Gaya Hidup

Lakukan Perkara Ini Apabila Pulang Ke Rumah Untuk Elak COVID-19 Tersebar Pada Baju & Cadar!

Share

Dalam satu kajian yang dijalankan di Amerika Syarikat mengatakan bahawa virus COVID-19 ini mampu bertahan di permukaan udara selama beberapa jam dan berada pada permukaan sehingga beberapa hari.

Disebabkan itulah orang ramai diminta untuk menekankan kepentingan penjarakan sosial, memakai topeng muka ketika batuk atau selesema dan sentiasa mencuci tangan dengan sabun atau memakai sanitizer terutamanya apabila berada di luar rumah.

Selain penjagaan diri di luar rumah, penjagaan diri dan permukaan rumah juga harus dititikberatkan agar rumah anda bebas sebarang kuman termasuk virus COVID-19.

Sekiranya anda pulang ke rumah, pastikan jangan terus baring di sofa atau katil bagi mengelakkan virus COVID-19 melekat pada permukaan cadar atau baju anda.

Sebaiknya, teruslah mandi dan rendam pakaian anda dengan air panas, diikuti dengan sabun atau detergen dan dijemur di bawah matahari.

Sekurang-kurangnya langkah-langkah penjagaan yang dikongsikan Public Health Malaysia ini dapat mengurangkan risiko sekali gus menghapuskan rantaian virus COVID-19.

Semoga perkongsian ini bermafaat untuk anda.

Terus ke tandas dan mandi

Katil dan ruang tempat tidur perlu bebas dari sebarang kekotoran dari luar rumah.

Selepas pulang ke rumah, jangan terus baring di katil atau sofa. Terus ke tandas dan mandi.

Pakaian perlu dibasuh dengan sabun dan di jemur di bawah matahari.

Lakukan langkah penting ini untuk elak COVID-19 pada pakaian

1. Basuh pakaian dalam air panas dengan suhu 60-90 darjah Celsius

2. Dengan sabun atau detergen

3. Jemur di bawah matahari atau mesin dryer dengan suhu yang tinggi

*Melalui terowong disinfeksi tidak terbukti mampu melakukan disinfeksi kuman

IKLAN