Ramai di antara kita memang cukup peka dengan senaman melibatkan anggota badan. Namakan apa sahaja bahagian bada pasti ada senaman spesifik yang memberikan impak cukup besar kepada kita.
Tapi pernahkah anda memikirkan tentang kesihatan anggota deria lain yang penting seperti mata. Bagi anda yang kerja menghadap komputer seharian lamanya pasti akan terdedah dengan rasa penat pada bahagian mata.
Dan perkara inilah yang boleh menjadi punca mengapa mata anda boleh rabun. Usah risau kerana terdapat beberapa teknik senaman mata yang boleh membuatkan anda lebih relaks dan kurang stres.
Kelip mata selama 1 minit
Senaman ini membantu anda melancarkan peredaran darah. Apa yang anda noleh lakukan ialah, padang kehadapan dan kelip mata sebanyak dan sepantas mana yang boleh, tanpa memberi fokus kepada apa-apa keadaan dan barang sekitar anda selama 1 minit.
Jika anda fokus dengan kelipan mata anda, hasilnya mata anda akan lebih segar dari penat menghadap cahaya computer atau keadaan sekeliling. Antara sebab mengapa mata anda sering kabur penglihatan dan kering, adalah kerana anda tidak kelip mata anda selalu, sebab itu kadang-kadang mata anda akan penat.
Ads
Gerakkan kepala
Selain daripada kelip mata selama 1 minit, anda juga boleh gerakkan kepala anda untuk melancarkan perjalanan darah anda. Apa yang anda perlu lakukan adalah, gerakkan kepala anda atas dan bawah, 30 saat dan kiri kanan selama 30 saat, dan anda akan lengkapkan 60 saat untuk senaman ini. Dalam pada masa yang sama, mata anda perlu tegak kehadapan. Hanya gerakkan kepala sahaja.
Ads
Gerakkan mata anda
Kalau tadi anda menggerakkan kepala anda, kini anda perlu menggerakkan mata anda sahaja. Gerakkan atas bawah dan kiri kanan. Lakukan senaman ini selama 1 minit.
Setelah habis 1 minit pejam mata anda selama beberapa saat, dan kembali bekerja. Ini akan membantu ketegangan saraf mata anda kurang penekanan sedikit.
Ads
Pejam mata selama 30 saat
Pakar mata mempercayai pejamkan mata sekurang-kurangnya 30 saat boleh menguatkan photoreceptor cell yang membantu dalam penglihatan anda. Kepentingan biologi yang besar dari photoreceptors ialah mereka menukar cahaya (radiasi elektromagnet kelihatan) menjadi isyarat yang boleh merangsang proses biologi.
Jangan serabutkan fikiran anda dengan perkara-perkara negatif. Ini untuk anda yang selalu berdepan dengan komputer tanpa jemu.
Urut kepala anda
Ketegangan di bahagian mata akan menyebabkan anda sakit kepala. Jadi untuk senaman kali ini, apa kata kalau anda ambil masa beberapa saat untuk anda memicit kepala anda. Caranya picit bahagian kiri dan kanan di antara pipi dan dahi dengan jari selama 30 saat.
Gerakkan sambil menutup mata
Anda hanya perlu pejamkan mata dan gerakkan bebola mata atas dan bawah sebanyak 5 kali. Lakukan senaman ini 5-10 set. Mudah, kan?
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Berdasarkan komitmen dan keyakinan tinggi, skuad ragbi tujuh sebelah negara bertekad menukar sasaran pingat perak ditetapkan Majlis Sukan Negara (MSN) kepada kilauan emas di Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017).
Ketua Jurulatihnya, Mohd Saizul Hafifi Md Noor berkata, misi itu dapat dilaksanakan berdasarkan komitmen pemain dan prestasi semasa yang dipamerkan.
“MSN mensasarkan pingat perak di pentas Sukan SEA kali ini tapi kami bertekad melepasi jangkaan berdasarkan prestasi dipamerkan pemain sejak Januari lalu hingga kini.
“Pemain baharu yang dimasukkan membuktikan mereka mampu menyaingi pemain senior,” katanya pada sidang akhbar Team MAS di Hotel Renaissance, Kuala Lumpur, tengah hari tadi.
Saizul Hafifi berkata, kehadiran enam muka baharu – Mohamad Khairul Abdillah Ramli (scrum half), Muhammad Azwan Zuwairi Mat Zizi (wing), Muhamad Firdaus Tarmizi (wing), Muhammad Siddiq Amir Jalil (prop), Nik Mohd Shahiddan Mohd Zain (prop) dan Muhammad Zulhisham Rasli (prop) akan memberi nilai tambah kepada skuad sedia ada.
“Kami hanya mengekalkan enam pemain lama ketika di Sukan SEA Singapura lalu untuk kali ini. Saya percaya gandingan pemain senior dan baharu diserapkan ini mampu memberikan impak positif di Sukan SEA,” katanya.
Hadir sama pengurus pasukan, Amir Amri Mohamad dan dua pemain, kapten Zulkiflee Azmi dan Siddiq Amir.
Saizul Hafifi juga memaklumkan juara bertahan, Filipina, adalah pencabar utama kali ini kerana negara berkenaan menggunakan pemain naturalisasi.
Namun beliau optimis pemainnya akan memberikan aksi terbaik apatah lagi beraksi di hadapan penyokong sendiri di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).
Tidak dinafikan memang ramai gunakan serbuk kopi segera untuk dijadikan sebagai sumber minuman yang paling cepat sama ada di rumah mahu pun pejabat. Namun, kopi segera sangat bahaya untuk kesihatan.
Namun demikian, tidak semua orang tahu menyedari bahawa serbuk instant tersebut boleh mendatangkan bahaya kerana kandungan gula yang berlebihan.
Mana tidaknya, kandungan gula dalam setiap bungkusan serbuk minuman instant itu ialah 4.4 sudu teh gula atau kira-kira 80 kilo kalori.
Selain alasannya dapat membantu untuk membuatkan kita lebih bertenaga pada awal pagi, ini risikonya yang perlu anda hadapi jika selalu mengamalkan minum kopi segera.
Ramai yang menganggap minuman ini mampu memberi lebih tenaga padahal kesan placebomya cuma untuk sementara. Untuk mendapatkan tenaga yang sebenar, anda perlu mendapatkannya daripada sumber makanan. Bukannya menerusi minuman 3-in-1 yang penuh dengan gula semata-mata.
Sebarang kebaikan zat-zat besi tidak akan dapat diserap oleh badan. Minuman ini menyah segala bentuk zat besi yang diperlukan oleh badan. Tubuh yang kurang zat besi boleh membawa kepada masalah anemia atau kekurangan sel darah merah.
Bahan oxalates penyebab utama si tegar 3-in-1 kerap ke tandas. Buah pinggang anda pun tidak dapat bertahan dengan pelbagai kandungan ‘perosak’ dalam minuman tersebut. Jaga-jaga, ia juga boleh penyebab masalah batu karang.
Kebanyakan makanan dan minuman segera atau dalam tin mengandungi bahan kimia acrylamide. Menurut kajian kesihatan dari Belanda, toksik acrylamide dalam darah perlahan-lahan meningkatkan risiko kanser ovari dan kanser rahim. Acrylamide toksik yang sama ada dalam rokok!
Kebaikan kopi dalam setiap hirupan? Lupakan sahaja kerana kadar kopi dalam setiap bungkusan sangat sedikit dan tidak berkualiti. Kandungan minyak sayur hidrogenisasi faktor utama pengumpulan asid lemak tepu yang membahayakan kesihatan terus membuatkan anda mudah obesiti. Begitu juga dengan bahan makanan polifosfat merosakkan tulang dengan kadar asid yang tinggi.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Rehat panjang telah berakhir. Mungkin selama ini anda sibuk dengan kerja, komitmen keluarga atau sekadar hilang motivasi. Atau mungkin anda ada masalah kesihatan yang lain. Lalu aktiviti larian dan senaman angkat berat diabaikan.
Tidak mengapa. Adaberita baik untuk anda. Sebenarnya tubuh anda mempunyai ‘memori otot’ atau muscle memory dan ia bersedia untuk dibangkitkan semula!
Sebagai contoh ambil tempoh selepas setahun tidak aktif. Anda ingin kembali ke rutin kecergasan semula.
Ini memerlukan strategi yang bijak dan beransur-ansur. Jika anda terus berlari 10km atau cuba angkat bebanan lama anda, alamatnya bersedialah berdepan dengan segala macam kemungkinan kecederaan.
Usah risau, MASKULIN ada. Berikut kami kongsikan panduan ringkas dan padat untuk memastikan kepulangan anda ke trek dan gym adalah selamat, berkesan dan berkekalan.
Ini adalah tip paling penting. Kekuatan yang anda miliki setahun lalu mungkin akan kembali, tetapi bukan dalam sekelip mata.
Kaedah terbaik untuk memulakan larian semula adalah dengan menggunakan teknik ‘lari-jalan’.
Kaedah ini, yang disarankan oleh pakar larian, membolehkan jantung dan paru-paru anda membina stamina tanpa memberi tekanan impak yang berlebihan pada sendi, tulang kering (shins), dan lutut.
Pada fasa permulaan ini (4 minggu pertama), elakkan rutin perpecahan otot (body part split). Sebaliknya, fokus pada senaman seluruh badan (full body workout) sebanyak 3 kali seminggu.
Latihan hanya separuh daripada persamaan. Untuk badan anda pulih dan membina semula kekuatan lama, anda perlu:
Ingat, konsistensi melebihi intensiti. Lakukan sedikit setiap hari, dan anda akan terkejut betapa cepatnya badan anda pulih.
Semoga perkongsian dari MASKULIN pada kali ini dapat memberikan pengetahuan dan manfaat kepada anda. Ingat, usahlah terlalu tergopoh-gapah ingin kembali kepada tahap kecergasan yang lama.
Ambil masa, relaks dan lakukan mengikut kemampuan dan jadual seperti di atas.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
CABBEEN pop up The Starhill memperkenalkan pengalaman fesyen futuristik bersama 2AM dengan sneaker cetakan 3D, tailoring moden dan instalasi pop up eksklusif di Kuala Lumpur.