Setiap lelaki perlu tahu jenis kulit masing-masing. Ia penting bagi memudahkan anda memahami masalah yang timbul pada jenis kulit wajah anda.
Bila sudah mengenali jenis kulit, ia dapat mengelakkan pembaziran duit jika anda tersalah membeli produk muka yang tidak sesuai. Epidermis jenis kulit lelaki mempunyai tekstur yang berbeza namun rejim penjagaan dan cara perapiannya perlulah selari.
Jadi tidak hairan kini lebih ramai lelaki gemar untuk menjaga kulit wajah seiring dengan munculnya pelbagai produk penjagaan kulit wajah khusus untuk lelaki.
Namun, anda perlu tahu bahawa setiap produk ada spesifikasi tersendiri bergantung kepada jenis kulit. Jadi penting untuk anda kenali jenis kulit sebelum mengaplikasikan apa-apa produk pada wajah.
Oleh itu, jom kenali 5 jenis kulit ini. Jadikan ini sebagai garis panduan untuk membantu anda memahami produk apa yang perlu digunakan untuk masalah kulit anda.
Orang jenis kulit normal tidak memiliki sebarang masalah kulit yang dominan. Minyak atau sebum yang ada pada permukaan kulit wajah adalah lebih rendah, malah teksturnya lebih lembut dan liang pori-porinya agak kecil. Ini kerana kadar kandungan air yang diperlukan oleh kulit mencukupi dan menghasilkan kulit wajah yang lebih sihat.
Ads
Jenis kulit normal sangat jarang berdepan dengan masalah kulit jerawat, jeragat ataupun bintik hitam. Untuk penjagaan kulit wajah, cuci dengan pembersih sebanyak dua kali sehari dan lakukan rejim-rejim lain seperti memakai serum dan pelembap.
2. Kulit Berminyak
Jenis kulit berminyak kebanyakannya dialami lelaki sejak usia remaja, malah ia adalah jenis kulit yang paling tidak digemari. Jenis kulit ini akan mengalami wajah berminyak di keseluruhan muka dan menjadikan wajah anda berkilat.
Liang pori-pori terbuka sederhana besar dan ini akan memudahkan minyak dikeluarkan ke permukaan wajah, sekali gus berkumpul pada tekstur kulit. Kesannya akan mendedahkan anda dengan masalah jerawat dan bintik hitam.
Anda yang memiliki jenis kuit berminyak perlu mengatasi masalah ini dengan mengaplikasikan pembersih wajah anti minyak dan pelembap yang berasaskan kandungan air. Kertas anti minyak juga boleh anda gunakan untuk menyerap minyak yang terhasil pada permukaan kulit ketika anda menjalani aktiviti harian di luar.
Biarpun jenis kulit ini kurang menghasilkan minyak dan sebum, masalah yang anda hadapi adalah kekeringan kulit. Kekeringan yang ketara lebih jelas kelihatan pada bahagian bibir lantas memberi refleks kepada raut wajah yang kusam dan kelihatan kering.
Liang pori-pori ada ketikanya tidak kelihatan langsung. Kulit kering nyata akan memperlihatkan impak kulit mengelupas sehingga menimbulkan rasa tidak selesa pada kulit wajah.
Untuk rejim penjagaan kulit wajah, hindari produk pembersih wajah yang mengandungi banyak bahan kimia khususnya salicylic acid. Carilah pembersih wajah dengan kandungan minyak kelapa dan pelembap daripada bahan aloe vera atau minyak zaitun agar kulit anda tidak terlalu kering.
Ads
Elakkan mencuci wajah dengan air panas kerana ia akan menambahkan lagi kekeringan pada kulit anda. Jangan cuci wajah dengan pembersih lebih daripada sekali sehari. Waktu terbaik untuk anda mencuci wajah agar terhindar daripada kekeringan adalah pada waktu malam.
Jika anda miliki jenis kulit sensitif, cubalah sederhanakan rutin anda dengan produk yang lembut dan mudah. Kemudian, perlahan-lahan selitkan produk yang anda inginkan agar anda tahu dengan tepat jenis produk pembersih yang akan bertindak balas negatif dengan kulit anda.
Jika kulit anda sensitif, kemerahan atau mengelupas, cuba gunakan pelembap dengan bahan yang melegakan kulit. Ini kerana produk yang mengandungi zink oksida bertindak sebagai pelindung matahari yang boleh menenangkan kulit.
Ternyata jenis kulit ini adalah salah satu yang paling mengelirukan. Jenis kulit kombinasi akan menghasilkan tekstur berminyak sekitar hidung dan dagu, manakala mengalami kekeringan pada bahagian pipi.
Penjagaannya juga harus rapi kerana anda perlu mengawal sebahagian kulit yang akan menyebabkan masalah. Cara terbaik untuk mengatasinya adalah mencari produk pembersih wajah untuk kulit sensitif (tidak berminyak) namun bersihkan bahagian yang berminyak tadi.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kekacakan bukan hanya diukur menerusi wajah sahaja malah ia turut merangkumi kelakuan seseorang itu apabila berdepan dengan khalayak umum.
Berdasarkan satu sumber bacaan awam, terdapat seorang penulis yang enggan dikenali telah menyenaraikan 8 ciri-ciri yang menandakan seseorang itu kacak.
Menariknya lagi, penulis berkenaan turut mengaitkan sifat ini terserlah jika keperibadian seseorang itu juga sering mendapat pujian ramai.
Antara ciri-cirinya dimaksudkan adalah seperti berikut :
1. Jalan berseorangan
Lelaki kacak biasanya sentiasa berjalan keseorangan. Ini kerana kebanyakkan wanita dan lelaki takut mendekatinya. Lebih-lebih lagi wanita apabila mereka menyangkakan anda seorang lelaki playboy.
2. Deria yang bagus
Anda mempunyai deria pemikiran yang bagus walaupun tidak pandai bermain mata pada wanita. Anda bijak menilai situasi dan perkara itu menjadi kepakaran buat anda sehingga wanita pun jadi cair.
3. Lelaki pun puji
Paling ketara apabila ada lelaki lain turut memuji (bukan gay) dan mengatakan anda seorang jejaka hensem atau kacak. Jika anda pernah mengalami situasi itu, terbuktilah anda antara lelaki paling kacak.
4. Wanita bangsa lain pun teruja
Pernah tak anda dipuji wanita bangsa lain? Mereka mengatakan anda semakin kacak atau handsome? Jika ada.. untunglah kerana anda antara jejaka paling bertuah yang dipandang wanita.
5. Tak perlu cari kekayaan
Lelaki yang kacak tidak perlu mencari kekayaan. Hal ini kerana kekayaan akan datang mencarinya berbanding dengan orang kaya yang nampak kacak disebabkan hartanya.
6. Pembersih
Anda memang seseorang yang kacak jika anda juga merupakan seseorang yang pembersih terutamanya selepas menggunakan tandas. Paling ‘rare’, anda siap tolong flush lagi bila nampak sesuatu yang aneh dalam mangkuk tandas itu tanpa memaki hamun pelakunya.
7. Tak perlu pakai baju berjenama
Tidak perlu memakai pakaian berjenama kerana mereka cuma menjadikan pakaian itu cantik. Bukannya pakaian menjadikan mereka kelihatan kacak.
8. Tutup pintu pun perlahan
Sentiasa menutup pintu dengan sangat perlahan-lahan tanpa bunyi tidak kira pintu rumah, office, kereta ataupun pintu tandas. Kalau boleh, bila masuk tandas di waktu kerja tiada orang lain menyedarinya.
Anda ada ciri-ciri yang disebutkan tak? Atau anda ada kenal mereka yang miliki ciri-ciri sedemikian? Kongsikan bersama Maskulin!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kesan parut jerawat yang bertompok dan hitam pasti boleh mencacatkan penampilan. Jika parut jerawat itu dibiarkan tanpa rawatan bimbang ia semakin sukar untuk dihilangkan.
Kini anda tidak perlu lagi bergantung kepada produk untuk menghilangkan parut jerawat anda. Hanya mengamalkan pemakanan ini, parut jerawat anda akan beransur pudar dan hilang sedikit demi sedikit.
Jom kenali 5 makanan ‘superpower’ ini. Pastikan ia tersenarai dalam menu pemakanan harian anda.
Mengandungi bahan anti-radang yang tinggi dengan pelbagai vitamin dan mineral. Ia menjadi brokoli sebagai salah satu makanan yang amat baik untuk mengurangkan pigmentasi pada kulit terutamanya kulit yang berparut. Warna parut jerawat akan menjadi lebih pudar dan kurang bertompok.
Jus lemon boleh diminum sebagai air detoks yang bertindak untuk melawaskan penghadaman dan menyingkirkan toksik. Atas faktor asidik yang ada dalam lemon, ia mampu mengurangkan minyak dan bakteria yang terkumpul pada kulit. Secara tidak langsung, lemon ini akan memudahkan untuk rawatan jerawat dan parut jerawat. Lumurkan sahaja lemon pada bahagian kulit yang bermasalah dan biarkan selama 10-15 minit sebelum membilasnya dengan air suam. Namun jika kulit anda sensitif atau luka, elakkan menggunakan petua lemon ini.
Bukan sahaja sedap untuk dimakan, betik juga bagus untuk dibuat masker kulit. Vitamin A di dalam buah pelawas ini dapat membasmi sel-sel kulit mati dan membuang segala protein yang tidak aktif. Selain menghilangkan parut jerawat, masker betik ini juga boleh dijadikan sebagai masker anti-penuaan. Ia boleh menegangkan kulit, mengurangkan kesan parut dan tompok hitam.
Rupanya lada benggala kaya denga vitamin C. Pengambilan lada benggala berwarna kuning ini boleh mengurangkan radang kulit. Paling penting, anda yang ada parut jerawat jenis ‘kawah’ digalakkan untuk mengambil lada benggala ini dalam pemakana harian kerana ia mengandungi kolagen yang boleh membaiki masalah parut jerawat anda itu.
Sayur-sayuran yang tinggi zink seperti bayam sangat cepat dalam proses pemulihan kulit dna parut jerawat. Bukan sahaja merawat kulit yang rosak, sayur bayam juga boleh menghasilkan sel-sel kulit dan mengandungi kolagen. Selain kulit, bayam juga elok diamalkan untuk membaiki masalah mata, menguatkan otot dan banyak lagi!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Mengapa masih buntu untuk mencari produk yang bisa menghasilkan gaya rambut yang lebih stailo dan mudah digayakan? 5 produk terbaru dari jenama penggayaan rambut yang terkenal, Ubermen bersesuaian dengan kehendak jejaka hari ini yang sentiasa inginkan kelainan dan keunikan pada gaya rambut mereka. Ubermen meneruskan dalam mencipta revolusi dalam penghasilan produk penggayaan rambut yang memudahkan jejaka untuk tampil bergaya dan stailo. Kali ini Ubermen hadir dengan lima rangkaian iaitu spike wax, air jelly, 3d matt clay, messy fudge dan wave gum. Memberi efek kekal lama, formula mudah dibilas, tidak melekit serta tidak mengakibatkan lebihan minyak pada kulit kepala, produk hebat ini terus menjadi pilihan lelaki masa kini.
Menariknya, kali ini, Ubermen berkolaborasi bersama majalah Maskulin dengan membariskan 8 ikon pilihan untuk merasai kehebatan dan aura magis produk terbaru ini. Miller Khan, King Afiq, Nabil Mahir, Lucas Lau, Nasrul Nasar, Faiz Haq, Daniel Fong, dan Hafeez Mikail dipilih berdasarkan kejayaan serta kuasa populariti yang dicipta selaras dengan kualiti tinggi dalam produk terbaru Ubermen ini.
SPIKE Wax
Spike Wax mendefinisi gaya fesyen rambut fade yang terus kekal menjadi trend sehingga kini. Dirumuskan dengan memori gaya bagi mengekalkan rambut agar lebih tahan lama dan tidak terlalu bersinar. Menggunakan formulasi mudah bilas selepas menggunakannya. Sesuai untuk yang jejaka berambut pendek.
AIR Jelly
Bagi yang ingin kelihatan lebih stailo, mahu menggayakan stail rambut slick back atau undercut anda boleh menggunakan Air Jelly sebagai rumusan utama. Mengekalkan gaya rambut dalam tempoh masa yang lama, ia turut dilengkapi teknologi menggilap lebih tinggi. Diasaskan dengan formulasi air ia bukan sahaja mudah dibilas dan tidak melekit malah produk ini juga sesuai untuk mereka yang mempunyai rambut pendek dan sederhana panjang.
3D MATT Clay
Tekstur 3D Matt Clay yang tidak melekit dan harum mampu mewujudkan kemasan yang sangat baik. Buat rambut jejaka kekal kemas dan matte sepanjang hari. Amat sesuai untuk anda yang mahu bergaya dengan stail rambut side part. Hanya perlu guna dalam kuantiti yang sedikit sudah memadai, ia mampu membuatkan rambut anda tampak segak walau ditiup angin.
MESSY Fudge
Mempunyai tekstur yang ringan, Messy fudge ini membuatkan lelaki yang mahu bergaya sederhana lebih berkeyakinan. Memberi efek kasual, produk ini membuatkan lelaki nampak bersahaja dan ia tidak membuatkan rambut anda berminyak dan sangat mudah untuk dibilas. Jenis gaya yang sesuai digayakan dengan wax jenis ini ialah messy look dan modern fringe.
WAVE Gum
Memberi efek volum pada rambut, ia bersifat fleksibel kerana inti patinya dihasilkan dalam tekstur krim yang mudah dibilas. Membuatkan rambut lelaki tahan lama dengan gaya yang mereka inginkan. Stail rambut short back and sides kerana ia membuatkan rambut kelihatan kemas dan sedikit bersinar. Amat mudah menggunakannya dan haruman segar seperti selepas mandi akan kekal berpanjangan.
Miliki Mercedes-Benz menerusi Agility+ dengan bayaran bulanan bermula RM1,988, tempoh pembiayaan fleksibel serta pilihan GFV yang memudahkan perancangan pemilikan.