Mengapa saya masih belum kaya?

Sebagai permulaan, kita perlu memahami apa yang menghalang daripada mengecap kekayaan yang diingini? Sebagaimana doktor yang ingin merawat pesakit perlu mengetahui punca penyakit, kita juga perlu mengetahui punca kegagalan. Jadi, ambil sehelai kertas dan cuba senaraikan sebab-sebab “mengapa saya masih belum kaya?”.

Kemudian, lihat sebab atau alasan yang disenaraikan tersebut. Adakah ia berada di bawah kawalan kita atau disebabkan faktor luaran yang berada di luar kawalan?.  Orang yang berjaya biasanya akan bertanggungjawab sepenuhnya atas harta kekayaan mereka, manakala orang yang gagal akan sentiasa memberi alasan, menyalahkan orang lain dan merungut. Oleh itu, mulakan langkah menjadi jutawan dengan mempunyai minda positif dan bertanggungjawab sepenuhnya atas kejayaan diri sendiri.

Langkah Jadi Kaya Menjelang Usia 40-an

Kuasai ilmu pengurusan kewangan

1-Tetapkan Matlamat Kewangan Matlamat jangka pendek, sederhana dan panjang perlu ditetapkan dengan jelas mengikut konsep SMART (specific, measurable, achievable, realistic, time-bound)

 

2-Bina Pelan Kewangan yang berkesan Pelan kewangan holistik perlu merangkumi aspek aliran tunai, nilai aset bersih, pengurusan risiko, perancangan cukai, zakat, persaraan dan wasiat.

IKLAN

 

3-Tambahkan pendapatan dan kurangkan perbelanjaan Perkara paling asas dalam pengurusan kewangan adalah menambahkan pendapatan atau mengurangkan perbelanjaan supaya anda mempunyai lebih wang untuk simpanan atau pelaburan

 

4-Simpan dan tambahkan wang berlipat ganda Biasakan simpan dahulu wang gaji anda sebelum berbelanja. Apabila simpanan anda telah mencapai 6 bulan perbelanjaan bulanan, mulakan pelaburan yang berisiko rendah atau sederhana, kemudian yang berisiko tinggi apabila anda telah mendalami ilmu pelaburan serta sudah bersedia.

 

IKLAN

5-Strategi Pertahanan Malang tidak berbau. Aspek perancangan risiko penting untuk elakkan wang simpanan anda dihabiskan untuk kos kecemasan yang sepatutnya boleh ditanggung oleh syarikat insurans atau takaful dengan sumbangan bulanan yang sedikit. Jadi, sediakan payung sebelum hujan.

Langkah Jadi Kaya Menjelang Usia 40-an

Bina “Multiple Stream of Income”

Bergantung pada hanya satu sumber pendapatan adalah berisiko tinggi dan merbahaya. Bagaimana anda ingin meneruskan kehidupan sekiranya mengalami kemalangan, lumpuh dan dibuang kerja? Daripada mana anda boleh menjana pendapatan selain pekerjaan aktif anda tersebut?

Antara sumber pendapatan tambahan atau pasif yang anda boleh ceburi secara “online” atau “offline” :

IKLAN

-Servis atau konsultan

-Jual produk fizikal

-Jual produk digital

-Program dropship

-Program Affiliate

-Menulis buku

 

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI