LATIF 1
Foto: REUTERS

Sebagai seorang lelaki yang menghargai semangat juang dan kejayaan dalam hidup, anda pasti tahu betapa manisnya perasaan apabila melihat atlet Malaysia mengukir nama di persada dunia. Dan di mata kami, tidak ada ikon yang lebih menawan dan memberi inspirasi selain wira paralimpik negara, Datuk Abdul Latif Romly.

Atlet yang digelar ‘Raja Lompat Jauh Para’ ini baru sahaja sekali lagi membuktikan statusnya sebagai yang terbaik di dunia.

Pada Kejohanan Olahraga Para Dunia di New Delhi di India, Ahad lalu, Latif, yang kini berusia 28 tahun, melakar sejarah dengan melakukan lompatan sejauh 7.67 meter dalam acara lompat jauh T20 (kurang upaya intelektual).

Apa yang menjadikan kejayaan ini luar biasa?

Lompatan 7.67 meter itu bukan sekadar menjamin pingat emas, malah telah memecahkan rekod dunia miliknya sendiri!

Latif Romly Sekali Lagi Pecahkan Rekod Dunia Lompat Jauh!
Foto: REUTERS

Rekod terdahulu iaitu 7.64 meter yang dicatatkan pada Sukan Para Asia 2018 di Jakarta, kini hanya tinggal sejarah.

Ads

Bayangkan komitmen dan disiplin yang diperlukan untuk mengatasi prestasi diri sendiri—itulah mentaliti seorang juara sejati.

Sebenarnya, Latif sudah menunjukkan niatnya apabila terlebih dahulu memecahkan rekod kejohanan (7.61m) dalam lompatan pertamanya, sebelum ‘mengemas kini’ rekod dunia dalam lompatan ketiga yang gemilang.

Emas Kelima Dunia, Konsistensi Seorang Juara

Kejayaan di New Delhi ini adalah pingat emas kelima Latif di pentas dunia!

Ads

Ini bukan kejutan atau nasib semata-mata, tetapi satu pengesahan konsistensi luar biasa seorang atlet ikonik:

  • 2015 (Doha)
  • 2017 (London)
  • 2023 (Paris)
  • 2024 (Kobe)
  • …dan kini, New Delhi!
Latif Romly Sekali Lagi Pecahkan Rekod Dunia Lompat Jauh!
Foto: REUTERS

Legasinya kini tersemat kukuh. Latif bukan sahaja menewaskan pesaingnya seperti Hassan Dawshi dari Arab Saudi (perak, 7.36m) dan Matvei Iakushev (gangsa, 7.22m), tetapi beliau menewaskan batasan yang ada di minda orang lain.

BACA: Seleksi Kasut Larian ‘Waterproof’ Terbaik Pilihan MASKULIN

Ads

Kejayaan Latif Romly kini menjadi bukti bahawa dengan kerja keras, kecekalan, fokus yang tajam dan serta semangat yang tidak pernah mengalah boleh menjadi kunci kepada kejayaan.

Tidak kira apa pun cabaran yang dihadapi. Latif kini merupakan legenda dan ikon sukan negara yang menjadi inspirasi serta teladan terbaik untuk kita semua tentang erti sebuah keunggulan.

Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.

 

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Gentleman semua dah baca MASKULIN? Download dekat je senang

KLIK DI SEENI
Ads