Seni mempertahankan diri Muaythai sememangnya cukup popular dan mempunyai pengikut yang cukup ramai terutamanya di negeri Pantai Timur dan juga Utara. Setiap acara Muaythai yang dianjurkan kebiasaannya akan mendapat sambutan yang cukup hebat.

Itulah yang berlaku kepada sebuah penganjuran festivam Muaythai di negeri Terengganu. TFight Festival 2023 merupakan acara kejuaraan Muaythai yang telah berlangsung dengan cukup berjaya selama dua hari bermula 29 sehingga 30 September 2023 di Stadium Tertutup Gong Badak, Kompleks Sukan Negeri Terengganu.

Lakar Sejarah & Rekod Tersendiri, TFight Festival Berjaya Himpun Lebih 20 Ribu Pengunjung

Selain membuka persaingan sihat di antara atlet dan pengikut Muaythai, festival ini juga merupakan inisiatif yang cukup besar bagi menggabungkan nilai-nilai masyarakat dengan olahraga.

KONSEP & TRADEMARK

Menariknya penganjuran Tfight Festival 2023 turut mengetengahkan konsep dan trademark tersendiri iaitu ‘Sukan Patuh Syariah’ dan ‘Fit Is Sunnah’ diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Terengganu serta Majlis Sukan Negeri Terengganu.

Lakar Sejarah & Rekod Tersendiri, TFight Festival Berjaya Himpun Lebih 20 Ribu Pengunjung

IKLAN

Di antara kejayaan besar penganjuran Tfight Festival 2023 ialah mencipta rekod yang diperakui oleh The Malaysia Book Of Records apabila berjaya melakukan persembahan seni bela diri tanpa henti selama 16 jam yang bermula jam 9 pagi 29 September dan berakhir pada 1.02 pagi pada 30 September 2023.

Penglibatan sebanyak 11 buah persatuan dan pertubuhan seni mempertahankan diri di Malaysia seperti Taekwondo, Karate, Wusyu, Pertubuhan Seni Gayung Serantau Malaysia Terengganu, Judo, Karate PDRM, Muaythai dan Pesaka menjadikan acara ini menjadi lebih merah dan cukup bermakna.

Lakar Sejarah & Rekod Tersendiri, TFight Festival Berjaya Himpun Lebih 20 Ribu Pengunjung

“Kami bangga mengumumkan bahawa kehadiran pengunjung dalam acara ini mencapai angka luar biasa, sekitar 20,000 orang pengunjung dan pelancong yang hadir menyaksikan dan merasai semangat Tfight Festival 2023. Ini adalah penghargaan kepada semua yang terlibat dalam menjadikan acara ini kejayaan besar.

IKLAN

“Tfight Festival 2023 telah mencipta sejarah dalam dunia Muaythai dan menjadi contoh bagaimana olahraga boleh menjadi alat untuk mempromosikan nilai-nilai perpaduan pada masyarakat,” jelas Presiden Muaythai Terengganu Master Najmi bin Abdullah.

Lakar Sejarah & Rekod Tersendiri, TFight Festival Berjaya Himpun Lebih 20 Ribu Pengunjung

Pelbagai acara sampingan turut mendapat sambutan sepanjang program berlangsung, antaranya ialah Tfight Tranung Fit, Pencarian badan cantik – Mr. Awang Nelang, Busking Challenge, E-Sport Challenge dan banyak lagi.

IKLAN

Semoga lebih banyak penganjuran seperti ini boleh diadakan bagi merancakkan lagi sukan Muaythai dan seni mempertahankan diri secara amnya di Malaysia.

Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah ya!

@maskulinmy Cara Pemandu Formula 1 Kekalkan Kecergasan #maskulin #maskulinfitness #maskulinmy #maskulinmag #formula1 #f1 ♬ original sound – Maskulin

Kredit: Gempak

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI