Dilahirkan dalam keluarga yang mengagungkan kesihatan dan kecergasan ibarat gen yang mengalir ke dalam tubuhnya. Steve Cook adalah antara ikon kecergasan yang kini laris diangkat menjadi idola, malahan ramai yang ingin menjadi seakan dirinya. Itulah impak sasa Steve Cook.

 

IMPI JADI INSPIRASI

Steve Cook..nama yang sering menjadi sebutan dalam arena kecergasan masa kini. Keghairahannya dalam bidang kesihatan dan kecergasan telah membawa dia merantau ke seluruh pelusuk dunia menyebarkan masej ‘hidup lebih sihat, hidup akan lebih gembira’. Malahan, Steve kini semakin aktif membantu memberi panduan dan tip kecergasan melalui pelbagai usahanya dengan badan-badan tertentu.

“Saya dilahirkan dalam keluarga yang amat mementingkan kesihatan, terutama sekali ayah saya yang sering ‘memaksa’ saya  untuk sentiasa aktif sama ada di trek, padang mahupun di gim. Ayah pernah menyuruh saya untuk melakukan ‘push up’ di hadapan orang ramai  ketika masa iklan di Monday Night Football. Rasa puas dan gesaan andranlin ketika itu memberikan saya kepuasan”, jelas Steve.

Bermain bola sepak untuk Dixie State College dan memiliki ijazah BS dalam Pengajian (Biologi / Psikologi) menawarkan Steve pengalaman berharga buatnya. Senaman dan diet permakanan yang betul telah mengubah hidup Stve dan terbukti menyokong motto hidupnya ‘Bigger..Faster..Stronger’.

Dibesarkan oleh seorang jurulatih dan pengarah atlet sedikit sebanyak membantu Steve mengembangkan kemahiran atletiknya dan mengubah dirinya menjadi sasa dna tegap seperti sekarang. Di bawah bimbingan ayahnya, dia mulai cemerlang bukan sahaja di padang, tetapi di gim pada usia yang sangat awal. Pushups adalah satu kemestian sebelum dibenarkan untuk menonton tv atau bergaul dengan rakan-rakan. Baginya, melalui pushup ‘minda-otot’ akan terhasil dan seterusnya menjadi asas kepada sukan bina badan.

Pada April 2010, walaupun mengalami kemurungan akibat penceraian dengan isterinya, ini tidak menghalang Steve dari terus melakukan apa yang diminatinya, sehinggalah dia memenangi tempat pertama di ABFF Show/Boise Golds Gym Classic dan melayakkannya untuk memiliki Pro Card. Selama tiga tahun berlangsung kariernya, Steve sudah bertanding dalam 7 pertandingan, dan memenangi hampir keseluruhannya.

DIET PERMAKANAN HARIAN

Hidangan  1:

8 Telur Putih, 2 Seluruh telur, 1 mangkun Bayam dan Omelet. 40g (1 / 2 cawan ) oat dengan cinamon

Hidangan 2:

(Pra senaman) 8 oz. Ikan putih talapia, 1 cawan sayuran dan 7 oz. (ditimbang mentah) kentang manis (atau 1 cawan beras perang)

Hidangan 3:

IKLAN

(Post senaman) 3/4 sudu Hydro-whey, 45 minit kemudian 4 oz. ayam, 1 cawan sayuran 7 oz. (ditimbang mentah) kentang manis (atau 1 cawan beras perang)

Hidangan 4:

Shake- 1.5 sudu lemak keju, apel dan badam 14g

Hidangan 5:

8 oz. Daging sirloin atau fillet

Hidangan: 7 oz. Ayam Belanda atau ikan dengan zaitun atau minyak.

 RUTIN SENAMAN

Isnin: Dada / Belakang / Perut: (Incline (DB or BB) Bench Press – 4 sets 8-15 reps / Wide Grip Pull Ups or Lat Pulldown – 4 sets 10-15 reps)

IKLAN

Selasa: Tangan dan otot perut  (DB or Military Press – 3 sets 8-12 reps / Lateral DB or Cable Raise – 3 Set 8-12 reps / Bent over DB Lateral or Pec Deck – 5 sets 10-15 / Front Raise – 3 sets 10-15)

Rabu: Quads dan perut (Stiff Legged Deadlift – 3 sets 8-12 / Back or Front Squat – 3 sets 12-20 /

Standing Leg Curl – 3 sets 10-15.

Khamis: HIIT Cardio (HIIT Sprints or Swimming (30-45 minit)

Jumaat: Dada, Belakang, Perut. Kardio (Incline (DB or BB) Bench Press – 4 sets 8-15 reps / Wide Grip Pull Ups or Lat Pulldown – 4 sets 10-15 reps)

Sabtu: Kaki (Hamstring Curls 4 x 10-12 / Stiff-leg Lying Leg Curls 4 x 10-12)

Ahad: Kardio

 

IKLAN

Senaman kegemaran:

‘Saya tidak punya apa senaman kegemaran, cuma saya akan mengubah julat rep, tempo dan perlu sentiasa memastikan otot saya boleh terima dengan setiap perubahan senaman yang saya lakukan’

 

PROFIL

Nama: Steve Cook

Asal: Boise, Idaho, United States of America

Tarikh lahir: 10 Disember 1984

Ketinggian:  6ft 1in

Berat: 204 lbs

Kerjaya: Model kecergasan, Jurulatih peribadi, Atlet Tajaan

Laman web: http://www.stevecookhealth.com/

 

QUOTE KEGEMARAN

“One man has enthusiasm for 30 minutes, another for 30 days, but it is the man who has it for 30 years who makes a success of his life.” – Edward B. Butler