Bercakap tentang penjagaan kulit terutamanya wajah kaum lelaki suatu ketika dahulu sememangnya cukup terkebelakang. Tanya sahaja diri anda sendiri sejauh mana usaha menjaga kulit wakah terutamanya yang berminyak.

Kebanyakan kita biasanya hanya menggunakan pencuci muka semata. Itu pun besar kemungkinan hanya sekali sehari sahaja. Tapi zaman sudah berubah. Lelaki juga pasti tidak mahu kalah dalam hal penjagaan kulit.

Ia kini sudah sebati di dalam DNA lelaki moden yang mahukan kawalan sendiri terhadap apa yang mereka lakukan dalam kehidupan – terutamanya penjagaan wajah. Bagi membantu kaum lelaki yang ingin mendaptkan kulit wajah yang sentiasa tampil sihat dan segar pengeluar produk kecantikan dari Korea Selatan, Laneige memperkenalkan solusi terbaru.

Laneige Perkenal Solusi Terkini Untuk Kulit Wajah Berminyak

IKLAN

Leneige memperkenalkan koleksi terbarunya iaitu LANEIGE HOMME Oil Control Collection. Di dalam koleksi ini terdapat dua produk yang diangkat mereka sebagai solusi terbaik lelaki, Deep Cleanser dan All-In-One-Lotion.

Kedua-dua produk ini disasarkan untuk memberikan kesihatan kulit wajah di kalangan lelaki dengan menyingkirkan sebum berlebihan sepanjang hari.

Baru-baru ini MASKULIN sempat menyertai program istimewa yang dianjurkan oleh Laneige bagi memperkenalkan produk ini. Seramai lebih 30 tetamu jemputan hadir tang terdiri daripada personaliti seperti atlet MMA, Peter Davis, personaliti fesyen Andre Amir, peragawan dan pelakon Faiz Hak serta ramai lagi.

IKLAN

Laneige Perkenal Solusi Terkini Untuk Kulit Wajah Berminyak

Menerusi program eksklusif tersebut MASKULIN turut serta bersama-sama jemputan lain menyerta beberapa siri work out F-HIIT dari Epique Fitness yang dikenalikan oleh jurulatih kecergasan, Alando Atkinson.

IKLAN

Laneige Perkenal Solusi Terkini Untuk Kulit Wajah Berminyak

Selepas melakukan aktiviti tersebut, Laneige mempersembahkan demonstrasi dan penerangan tentang beberapa tip penjagaan wajah yang baik untuk lelaki dengan menggunakan LANEIGE HOMME Oil Control Collection.

Koleksi istimewa dari Laneige ini boleh didapati di semua kaunter Laneige dan butik di seluruh negara.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI