Salah satu masalah apabila menggunakan kusyen fabrik bagi kenderaan ialah timbulnya kesan comot selepas terkena tumpahan air mahupun hujan.
Pening dan tak mood nak duduk dalam kereta jika kusyen kesan kotoran. Nak beli yang baru tak ada bajet. Maklumlah kos untuk tukar seat satu kereta melibatkan kos yang tinggi. Biasanya situasi macam ni dialami setelah usia kereta sudah hampir 10 tahun.
Nak tahu cara nak jadikan seat kembali bersih dan baru, sudah tentu ada caranya!
Berikut adalah cara yang dikongsi oleh Cleaning Assassin, tak susah mana modal pun cuma dalam RM15 saja!
CARA PENYEDIAAN:
1. Buat chemical sendiri
Langkah pertama anda kena buat ‘chemical’ anda sendiri. Tuang sesudu sabun pencuci pinggan dan campur dengan air suam ke dalam satu bekas air saiz sederhana. Kacau sehingga sebati.
Ads
2. Semburan
Masukkan campuran kimia anda ke dalam botol spray. Kemudian spray rata ke seat anda. Ambil jarak dalam 6-8 inci dari tempat duduk.
3. Gosok guna berus lembut
Selepas itu, ambil berus yang lembut, gosok seat anda sehingga bersih. Bahagian yang kotor mungkin memerlukan menggosok berkali-kali. (Jangan guna berus yang mudah terlerai seperti berus sabut, ia akan melekat ke dalam seat jika terlerai)
4. Lap dan bilas
Lap dengan kain bersih yang dibasahkan dengan air suam. Bilas kain dengan kerap supaya kotoran tidak kembali pada seat. Ulang banyak kali sehingga kesan chemical hilang.
5. Guna tuala microfiber
Akhir sekali, lap dengan microfiber towel sehingga kering. Selesai satu seat, anda boleh beralih ke seat yang lain.
Ads
WOW, HILANG TANDA ‘PETA DUNIA’
KOS JIMAT SANGAT!
1.Sabun basuh pinggan (percuma, curi kat dapur)
2.Botol spray (percuma, ambil spray untuk iron baju)
3.Berus lembut (RM5)
4.Kain bersih (percuma, ambil kain yang lama)
5.Tuala mikrofiber (RM10)
Ads
Namun, setiap seat berbeza pengeluar dan material, jadi kesan tak akan sama. Kotoran yang dah lama dan terlampau banyak memerlukan usaha yang lebih untuk menghilangkannya
Hasil cucian ini tidak sama dengan cucian profesional berpengalaman yang menggunakan chemical dan mesin yang dikhaskan
Nota Penting:
Jika kusyen kulit anda sangat kotor atau rosak, pertimbangkan untuk mendapatkan khidmat profesional atau gunakan produk penyelamat kulit.
Sentiasa rujuk kepada panduan penjagaan yang disediakan oleh pengeluar kenderaan atau kusyen kereta untuk memastikan pemeliharaan yang betul.
Semoga langkah-langkah ini membantu anda membersihkan kusyen kereta dengan berkesan!
Jangan lupa untuk subscribe atau follow YouTube dan Instagram MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Komponen motosikal yang paling adalah absorber atau dikenali sebagai Penyerap Hentak. Ia menyumbang kepada kestabilan motor terutama ketika melalui permukaan jalan beralaun atau tidak rata serta ketika mahu memotong.
Kebiasaannya usia absorber mampu bertahan dalam tempoh tiga hingga lima tahun. Namun segalanya bergantung kepada cara anda menggunakan motosikal serta kekerapan penyelenggaraan dijalankan.
Jika menggunakan absorber yang masih elok, ia menjamin perjalanan anda dalam keadaan selamat. Ia juga untuk mengelakkan kemalangan boleh terjadi disebabkan kesilapan anda sendiri yang lupa untuk melakukan pemeriksaan ke atas motosikal
Berikut adalah beberapa tip yang anda boleh buat sendiri di rumah untuk periksa keadaan absorber sama ada masih elok atau lebih baik tukar baharu.
1. Perhatikan gerakan damperTekan hendal motosikal ke bawah & perhatikan gerakan damper. Jika bahagian spring melantun dengan cepat, itu menunjukkan absorber anda sudah rosak.
2. Absorber yang naik sepatutnya menganjal dengan perlahan
Ini menunjukkan nisbah dalam damper absorber masih dalam keadaan baik dan tiada simptom kebocoran.
3. Perhatikan Pengedap (Seal) Absorber depan
Jika terdapat lelehan atau tompokan minyak, seal itu harus diganti dengan segera.
4. Cuba tunggang motosikal melalui jalan berlubang atau tidak rata
Jika anda rasa lantunan yang melampau, disarankan untuk menukar absorber. Semakin banyak lantunan, semakin besar kerosakan komponen tersebut.
Harus diingatkan, jika anda menunggang dengan absorber yang sudah rosak, ia boleh memberi kesan pada jentera motor serta menyakitkan badan terutama di bahagian belakang badan serta pinggang.
Ingat, badan nak pakai lama!
Ikuti Maskulin di Facebook dan Instagram untuk dapatkan update terkini tentang lelaki.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Buat pemilik kereta membeli aksesori kereta merupakan perkara biasa yang ramai di antara kita lakukan. Ada sebenarnya yang langsung tak guna dan tak perlu belu pun!
MASKULIN dulu pernah kongsikan jenis-jenis aksesori yang bahaya dan berisiko untuk digunakan sehingga ia boleh menjejaskan proses tuntutan insurans jika berlaku kemalangan.
Kali ini kita ingin berbicara tentang aksesori yang paling tidak berguna dan membawa faedah dan kadangkala bersifat penipuan atau scam semata-mata.
MASKULIN tertarik dengan perkongsian dari pempengaruh automotif popular di TikTok iaitu James Alatin. Beliau menyenaraikan empat jenis aksesori yang langsung tak berguna dan berfaedah untuk dipasang atau digunakan.
Ikuti perkongsian dari beliau tersebut di bawah.
Aksesori yang kononnya boleh buat kereta jimat minyak sampai 50 peratus dan kuasa kereta boleh meningkat hingga 35 peratus. Dijual pada harga cukup murah iaitu sekitar RM30 aksesori mengarut ini biasanya di pasang pada bahagian ECU. Kalau betul aksesori ini berkesan alamatnya gulung tukarlah pengeluar kereta semua.
Salah satu produk yang sebenarnya langsung tiada logik di sebaliknya. Kononnya kad yang dijual sampai harga seratus lebih ini boleh digunakan untuk menjimatkan minyak kereta.
Sesiapa memasang aksesori ini didakwa mampu memperkuatkan kuasa pick up kereta menjadi lebih berkuasa dan mantap. Ini hingga ia digelar sebagai ‘surbo’ atau ‘trubo’ oleh mereka yang mendakwanya. Tapi satu perkara anda kena ingat, jika rosak sekali memang habis satu kereta.
Sama juga seperti dakwaan lain di atas jika dipasang ia dikatakan boleh tambah kuasa dan dalam masa yang sama mengurangkan asap keluar dari ekzos. Sama juga katanya bila pasang boleh tambah kuasa dan kurang asap. Benda tak terbukti dan hanya dakwaaan semata.
Kita sebagai pemilik kereta dan pengguna kena bijak memilih. Jangan mudah terpedaya dengan iklan yang nampak macam meyakinkan tapi sebenarnya sudah macam scam sifatnya
Nak pasang apa-apa aksesori buatlah research dahulu. Dunia zaman sekarang apa sahaja makulmat berada di hujung jari! Kalau tak beri kesan okay lagi tapi kalau jejaskan enjin kereta memang tak elok.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Berita tentang model 150cc milik Modenas sudah lama berlegar sejak 2016. Tetapi sayangnya, Modenas mengambil keputusan untuk menutup fail projek kapcai 150cc mereka.
Keterujaan pengguna tempatan untuk merasai teknologi Modenas bagi model kapcai 150cc akhirnya kecundang. Bagaimanapun, khabar terbaru yang diterima, pihak Modenas kini masih meneruskan pembangunan model kapcai berkenaan.
Namun, Modenas memilih enjin 175cc berbanding 150cc sebelumnya. Tentunya khabar ini bukan omongan kosong. Hal ini kerana beberapa foto pihak penyelidikan dan pembangunan (R&D) Modenas sedang melakukan ujian mula tersebar di laman sosial.
Tidak mustahil untuk Modenas memperkenalkan kapcai bersesaran 175cc. Tentunya Modenas menggunakan enjin 150cc sebelum ini yang dibangunkan di Austria. Berdasarkan maklumat yang diterima oleh penulis, asas pembangunan enjin Modenas tersebut bagi sesaran 125cc sehingga 250cc.
Untuk mendapat sesaran yang lebih besar, Modenas hanya perlu melakukan talaan pada gerek dan lejang serta blok.
Agak sayang sekiranya proses pembangunan enjin tersebut dihentikan begitu sahaja. Kerana penulis difahamkan pihak konglomerat DRB-Hicom telah melaburkan kira-kira RM20juta bagi membangunkan enjin prototaip tersebut.
Bahkan, pihak Modenas memerlukan baki kira-kira RM20juta untuk meneruskan ke peringkat pembinaan. Nampaknya, pihak Modenas mula mendapat semangat baharu selepas kerjasama dengan pihak Bajaj Auto mula mendapat sambutan.
Diharapkan projek kapcai 175cc berkenaan tidak terhenti di tengah jalan dan sekali lagi menghampakan peminat dua roda.
Ramai tidak sedar mereka melakukan kesalahan ketika menggunakan treadmill. Ketahui 5 kesalahan lazim yang boleh jejaskan prestasi, tingkatkan risiko kecederaan dan pelajari cara membetulkannya untuk hasil senaman lebih berkesan.