Minyak wangi berasaskan kayu atau ‘woody’ merupakan rahsia utama lelaki sejati. Ia hadir dengan elemen hangat, memikat, dan kaya aroma bumi.
Tidak terlalu kuat hingga mendominasi, tapi juga tidak terlalu lembut hingga hilang jejaknya. Ia adalah minyak wangi sempurna bagi lelaki yang mahukan haruman dengan karakter tersendiri.
Seperti namanya, haruman woody mengambil inspirasi daripada alam – kayu, daun, akar, malah sentuhan rempah dan mineral yang menyegarkan.
Ia adalah gabungan harmoni antara maskulin dan semula jadi, seksi tapi tetap tenang. Ibarat membawa keharuman hutan ke tengah kota, minyak wangi woody adalah senjata rahsia lelaki yang ingin meninggalkan kesan mendalam tanpa usaha berlebihan.
Walaupun berasaskan aroma kayu, banyak minyak wangi woody terbaik masa kini diolah dengan lapisan nota yang memperkaya haruman, menjadikannya lebih memukau.
Ada woody yang pedas, ada juga yang membawa aroma bumi yang mendalam, malah ada yang memberi sensasi segar bak titisan air.
Sebenarnya, ada haruman woody untuk setiap gaya dan suasana – siang atau malam, berani atau lembut, buah-buahan atau floral, atau mungkin sekadar klasik yang sederhana. Apa pun citarasa anda, cologne woody sentiasa ada untuk menyerlahkan keunikan anda.
Berikut MASKULIN kongsikan 5 minyak wangi berelemen ‘woody’ terbaik pada masa kini.
Ads
Tom Ford Oud Wood
Wangian ini adalah legenda – dengan nota bumi dari kayu oud yang jarang ditemui, sandalwood yang mewah, dan percikan pedas lada Cina.
Jika anda baru berjinak-jinak dengan dunia haruman woody, ini adalah pilihan permulaan yang sempurna. Dan jika anda seorang penggemar tegar, anda pasti sudah mengenalinya dan jatuh cinta sejak dulu lagi.
Chanel Bleu de Chanel
Chanel menangkap keindahan aroma kayu bumi dalam botol yang penuh keanggunan dan ketelitian. Haruman ini segar, maskulin, dan memukau, menampilkan aroma cedar yang aromatik dan sandalwood dari New Caledonia yang mewah. Wangian ini adalah simbol gaya dan kehalusan lelaki moden.
Ads
Million Gold by Rabanne
Wangian terbaru untuk lelaki yang memukau, dilancarkan pada tahun 2024. Haruman ini adalah kombinasi sempurna antara kehangatan cedarwood, keharuman segar mandarin orange, kelembutan sandalwood, dan sentuhan rempah yang menggoda.
Hasilnya? Satu aroma yang unik, berkarisma, dan dijamin meninggalkan jejak memori yang tak terlupakan.
Seperti seorang penakluk hutan – penuh kehangatan cedarwood, segar dengan aroma pine needle, dan ditutup dengan sentuhan manis benzoin. Haruman ini bukan sekadar wangian, ia adalah perisai kehebatan anda.
Cartier Pasha Noir Absolu Eau de Parfum
Berani, sensual, dan penuh misteri – ini adalah cologne woody untuk lelaki yang mencari sesuatu di luar kebiasaan.
Haruman ini memikat dengan gabungan unik kayu terbakar dan gula karam, mencipta aroma yang hangat dan menggoda dengan sentuhan pedas yang memukau. Pilihan ini bukan sekadar wangian, ia adalah manifestasi keberanian anda untuk menonjol.
Jangan lupa saksikan program realiti kecergasan paling mantap, ‘MASKULIN Who’s Your Bro’ yang akan mula ditayangkan bermula 29 November, setiap Jumaat jam 9 malam di saluran Astro Ria!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Bukan hanya wanita, lelaki juga pastinya berangan-angan nak miliki kulit wajah yang bebas jerawat dan licin bak putih telur. Tentu pelbagai cara telah anda cuba. Apa kata anda buat sendiri gel timun seperti yang dikongsikan lelaki bernama Nauf Safuan ini.
Bukan hanya miliki kulit wajah licin bak putih putih, gel timun ini juga boleh mengecutkan jerawat. Bahan yang digunakannya juga murah dan mudah untuk didapati.
Jom kita tengok cara membuatnya.
GEL TIMUN UNTUK DPT KULIT MACAM PUTIH TELUR
Gel timun ni sangat sesuai untuk dapatkan kulit kilat kilat macam ni sebelum raya. Kalau ada jerawat yang berleluasa kat muka tu pon boleh cuba pakai gel timun ni. Dan paling best. Gel timun ni boleh elak dari En J terus merebak. Pakai sebelah malam. Esok bangun pagi inshAllah En J akan segera kecut. Best kan?
Untuk yang ada masalah pori besar pun di galakkan untuk pakai gel timun ni. Sat ja pori akan mengecut dengan pemakaian secara konsisten.
Bahan-bahan:
1/2 biji timun
Aloe vera beli kat Watson @ Quardian
Penyagat
Cara penyediaan:
1. Sagat timun tu bagi habis. Kemudian asingkan air timun tu dengan hampas timun.
2. Amik air timun, campur dengan aloe vera.
3. Masukkan dalam bekas. Simpan dalam peti ais sebelum guna. Gel timun ni boleh bertahan 2 minggu kalau simpan dalam peti.
4. Pakai sekali pagi dan sekali sebelah malam sebelum tidur. Lepas ni tak payah risau muka tak flowless lagi.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Siapa yang lahir dengan wajah yang tampan dan susuk badan yang menarik sememangnya insan bertuah. Mereka ini cukup sekadar menjaga kebersihan diri dengan mandi sekurang-kurangnya 2 kali sehari.
Anda pula macam mana? Usahlah bandingkan dengan mereka ya. Tapi tak bermakna anda tidak boleh turut tampil kacak!
Bayangkan seharian anda sibuk dengan pelbagai tugasan kerja. Keluar pagi pulang senja. Andakah mandi sahaja sudah cukup untuk menjaga kesihatan kulit wajah?
Tahukah betapa berminyaknya kulit muka anda selepas sehari terdedah dengan pelbagai kondisi sekeliling?
Anda seharusnya tahu bahawa kotoran yang melekat pada wajah itu jika tak dibersihkan sebelum tidur boleh menyebabkan masalah kulit wajah.
Inilah antara punca mengapa jerawat dan pelbagai kondisi masalah kulit wajah berlaku. Bayangkan senario seperti ini. Anda keluar bersama rakan-rakan lepak di kedai mamak menikmati teh tarik. Atau bermain futsal sampai satu badan berpeluh.
Jadi semestinya anda perlu mencuci wajah anda sebelum tidur, bukan?
BERSIHKAN WAJAH
Tanpa sedar anda kerap kali atau sepanjang hari menyentuh kulit wajah. Ia membuatkan wajah anda salah satu bahagian yang paling kotor. Ia sangat penting untuk membersihkan wajah anda untuk mengelak penyebaran bakteria penyebab jerawat yang boleh memburukkan lagi cela pada keseluruhan wajah.
HALANG BAKTERIA
Mencuci wajah anda pada waktu malam akan mengurangkan penghasilan minyak dan menghalang penyebaran bakteria ke dalam liang-liang kulit yang boleh menyebabkan jerawat. Ini bermakna, anda boleh hindar munculnya jerawat di wajah!
Foto: reviewed.com
PROSES BAIK PULIH
Pada waktu malam iaitu ketika tidur, kulit wajah akan melakukan proses pembaik pulih dengan sendirinya. Jadi, adalah penting untuk wajah anda bersih agar kulit boleh bernafas membentuk tisu-tisu baru.
BANTU REGENERASI
Ketika tidur akan berlaku proses ‘regenerasi’ pada kulit wajah. Untuk kesan anti-penuaan terbaik, cuci wajah anda dengan pencuci lembut bebas sulfat atau gel pembersih AHA/BHA dan gunakan serum atau pelembap berprestasi tinggi.
KEKALKAN KELEMBAPAN
Ia juga bertujuan untuk mengekalkan lembapan kulit wajah. Jadi, cuci wajah anda dan kemudian sapukan pelembap sebelum tidur untuk memastikan kulit sentiasa lembat dan hidrat.
Tip Ekstra MASKULIN:
Jika anda rasa terlalu penat letih untuk cuci wajah setiap malams ebelum tidur, anda boleh lakukannya lebih awal sekitar jam 7 hingga 8 malam. Lebih baik daripada langsung tidak buat langsung.
Jadi jomlah ubah diri untuk tampil lebih menarik dan kacak! Subscribe YouTube MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Percaya atau tidak minyak wangi kini sudah menjadi salah satu daripada karakter diri seorang lelaki. Bauan yang kita bawa sebenarnya boleh menjadi pengenalan diri kepada oranglain.
Pernah tak bila terbau sesuatu jenis minyak wangi lantas anda akan teringat akan seseorang? Begitulah kuatnya kesan bau kepada memori kita. Ia merupakan deria yang sangat sensitif dan meninggalkan kesan yang cukup mendalam. Tidak nampak di mata, tetapi aromanya meresap ke jiwa.
Disebabkan itulah sangat penting bagi seorang lelaki yang menjaga penampilannya memilih minyak wangi yang sesuai dan baik. Bauan kini menjadi salah satu karakter yang cukup signifikan dala kehidupan seharian kita.
Terdapat tiga jenis karakter perfume yang asas sangat sinonim untuk lelaki. Ikuti perkongsian MASKULIN di bawah!
FRESH ATAU MENYEGARKAN
Antara bauan yang sinonim dengan karakter segar ialah Giorgio Armani Acqua di Gio. Sesuai untuk anda yang tak melakukan aktiviti terlalu lasak dan lebih banyak habiskan mada dalam pejabat.
Ya, lelaki juga boleh guna minyak wangi berbau bungaan. Tapi tidak semua jenis bau bunga yang sesuai. Buat lelaki bau bunga lavender mampu memberikan personaliti seksi kepada pemakainya. Dior Homme antara contoh perfume bau seperti ini.
WOODY
Minyak wangi yang paling sinonim dengan karakter maskulin dan kelelakian. Mampu menyerlahkan sifat kejantanan paling maksima kerana ia lebih keras dan mampu memberikan gaya keyakinan kepada pemakainya.
Anda juga tak seharusnya mengehadkan hanya satu jenis minyak wangi dalam koleksi peribadi. Tahukah minyak wangi juga mempunyai asas bau yang sesuai digunakan untuk majlis atau aktiviti tertentu?
Setiap minyak wangi mempunyai keistimewaan tersendiri. Sebagai contoh keberkesanannya di dalam kondisi atau persekitaran tertentu. Jika anda mahu elemen tarikan luar biasa di pejabat pilihlah bau woody.
Manakala untuk lebih santai dan bersahaja, bauan fresh paling sesuai buat anda. Dan jika anda ingin tampil seksi pada janji temu pilihlah bauan floral.
MAJLIS & AKTIVITI BERBEZA
Setiap majlis pastinya datang dengan tema berbeza. Sebagai seorang lelaki yang mementingkan karakteristik bauan pastinya anda ingin memilih minyak wangi sesuai dengan acara.
Majlis formal – bauan yang mempunyai sifat elegan dan eksklusif seperti Amouage, Creed atau Tom Ford.
Majlis tak formal – sesuai dengan bauan woody atau fresh yang sesuai dengan karakter anda. Antara pilihan sesuai Polo Sport Extreme dan Bleu de Chanel.
Aktiviti luaran – pilihlah minyak wangi yang menyerlahkan bau ketika anda berpeluh.
Diharap sedikit info ini boleh membantu anda untuk mencari minyak wangi yang sesuai buat diri anda. Usah fikirkan bajet kerana di pasaran sekarang terdapat pelbagai peringkat harga minyak wangi yang ditawarkan.
Jangan lupa untuk subscribe channel Telegram MASKULIN untuk update terkini!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.