Walaupun Perintah Kawalan Pergerakan telah mula dilaksanakan sejak semalam, namun masih ada lagi segelintir orang ramai yang menjalankan aktiviti di luar rumah.

Ini boleh dilihat apabila tular di media sosial aktiviti orang ramai di luar rumah, seolah-olah tidak mengambil pusing dengan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan ini.

Apa yang membimbangkan, kesan daripada sikap sambil lewa ini boleh memungkinkan penularan wabak COVID-19 ini semakin meningkat.

Oleh itu anda dinasihatkan untuk tetap berada di rumah selama dua minggu sehingga 31 Mac untuk kita sama-sama membanteras penularan wabak yang menakutkan ini, selain memastikan kita sentiasa membasuh tangan.

Ikuti perkongsian Public Health Malaysia di laman Facebooknya tentang keupayaan virus corona ini yang boleh bertahan sehingga tiga jam di udara menurut kajian terkini.

Batuk menyebarkan 3,000 tititsan air dari mulut 

Setiap kali seseorang batuk, 3,000 titisan air halus akan tersebur keluar dari mulut. Titisan air ini boleh melekat di pakaian, permukaan barangan dan terus terkena invidu yang berhampiran.

Kajian Terkini Dakwa Virus Corona Boleh Bertahan Sekurang-kurangnya 3 Jam Di Udara

Virus corona bertahan 3 jam di udara

Kajian terkini menunjukkan, di udara virus corona boleh bertahan sehingga 3 jam lamanya. Sebab itu, anda disarankan untuk duduk di rumah dan mengelakkan berada di tempat awam yang sesak.

IKLAN

Basuh tangan dengan air dan sabun setiap kali anda menyentuh sesuatu

Kajian Terkini Dakwa Virus Corona Boleh Bertahan Sekurang-kurangnya 3 Jam Di Udara
GAMBAR: REUTERS

Manakala menerusi satu perkongsian artikel dari The Straits Times pula, dalam satu kajian baharu yang dijalankan di Amerika Syarikat mengatakan bahawa virus corona boleh kekal berdaya tahan dan berjangkit melalui titisan udara selama berjam-jam lamanya dan berada pada permukaan sehingga beberapa hari.

Para saintis dari National Institute of Alergy and Infectious Diseases (NIAID) iaitu sebahagian dari Institut Kesihatan Kebangsaan AS cuba untuk meniru virus yang diambil daripada orang yang dijangkiti dengan meletakkan pada permukaan di dalam rumah atau hospital menerusi batuk atau menyentuh objek.

Mereka menggunakan peranti untuk mengeluarkan aerosol yang meniru titisan mikroskopik yang dicipta dalam batuk atau bersin.

Para saintis kemudiannya menyiasat berapa lama virus itu kekal bertahan di permukaan ini, menurut kajian yang diterbitkan dalam talian di New England Journal of Medicine pada hari Selasa (17 Mac).

IKLAN

Boleh menjangkiti orang sekurang-kurangnya tiga jam

Ujian menunjukkan bahawa apabila virus itu dibawa oleh titisan yang dilepaskan apabila seseorang yang batuk atau bersin, ia tetap bertahan atau masih boleh menjangkiti orang sekurang-kurangnya tiga jam.

Pada plastik dan keluli tahan karat, virus ini mampu bertahan  dan boleh dikesan selepas tiga hari.

Pada kadbod pula, virus itu tidak dapat dikesan selepas 24 jam.

Manakala tembaga, ia mengambil masa empat jam supaya virus tersebut menjadi tidak aktif.

IKLAN

Pasukan penyelidik mendapati bahawa ia mengambil masa kira-kira 66 minit untuk separuh zarah virus tersebut hilang fungsi jika ia berada dalam titisan aerosol.

1 jam dan 6 minit, 3/4 daripada zarah virus pada dasarnya tidak aktif

Ini bermakna selepas satu jam dan enam minit, tiga perempat daripada zarah virus pada dasarnya tidak aktif tetapi 25 peratus masih mampu bertahan.

Jumlah virus yang boleh dijangka pada akhir jam ketiga akan turun kepada 12.5 peratus, menurut penyelidikan yang diketuai oleh Neeltje van Doremalen dari NIAID di Rocky Mountain Laboratories.

Pada keluli tahan karat, diperlukan lima jam 38 minit untuk separuh daripada zarah virus tersebut menjadi tidak aktif. Pada plastik, separuh hayat adalah enam jam 49 minit menurut penyelidik.

Pada kadbod, separuh hayat adalah kira-kira tiga setengah jam, tetapi para penyelidik mengatakan terdapat banyak variabiliti dalam hasil itu “jadi kami menasihati agar berhati-hati” dalam menafsirkan nombor itu.

Masa hidup yang paling singkat adalah pada tembaga, di mana separuh virus menjadi tidak aktif dalam masa 46 minit.

Sumber: Public Health Malaysia & The Straits Times 

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI