Closeup portrait of a man tying shoelaces

Hampir semua jenis aktiviti sukan dan senaman memerlukan kita menggunakan kasut. Jadi amatlah penting untuk kita memilih kasut yang sesuai. Ini kerana lain jenis aktviti bermakna lain jenis tapak kasut untuk keselesaan, keselamatan dan juga mengelakkan berlakunya kecederaaan.

Ya, menggunakan kasut yang betul dengan ciri-ciri tapak yang sesuai bukan sahaja melancarkan aktiviti sukan atau senaman tetapai boleh mengelakkan berlakunya kecederaan serius! Jika silap pakai kasut, lain pula jadinya nanti.

Sebagai contoh aktviti mendaki atau trailing. Jika anda menggunakan kasut larian contohnya, ia pasti membuatkan risiko untuk berlakunya kecederaan semakin tinggi. Setiap tapak kasut memainkan peranan sangat penting.

MASKULIN ingin kongsi tip dan video di bawah mengenai perbezaan tapak kasut bagi setiap aktviti yang kita lakukan.

LARIAN/RUNNING

Secara umumnya larian merupakan aktviti riadah yang boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja. Namun jika ingin aktif berlari setiap hari pada jarak yang agak jauh, anda perlu miliki sepasang kasut larian berkualiti.

Biasanya tapak kasut larian akan diperbuat daripada getah yang bermula dari hadapan hingga bekalang kasut. Getahnya perlu miliki cengkaman baik dari untuk keseluruhan permukaan tapak.

IKLAN

LATIHAN/TRAINING

Kasut jenis ini biasa digunakan untuk latihan di dalam gimnasium atau aktviti ringan outdoor. Perbezaan kasut ini dengan larian tidaklah terlalu besar namun ada signifikan tertentu yang penting.

Elemen tapaknya paling penting ialah getah yang ada perlindungan di bahagian hadapan dan juga belakang. Kasut latihan perlu memberikan keseimbangan yang baik untuk anda ketika melakukan pelbagai latihan senaman.

RIADAH/LESISURE

Kasut yang biasa dipakai secara harian. Tapaknya tidaklah terlalu lasak dan sesuai untuk kegunaan rutin. Kasut jenis ini memang tidak sesuai untuk digunakan bagi aktviti larian.

Ramai juga orang mengadu kasut mereka cepat rosak walhal menggunakan kasut tapak jenis ini untuk aktiviti lasak.

IKLAN

BACA: Amal Lima Jenis Senaman Ini, Pasti Six Pack Tak Segan Nak Muncul!

TRAILING

Aktiviti trailing atau meredah hutan kini semakin poular di kalangan pemiat aktiviti lasak. Bagi aktitivi jenis ini mereka memerlukan kasut yang mempunyai tapak sangat tahan lasak.

Selain itu iajuga harus mempunyai cengkaman baik bagi semua jenis permukaan sama ada rata, kering, basah mahupun licin. Binaannya juga lebih kuat dan tahan lasak. Elemen kalis air dan angin juga selalu ada pada kasut trailing.

IKLAN

FUTSAL

Untuk kegunaan latihan atau permainan biasa, kasut futsal indoor diperbuat daripada material kain atau mesh. Manakala bagi kegunaan yang lebih kompetitif diperbuat daripada
kulit atau kulit sintetik. Tapak kasut futsal perlu mempunyai cengkaman yang baik bagi mengelakkan anda terjatuh. Ia juga peru tahan lasak.

Lain Aktiviti Lain Jenis Tapaknya, Kenali Kasut Sesuai & Khusus Untuk Anda
Foto: master1305 – www.freepik.com

BERBASIKAL

Kasut berbasikal pula cukup unik dan berbeza berbanding kasut aktviti lain. Ia bukanlah digunakan untuk permukaan jalan tetapi lebih kepada pedal. Di bahagian tapaknya terdapat klip yang boleh dilekatkan pada bahagian pedal. Kasut berbasikal mempunyai lubang pada bahagian atas kerana ingin memudahkan air keluar jika melakukan kayuhan ketika hujan.

Buat anda yang ingin mencari kasut sukan yang MASKULIN nyatakan di atas boleh check out Sport Direct di sini!

Ikuti video penerangan daripada kakitangan mereka di bawah;

https://www.youtube.com/watch?v=ZmGn7E1z5Zc

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI