Nama pelakon komedi, Stephen Chow tidak perlu diperkenalkan lagi kerana individu ini sudah pasti mempunyai ramai peminat yang gemar menonton filem-filem komedinya.

Kali terakhir berlakon

Lama Stephen Chow Tak Berlakon Tapi Katanya Bakal Muncul Dengan Filem ‘Project D’

Sebelum mengambil keputusan untuk menjadi pengarah dan produser, filem terakhir lakonan Stephen Chow adalah pada 11 tahun lalu menerusi filem CJ7 (2008).

Kemudian, Stephen Chow hanya mengorak langkah dengan bertindak sebagai produser dan pengarah beberapa filem seperti The Mermaid dan Journey To The West : The Demons Striker Back.

Filem baharu Tahun Baharu Cina 2019

Lama Stephen Chow Tak Berlakon Tapi Katanya Bakal Muncul Dengan Filem ‘Project D’

IKLAN

Memasuki Tahun 2019, Stephen Chow kembali duduk di kerusi mengarah dan menulis naskah The New King of Comedy.

Sebuah cerita tentang dirinya bagaimana dia bermula sebagai seorang pelakon tambahan sebelum berjaya mencipta nama.

Bagi Stephen Chow, pelakon tambahan juga adalah seorang pelakon yang perlu bertanggungjawab dengan watak yang diberikan.

Muncul dengan filem Project D

IKLAN

Lama Stephen Chow Tak Berlakon Tapi Katanya Bakal Muncul Dengan Filem ‘Project D’

Kerinduan peminat untuk melihat Stephen Chow kembali ke layar perak pasti terubat menerusi filem terbaharunya untuk tahun 2019 ini juga iaitu ‘Project D’.

Project D adalah sebuah kesinambungan cerita daripada filem From Beijing With Love yang pernah diterbitkan pada tahun 1994.

IKLAN

Selain filem-filem Jackie Chan, filem Stephen Chow juga relevan ditonton sepanjang zaman. Aksi lawak luar biasa dan di luar kotak akal manusia tetap menjadi bahan ketawa.

Jika filem From Beijing With Love menampilkan cerita aksi penyiasat, pasti Project D mempunyai vibe yang hampir serupa.

Apa filem Stephen Chow kegemaran anda? Kalau penulis, selain Shaolin Soccer, God of Gamblers jadi pilihan.

Lama Stephen Chow Tak Berlakon Tapi Katanya Bakal Muncul Dengan Filem ‘Project D’

Terus terbayang scene mereka gosok-gosok kad untuk tukar imej pada daun terup dan watak pembantunya, Ng Man Tat pasti menambah tarikan pada setiap filem-filemnya!

 

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI