Guna Cara Murah Dengan Air Garam Untuk Atasi Keguguran Rambut & Kelemumur!

1239

Memang risau jika berdepan dengan masalah keguguran rambut. Jika masalah keguguran rambut ini tidak diatasi segera boleh menyebabkan rambut jadi semakin nipis.

Jangan bimbang, ada cara murah untuk anda atasi kelemumur dan keguguran rambut ini. Hanya gunakan garam, masalah keguguran rambut dan kelemumur anda akan hilang.

Selain keguguran rambut, mencuci rambut dengan air garam juga boleh melembutkan rambut dan membersihkan kulit kepala.

BACA: Cara Pulih Rambut Gugur Guna Produk Drugstore. Dulu 20-30 Helai, Kini 2-5 Helai Je!

Cara cuci rambut dengan air garam

  1. Letakkan sejumlah garam dalam besen sesuai dengan ketebalan dan kepanjangan rambut anda.
  2. Rendam rambut anda selama 3 hingga 5 minit.
  3. Urut lembut kulit kepala supaya liang-liang rambut boleh menyerap kandungan garam dengan sempurna.
  4. Bilas rambut anda dengan air yang bersih. Ulangi cara ini sekurang-kurangnya 2 kali seminggu.
  5. Hasilnya anda akan nampak selepas 1 bulan penggunaan.

BACA: 7 Petua Atasi Rambut Gugur & Bersepah Di Lantai, Cara Terbaik Elak Botak Sebelum Usia!

Kebaikan mencuci rambut dengan air garam

Air garam mampu menambah seri pada rambut yang lurus seperti yang diamalkan oleh kebanyakan orang Asia termasuklah orang Cina, Korea dan Jepun. Ini kerana rata-rata mereka memiliki rambut semula jadi yang lembut dan lurus.

Jom Maskulin bongkar khasiat dan keunikan air garam untuk kecantikan serta kesihatan rambut.

1. Menyingkirkan kelemumur

Saat kepala kita penuh dengan kelemumur, itu tandanya bahawa kepala kita telah dijangkiti oleh bakteria. Membersihkan rambut dengan air garam boleh menolong kita menghapuskan bakteria degil ini. Namun jika alami masalah alergi diingatkan agar terus berjumpa doktor

2. Rambut lebih segar 

Air garam boleh menolong kita bersihkan kepala dari minyak, bakteria, serta kotoran-kotoran yang lain. Hasilnya akan menyebabkan rambut kelihatan lebih segar serta berkilat.

BACA: Mulanya Tak Yakin Tapi Lepas Pakai, Rambut Jadi Kurang Gugur. Rahsianya Dengan Bahan Ini!

3. Mengawal minyak berlebihan

Rambut jenis berminyak ialah kumpulan rambut yang paling mudah gugur. Oleh kerana itu anda perlukan air garam sebagai pengawal minyak berlebihan yang akan membuatkan rambut anda menjadi lebih sihat.

4. Mengelak keguguran rambut

Air garam boleh membuatkan rambut jadi lebat serta menutup rapat liang-liang kulit kepala hingga masalah rambut gugur tidak lagi dialami.

5. Sihatkan kulit kepala

Jika anda mandi atau berendam dalam air laut sambil membasahkan rambut, air garam laut akan bertindak untuk memulihkan masalah normal kulit kepala seperti kegatalan dan kelemumur.

Ini secara tidak langsung membuatkan kulit kepala akan rasa segar dan bebas iritasi. Sekiranya anda kera mencuci rambut dengan air garam, masalah kekeringan, kegatalan dan iritasi kulit kepala bakal pulih dan kekal buat jangka masa panjang.

Tinggalkan Komen