Gambar: unsplash

Lelaki dan mesin pencukur memang tidak boleh dipisahkan.

Selain digunakan untuk membuang kumis, misai, janggut atau jambang, mesin pencukur juga digunakan untuk memastikan wajah bersih daripada bulu yang tidak diingini.

Dan disebabkan itulah mesin pencukur ini menjadi antara barangan wajib ada dalam simpanan lelaki.

Untuk memudahkan kawalan dan penggunaan, sudah tentu anda ingin mencari mesin pencukur yang efisien dan dapat memberikan kepuasan berganda.

Pastinya anda rambang mata untuk memilih kerana terdapat pelbagai jenis mesin pencukur dengan macam-macam inovasi yang dijual di pasaran.

Untuk mendapatkan cukuran yang rapi, ini antara mesin pencukur yang boleh anda pilih.

IKLAN

PHILIPS PQ217

Seleksi Mesin Pencukur Mudah Guna Yang Boleh ‘Serikan’ Wajah Lelaki!

Anda akan tampil lebih berkeyakinan setiap hari apabila menggunakan alat pencukur elektrik ini. Ia akan memberikan anda pengalaman bercukur dengan lebih selesa dan tepat. Ketajaman pada bilah pisau alat pencukur ini akan memberikan anda prestasi yang hebat kerana boleh bertahan lama sehingga dua tahun. Sangat memudahkan penggunaan kerana boleh digunakan tanpa wayar dan anda hanya perlu mengecas semula bateri selama lapan jam untuk penggunaan selama 30 minit.

PANASONIC SHAVER CARD ES-RC20

Seleksi Mesin Pencukur Mudah Guna Yang Boleh ‘Serikan’ Wajah Lelaki!Alat pencukur Foil Blade tunggal ini tampil dengan ukuran slim bersaiz kad nama. Ia digunakan untuk memotong rambut di bahagian dasar, bahkan pencukurannya lebih tepat dan bersih dalam waktu yang singkat. Mudah untuk disimpan kerana pencukur ini datang dalam beg kecil yang memudahkan penyimpanan. Hanya menggunakan dua bateri bersaiz AAA, anda boleh menggunakannya dalam perjalanan. Hadir dalam tiga pilihan warna iaitu merah, biru dan hitam.

FLYCO FS623

Seleksi Mesin Pencukur Mudah Guna Yang Boleh ‘Serikan’ Wajah Lelaki!

IKLAN

Alat pencukur elektrik ini sangat efisien untuk digunakan sama ada untuk cukuran pada janggut dan misai. Ia mudah dibawa ke mana-mana sahaja untuk memastikan penampilan wajah anda sentiasa kemas. Pada alat pencukur ini terdapat LED sebagai lampu indikator ketika mengecas untuk memudahkan anda mengetahui sama ada bateri sudah penuh. Mata pisaunya boleh dicuci setelah anda menggunakannya agar ia sentiasa bersih saat penyimpanan.

REMINGTON SMART EDGE XF8700

Seleksi Mesin Pencukur Mudah Guna Yang Boleh ‘Serikan’ Wajah Lelaki!

Ia menyediakan pencukur yang selesa pada tangan untuk penggunaan yang lancar dan memudahkan kawalan. Anda juga boleh menggunakan pencukur ini sama ada pada permukaan wajah yang basah ataupun kering, selain ia tidak menyebabkan kerengsaan pada wajah. Selepas penggunaan, anda boleh membersihkan pisau cukur dengan air paip tanpa sebarang masalah.

IKLAN

YOHOOLYO ELECTRIC SHAVER

Seleksi Mesin Pencukur Mudah Guna Yang Boleh ‘Serikan’ Wajah Lelaki!

Alat pencukur ini boleh membersihkan wajah sama ada menggunakan cukuran basah atau kering. Ia menggunakan bilah berbentuk U yang dapat mencukur secara menyeluruh dan rata.

BRAUN SERIES 9 9290CC

Seleksi Mesin Pencukur Mudah Guna Yang Boleh ‘Serikan’ Wajah Lelaki!

Alat pencukur elektrik yang tampil premium ini menawarkan pengalaman pisau cukur yang paling mewah dan efisien buat lelaki. Ia mempunyai lima alat pencukur untuk berfungsi untuk memotong rambut atau bulu-bulu pada wajah dengan fleksibel 10 arah. Cukuran akan menjadi lebih bersih dan rata dengan adanya teknologi getaran mikro khusus.

KEMEI KM-2024

Seleksi Mesin Pencukur Mudah Guna Yang Boleh ‘Serikan’ Wajah Lelaki!Alat pencukur elektrik ini bersaiz kompak dan ringan serta mudah untuk dikendalikan. Ia mempunyai pisau berkembar yang boleh digunakan dalam keadaan basah dan kering, sesuai untuk merapikan wajah, leher, dagu serta rahang dengan lebih sempurna. Ia juga dapat menahan percikan air dari segala arah dan boleh dibersihkan selepas penggunaan.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI