
Meraikan hari berbahagia dengan cara yang akan dikenang sampai bila-bila adalah impian setiap orang yang bercinta dan mendirikan rumah tangga.
Begitu juga dengan pasangan pengantin baharu, Alif Hakim bersama isterinya, gaya hebat cosplay Kamen Rider pilihannya disarungkan pada berbahagia itu.
Lindungi sebagai perwira
“Saya tiada impian. Tetapi, awak tahu, saya boleh lindungi pelbagai impian,” tulis Alif Hakim di laman Twitternya.
Dengan gaya superhero itu, ramai yang memuji aksi mereka berdua. Bukan sahaja nampak hebat malah isterinya pasti akan rasa selamat.
Tetap utamakan budaya Melayu
Meski pun gambar mereka sewaktu menjalani outdoor photoshoot tersebar, namun gambar sewaktu majlis mereka berdua turut menarik perhatian.
Alif dan isteri dilihat segak dan cantik berbusana Melayu namun kawan-kawan mereka, sporting hadir dengan watak cosplay masing-masing.
Gambar unik jadi perhatian
Dalam masa sama, terdapat beberapa gambar lain yang turut menjadi perhatian netizen dan beranggapan pasangan bahagia ini memiliki waktu yang sangat indah.
Sweet, bukan?
Anda pula bagaimana? Ada gambar-gambar photoshoot perkahwinan yang menarik? Apa kata kongsikan bersama Maskulin!
Selain Selalu Baca Al-Quran, Ini 4 Ciri Lain Hamba Allah Yang ‘Pergi’ Dalam Keadaan Husnul Khotimah

Dalam banyak-banyak perkara, Allah SWT merahsiakan tiga perkara iaitu, Jodoh, Rezeki dan Kematian. Kita seringkali memikirkan bagaimana untuk berjaya dalam hidup, meraih wang yang banyak hingga kita lupa bagaimanakah nanti pengakhiran kita pulan menghadap ilahi. Adakah kita pergi kepadanya dalam keadaan Husnul Khotimah?
Setiap muslimin dan muslimat yang masih hidup sentiasa menanam azam untuk pergi dalam keadaan Husnul Khotimah. Walaupun umum mengetahui tidak semua akan berolehnya, namun tidak salah untuk kita menanam hajat untuk mendapatkannnya.
BACA: Hari Jumaat Adalah Hari Lelaki Mudah Buang Lemak, Ini Kebaikan Jalan kaki Ke Masjid
Pada hari Jumaat yang mulia ini, MASKULIN ingin berkongsi sedikit apakah ciri-ciri muslim yang berjaya pergi menghadap Ilahi dalam keadaan Husnul Khotimah.
1. Solat tepat waktu
Jika anda seringkali solat tidak ikut masa, apa kata tukar habit kurang baik itu dengan cuba untuk solat di awal waktu. Kurangkan qada’ solat kerana anda sudah mungkar arahan Allah SWT yang menuntut kita sebagai hambanya untuk mendirikan solat menyerahkan diri kepadanya.
2. Melazimi bacaan Al-Quran
Walau sibuk manapun anda, pastikan cari masa untuk membaca Al-Quran. Kalau boleh dapat 5 baris ayat sudah mencukupi asalkan kita sudah cukup mendapat sedikit pengajaran darinya untuk dijadikan bekalan ketika di akhirat kelak.
3. Cintakan solat secara berjemaah daripada solat sendiri
Kita semua tahu pahala solat berjemaah lebih banyak daripada solat secara sendiri, namun masih lagi dapat dilihat ada yang suka solat seorang diri. Tahukah anda, solat berjemaah dapat menguatkan lagi hubungan antara kita sesama muslim.
4. Selalu solat tahajud
Antara cara lain untuk mendekatkan diri dengan Maha Pencipta adalah dengan mendirikan solat sunat tahajjud di sepertiga malam. Bayangkan ketika orang lain sedang nyenyak tidur, anda korbankan masa tidur untuk menunaikan solat sunat, pasti anda rasa bahagia sebab dapat ‘Privacy Moment’ bersama Allah SWT.
BACA: Memakai Wangian Ke Masjid Adalah Sunat, Kebaikannya Juga Sangat Banyak Terutama Pada Hari Jumaat
5. Sentiasa membasahkan lidah dengan Zikrullah
Sebagai orang islam, antara cara untuk kita rasa dekat dengan pencipta kita adalah dengan memperbanyakkan zikrullah kepadaNya. Cukup sahaja 33 kali anda zikir Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar dan Lailahaillah. Orang yang selalu mengingati Allah SWT, pasti akan rasa takut untuk melakukan kemungkaran, jadi banyakkan berzikir kepadanya.
Bukan Sahaja Baik Untuk Perut, Tetapi Untuk Masalah Jerawat Juga, Ini Rahsia Bayam Yang Ramai Tak Tahu!

Sayur Bayam tidak hanya kaya dengan zat besi malahan ia juga banyak membantu pesakit yang menderita anemia (Kurang sel darah merah).
Sayuran ini juga memiliki banyak nutrisi yang dapat meningkatkan kesihatan kulit dan melambatkan proses penuaan.
Jika anda makan banyak sayur bayam, diyakini badan anda lebih sihat hinggakan ada yang tidak menyangka walaupun umur sudah masuk siri keempat, orang masih mengganggap anda baru berumur awal 30-an.
Berikut adalah manfaaat sayur bayam yang bakal anda dapat jika ia menjadi salah satu diet wajib anda.
#1: Mencegah jerawat
Kandungan nutrisi sihat yang ada dalam bayam dapat membantu mengatasi pertumbuhan jerawat di wajah anda. Malahan ia juga dapat mengurangkan penularan minyak pada wajah serta menyegarkan kulit muka.
2. Mengurangkan eyebag / kantung bawah mata
Masalah tidak cukup tidur hingga membuatkan bawah mata anda terdapat eyebag boleh memusnahkan penampilan. Tidak kira kacak manapun wajah, kalau ada eyebag mesti susah nak ‘cover’.
Sayur bayam amat efektif dalam mengurangkan lingkaran hitam di sekitar mata anda. Selain itu, sayur ini juga mempunyai kandungan vitamin K yang tinggi. Satu magkuk bayam mengandungi hamper 900 Microgram vitamin K. Lelaki dalam sehari memerlukan 90 Microgram untuk kekal sihat.
#3: Mencerahkan kulit
Sayur bayam juga mengandungi zat besi yang tinggi. Sekaligus membantu penjanaan hemoglobin dalam darah. Nutrien sihat ini berfungsi untuk mengedarkan oksigen keseluruh badan termasuk kulit untuk membuatkan anda nampak lebih segar.
#4: Melambatkan penuaan
Kandungan vitamin A dalam bayam amat tinggi dan ia menjadi antioksidan untuk kulit manusia. Ia dapat menyihatkan sel-sel kulit serta membaiki sel yang rosak hingga membuatkan anda sentiasa nampak muda.
#5: Melancarkan proses pencernaan
Ia juga berupaya membantu anda ketika proses pencernaan. Anda tidak akan mengalami sembelit, namun kena pastikan anda tidak makan lauk pejal seperti daging secara berlebihan.
Jangan lupa follow kami di Instagram dan Facebook untuk mengetahui tip dan info terkini
Anak Kecil Boleh Juling Jika Dibiar Bermain Gajet Terlalu Lama, Kata Pakar Mata Ini

Pernah tak bila anda ke kompleks membeli belah dan ternampak anak-anak kecil berusia bawah 5 tahun asyik dan ralit bermain telefon pintar atau tablet?
Ya, perkara ini seakan sudah menjadi satu kebiasaan dan normal di dalam masyarakat kita. Hal ini mungkin terjadi kerana ibu bapa terutamanya di kalangan yang muda ingin anak-anak kecil mereka leka dan alihkan perhatian mereka.
Namun ramai tak tahu akan risiko yang dihadapi oleh anak-anak kecil mereka jika dibiarkan bermain gajet terlalu lama. Perkara ini mendapat perhatian dan dikongsi oleh seorang pakar mata, Dr Azlindarita Aisyah Mohd Abdullah. Beliau berkongsi tentang keresahannya dan kekecewaannya terhadap ramai ibu bapa yang seakan mengambil ringan akan hal ini.

Jadi apa peranan anda sebagai ketua keluarga dan lelaki?
Menerusi postingnya di Facebook yang turut yang dikongsi menerusi Facebook Medical Myhbusters Malaysia, beliau didatangi beberapa pesakit kanak-kanak yang mata mereka menjadi juling akibat dibiarkan bermain gajet sampai berjam-jam dalam sehari.
Lebih mengecewakan apabila ibu bapa kanak-kanak terbabit mula menyalahkan satu sama lain. Sebagai seorang pakar mata, Dr Azlindarita menasihatkan mereka dengan baik.
BACA: Mak Ayah Jangan Lembik, Terlampau Back Up Anak Buat Mereka Jadi Manja!
Terdapat 6 perkara PENTING yang dikongsi oleh beliau.
- Jangan biarkan anak-anak kecil berusia bawah 7 tahun bermain gadget MELEBIHI 2 JAM DALAM SEMINGGU kerana ia boleh beri risiko tinggi untuk rabun jauh.
- Apabila mata kabur akibat rabun, ada potensi jadi mata malas dan seterusnya boleh jadi juling. Dan apabila perkara ini berlaku anak-anak ini berdepan dengan ejekan di sekolah & mula rasa rendah diri.
- Hadkan penggunaan gadget kepada 2 JAM SEMINGGU sahaja untuk anak-anak berusia kurang 7 tahun.
- HARAMKAN gajet untuk anak-anak berusia BAWAH 2 TAHUN!
- Galakkan anak-anak bermain di bawah cahaya matahari untuk menggalakkan penghasilan dopamin dalam bola mata dan elakkan rabun jauh.
- Jika nak tengok TV, pastikan jarak adalah dalam 2 METER ATAU LEBIH.
Terima kasih Dr Azlindarita di atas perkongsian yang sangat berguna ini. Beliau merupakan pakar mata yang berkhidmat di Pusat Perubatan Universiti Malaya. Jadi kepada anda yang mempunyai anak kecil atau adik pastikan perkara ini diberikan perhatian yang serius.
Sebagai lelaki di dalam keluarga anda sebenarnya mempunyai peranan yang sangat besar untuk mengawasi tindak-tanduk dan tabiat anak-anak kecil di dalam rumah.
Jangan nanti bila sudah terlambat baru nak tergadah.
Berikut merupakan perkongsian asal beliau di Facebook.