Biarpun baru sehari disiarkan menerusi laman YouTube, lagu raya terbaharu ciptaan Apak Harry Khalifah dan Achoi Floor 88 semakin menuju ke arah trending.

Manakan tidak, Apak begitu pandai mencuri hati rakyat Malaysia dengan menampilkan penyanyi baharu, Fairuz Misran sebagai suara utamanya.

Lagu Baru ‘P. Ramlee Sabah’ Buatkan Peminat ‘Bintang Lagenda Hitam Putih’ Jatuh Cinta

Melekat sebagai klon P. Ramlee

Fairuz Misran yang berasal dari Sabah itu bukan sahaja dinobatkan sebagai Johan Bintang P. Ramlee Peringkat Kebangsaan pada tahun 2012.

Malah hobinya yang gemar menyanyi secara live lagu-lagu P. Ramlee membuatkan peminat bintang lagenda hitam putih itu sering terbuai dengan suara lunak P. Ramlee.

IKLAN

Akan hidup seribu tahun lagi

“Jika aku mati, aku akan hidup seribu tahun lagi,” Itulah ungkapan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee semasa hayatnya dan dipegang ramai peminat serta rakan seperjuangannya.

Lagu Baru ‘P. Ramlee Sabah’ Buatkan Peminat ‘Bintang Lagenda Hitam Putih’ Jatuh Cinta

Kata-katanya itu seolah-olah menjadi realiti sebaik sahaja Fairuz Misran dilihat sebagai susuk tubuh yang paling tepat untuk meneruskan legasi P. Ramlee.

IKLAN

Suara dan muka hampir 99% tepat

Semasa Fairuz Misran menjadi Johan Bintang P. Ramlee pada tahun 2012, kelibatnya mungkin tidak sepopular hari ini kerana konsep ‘viral’ belum wujud sepenuhnya.

Namun pada hari ini, ia seperti menjadi tuah bagi Fairuz Misran kerana suara lunak serta persis wajahnya saling tak tumpah seperti Allahyarham Tan Sri P. Ramlee.

Peminat jatuh cinta dan jadi ketagih

Menerusi ruangan komen di YouTube yang memaparkan lagu ‘Fairuz Misran – Indahnya Raya‘, rata-rata pelayar memberikan komen yang positif.

IKLAN

Selain akan repeat lagu tersebut berulang-ulang kali, pelayar YouTube juga beranggapan lagenda telah kembali.

Lagu Baru ‘P. Ramlee Sabah’ Buatkan Peminat ‘Bintang Lagenda Hitam Putih’ Jatuh Cinta

Lagu tersebut bukan sahaja menggamitkan irama lama semasa zaman Allahyarham Tan Sri P. Ramlee malah nyanyian Fairuz Misran harus dipuji kerana lenggoknya yang sangat tepat.

Sebagai peminat Allahyarham Tan Sri P. Ramlee, lagu ini ternyata menjadi kegemaran penulisan dan tak mustahil bukan jika ia menjadi trending pada top chart di YouTube!

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI