Cuaca di negara kita sekarang sekejap panas, sekejap hujan. Itulah kebiasaan yang kita lalui tinggal di negara beriklim tropika. Sekarang kalau cuaca panas, memang bahangnya cukup memeritkan.
Jadi tidak dapat nak dibayangkan bagaimana memandu kereta atau kenderaan berbumbung yang tidak mempunyai aircond atau penghawa dingin yang berfungsi dengan sempurna.
Terdapat beberaka jenis kerosakan aircond yang boleh berlaku kepada kereta anda. Antara yang paling ketara ialah kerosakan compressor, di mana ia boleh memakan kos yang tinggi untuk dibaiki.
Tapi pernah tak kereta anda alami situasi di mana bila bergerak aircond berfungsi seperti biasa. Namun bila berhenti terutamanya dalam masa lama seperti di lampu isyarat ia tak rasa sejuk seperti ketika kereta sedang bergerak.
Atau lebih tepat lagi semasa kereta idling aircond tak teras sejuk langsung. Atau lebih teruk terus berasa panas bak dalam ketuhar.
Jadi apa puncanya perkara seperti ini boleh berlaku?
Terdapat tiga punca atau penyebab biasa yang menjadi penyebab kondisi aircond kereta seperti ini.
MOTOR KIPAS
Salah satu komponen yang cukup penting dalam sistem kereta anda. Kipas ini kebiasannya akan dapat dilihat apabila ruang compartment enjin di buka. Terdapat beberapa jenis kereta mempunyai dua jenis motor kipas iaitu kipas radiator dan kipas aircond. Dan ada juga yang hanya mempunyai satu kipas motor seperti Perodua MyVi.
Kipas tidak berpusing dengan baik boleh berpunca dari masalah fius atau relay yang rosak. Tidak kurang juga kerosakan pada kipas itu sendiri selepas beberapa tahun digunakan.
GAS KURANG
Selain itu, punca aircond kurang sejuk ketuika berhenti juga boleh berpunca daripada kandungan gas aircond yang berkurangan. Apabila gas berkurangan maka compressor tidak dapat menyejukkan aircond ketika berhenti. Manakala bila kereta bergerak compressor akan bekerja lebih kuat mengepan gas mana yang tinggal.
Disebabkan itu juga lebih laju kereta dibawa lebih terasa aircond. Jika gas kehabisan terus, aircond akan tidak akan terasa sejuk langsung. Kekurangan gas secara tiba-tiba pula boleh disebabkan berlakunya kebocoran di bahagian cooling coil atau compressor itu sendiri.
COMPRESSOR ROSAK
Ini senario yang paling teruk dan cukup mahal untuk dibaiki. Bukan hanya gas yang bocor, poket anda juga turut bocor sama. Compressor adalah komponen alat ganti yang paling mahal dalam sistem aircond kereta. Kebiasaannya kerosakan compressor boleh berlaku selepas kereta lama digunakan seperti 7 hingga 10 tahun.
Untuk elakkan kerosakan compressor, lakukanlah servis flushing sekurang-kurangnya setahun sekali. Ini bagi mengelakkan compressor rosak lebih cepat.
Semoga perkongsian ini memberikan manfaat buat anda.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI