml minyak kelapa
Cara nak buat
Blend kesemua bahan ni bersama yogurt kosong. Masukkan dalam peti sejuk.
1. 2-3 hirisan lemon di tonyoh di seluruh kulit kepala.
Ads
2. Kemudian gunakan bahan yang di blend itu dan lumur ke seluruh kepala sambil mengurut kepala dan pakai shower cap biarkan selama 30 minit ke 1 jam.
3. Cuci dengan air dingin.
4. Selesai cuci gunakan sikat kayu bergigi rapat dan sikatlah rambut untuk membuang hampas yang masih terlekat di rambut di samping melancarkan peredaran darah.
1. Menggalakkan pertumbuhan rambut
2. Menguatkan akar rambut
3. Membantu mengurangkan keguguran rambut
4. Membantu mengatasi masalah uban
5. Memekatkan warna dan melebatkan rambut
6. Membantu mengurangkan kegatalan kulit kepala dan kelemumur
7. Mengelakkan dari rambut bercabang dan kering
Daun kari ni banyak zatnyer. Lepas ni tanam la. Boleh guna untuk masak dan merawat diri serta sekeluarga.
Ada lagi satu RAHSIA yang ramai orang tak tahu pasal daun kari ni. Daun kari boleh buat awak KURUS tau.
Nanti cikgu share resipi kurus guna daun kari pula ye.
Terima kasih sebab sudi tekan butang #SHARE.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Sakitnya hati bila parut jerawat masih tidak hilang. Inilah masalah yang membuatkan anda stres kerana parut jerawat meninggalkan kesan hitam dan menghodohkan wajah.
Jika parut jerawat tidak dirawat boleh meninggalkan kesan yang teruk lebih-lebih lagi jerawat yang jenis hitam. Jadi jika anda tidak mahu terlalu bergantung pada produk atau krim, apa kata cuba amalkan pengambilan 5 ‘magic food’ ini setiap hari.
1. Brokoli
Mengandungi bahan anti-radang, selain tinggi dengan vitamin dan mineral. Bahkan ia juga amat baik untuk mengurangkan pigmentasi pada kulit terutamanya pada kulit yang berparut. Warna parut jerawat akan lebih mudah pudar dan tidak bertompok.
2. Lemon
Jus lemon boleh diminum sebagai air detok yang melawas penghadaman dan menyingkirkan toksik. Atas faktor asidik dalam lemon, ia juga mampu mengurangkan minyak dan bakteria yang terkumpul pada kulit, malah memudahkan untuk perawatan jerawat dan parut jerawat. Anda hanya perlu lumurkan sahaja lemon pada kawasan kulit bermasalah, biarkan selama 10-15 minit, kemudian bilas dengan air suam.
3. Betik
Bukan sahaja sedap dimakan, betik juga boleh dibuat masker. Vitamin A yang ada dalam buah pelawas ini membantu untuk membasmi sel kulit mati dan membuang segala protein yang tidak aktif. Selain hilangkan parut jerawat, masker betik juga boleh dijadikan sebagai masker anti-penuaan. Ia diyakini untuk tujuan menegangkan kulit, mengurangkan kesan parut jerawat dan tompok gelap.
4. Lada Benggala (Kuning)
Rupanya lada benggala kuning mempunyai vitamin C! Pengambilan lada benggala kuning ini boleh mengurangkan radang kulit. Paling penting, siapa yang ada parut jerawat jenis ‘kawah’ sangat recommended kerana kolagen pada lada benggala kuning boleh memperbaiki masalah anda itu.
5. Bayam
Sayur-sayuran yang tinggi dengan khasiat zink seperti bayam sebenarnya sangat cepat untuk memulihkan parut jerawat. Bukan sahaja merawat kulit yang rosak, malah bayam juga menghasilkan sel kulit dan kolagen. Selain itu, bayam juga baik untuk membaiki masalah mata, menguatkan otot dan banyak lagi!
Lepas ini anda kena sentiasa amalkan pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan ini untuk mengurangkan parut jerawat lama. Selamat mencuba!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Mungkin perkara ini telah berulang kali anda dengar.
Kebersihan diri dan penjagaan rapi segenap sudut pada bahagian tubuh badam merupakan aspek sangat penting untuk anda tampil sebagai lelaki yang bukan sahaja kemas tetapi kacak. Dan bersih itu bukan merujuk kepada jenis potongan rambut atau apa jua jenis fesyen pakaian anda pergakan.
Bersih itu terletak kepada penjagaan diri yang baik dan sentiasa tampil dengan bau yang segar, wangi serta senantg untuk didekati terutamanya oleh kaum wanita. Bagi mereka lelaki yang menarik adalah lelaki yang sangat mementingkan faktor-faktor seperti MASKULIN nyatakan di atas.
Perkara yang MASKULIN nyatakan di bawah ini adalah penjagaan ‘basic’ yang telah disepakati oleh wanita bahawa setiap lelaki harus menjaganya dengan baik. Jadi apakah bentuk penjagaan diri yang anda harus lakukan untuk sentiasa tampil segak dan seksi di mata wanita?
Ikutinya di bawah!
TRIM BULU HIDUNG, TELINGA & KENING
Tahukah anda bahawa wanita memandang anda bukan sekadar singgah di matanya sahaja? Si dia akan perasan terutama mengenai bulu-bulu yang tidak sepatutnya muncul pada wajah anda.
Mereka lebih rela untuk berbual bersama lelaki yang mulutnya berbau dari mereka yang bulunya tumbuh di merata tempat. Anda harus memperbaiki penampilan anda dan uruskan bulu-bulu di hidung atau telinga anda agar tidak terlalu kelihatan.
PENJAGAAN GIGI
Kalau kena dengan gaya senyuman anda boleh mencairkan hati wanita. Dan senyuman yang manis adalah senyuman yang disusun dengan kehadiran gigi yang bersih. Gigi anda adalah salah satu daya menarik bagi seseorang wanita.
Ini kerana mereka kerap berada pada paras tersebut dan duduk di meja bertentangan, maka itulah perkara yang mereka akan perasan selalu. Anda boleh bersihkan gigi anda dan melakukan flos gigi seminggu sekali jika mempunyai kesempatan kerana wanita menggemari lelaki yang bergigi putih.
Wanita dengan segera akan perasan apabila seseorang lelaki itu memiliki garis leher yang kemas dan licin. Bulu yang tumbuh di leher boleh mencacatkan penampilan anda. Singgah kedai gunting seketika untuk memperbaiki bulu yang tumbuh pada leher anda setelah menggunting rambut anda untuk memperkemaskan penampilan.
KUKU JARI
Hubungan peribadi dan profesional semuanya bermula dengan berjabat tangan – oleh itu penggayaan kuku anda juga haruslah berada pada tahap yang setanding dengan profesionalisma anda. Tiada wanita yang ingin keluar bertemujanji dengan lelaki yang kukunya kelihatan seperti tinggal di hutan berbulan lamanya.
Wanita ini cepat perasan jika anda memakai bau-bauan yang berlebihan. Bukan sahaja berkenaan pewangi anda tapi juga berkenaan mandian badan yang anda kadangkala pakai selepas pulang dari gimnasium.Gunakan mandian badan tanpa bau yang kuat seperti mandian badan yang bebas dari wangian. Pasti terasa segar.
Lakukan lima step grooming di atas pasti anda akan sentiasa tampil kemas, bersih dan bergaya. Bukan sahaja anda akan mudah didekati tetapi keyakinan diri juga akan bertambah. Jangan lupa subscribe channel Telegram MASKULIN untuk update terkini!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Pertama sekali anda perlu buang jauh-jauh perasaan bahawa lelaki tak semestinya kena menjaga kulit wajah dan melakukan grooming secara keseluruhannya.
Tanggapan begitu sebenarnya sangat salah dan hanya membawa keburukan kepada anda. Zaman sekarang lelaki mempunyai puluhan jenis potongan rambut yang boleh digayakan. Malah produk-produk penjagaan muka, jambang dan rambut.
Jadi sudah semestinya anda seorang lelaki harus tahu bagaimana untuk menjaga penampilan wajah agar sentiasa tampil segak dan kacak.
Untuk rambut contohnya kenal pasti jenis rambut sama ada lurus, kerinting, tebal atau ikal. Apabila tahu jenis rambut maka lebih mudah untuk mencari produk yang sesuai dengan jenis rambut anda.
Manakala bagi anda yang berjanggut dan berjambang pula jangan biarkan ia menjadi serabai dan kering. Berikut beberapa tip penjagaan rambut, janggut dan jambang yang boleh anda lakukan.
TIP PENJAGAAN RAMBUT
Cuci rambut setiap hari atau selang sehari. Lebih elok jika anda menggunakan syampu lembut yang bebas paraben (bahan pengawet)
Jangan lupa untuk guna kondisioner 2 atau 3 kali dalam seminggu
Multivitamin juga baik untuk rambut
Suplemen biotin yang oleh membantu melebatkan dan menebalkan rambut
Jangan biar rambut rambut sentiasa basah dan terperap dalam tuala
Keringkan rambut secara manual dan kurangkan penggunaan hairdryer
Kemsite memperkenalkan konsep “Outdoor Inside” di The Gardens Mall, membawa gaya hidup outdoor ke ruang urban dengan jenama premium dan pengalaman eksklusif yang menggabungkan alam, rekaan dan keselesaan moden.