Anda hidup bujang, tamat kerja jam 6 petang. Selepas itu pergi ke restoran atau kafe untuk makan malam dan akan sampai ke rumah lebih kurang jam 8.30 malam. Punyalah penat seharian di pejabat, tetapi itu bukan alasan untuk abaikan kesihatan dan kecergasan tubuh badan. Anda cuma perlu luangkan masa selama 30 minit sahaja untuk bersenam di rumah. Tidak perlulah ke pusat gimnasium sekiranya tiada masa yang banyak. Senaman apa yang sesuai untuk anda lakukan?
‘Bodyweight’ adalah alternatif pada senaman menggunakan alatan atau beban. Jadi, tiada alasan untuk anda elak melakukan senam dan terus mengekalkan bentuk badan yang menarik.
1-Dip Chair Single Leg Lift
-Senaman ini hanya memerlukan kerusi atau meja. Berdiri di hadapan kerusi dengan tangan anda memegang kerusi, kemudian angkat sebelah kaki anda.
-Rendahkan badan anda sedikit dan tolak kembali ke posisi asal. Fokus utama senaman ini adalah untuk membina otot di bahagian triseps dan anterior deltoid (shoulder).
-Anda boleh menambah intensiti dengan mengangkat sebelah kaki atau menggunakan sebelah sahaja tangan anda.
Ads
2-Push Press Single Arm
-Mulakan dengan posisi push up, kemudian tukar sebelah tangan. Fokus untuk satu bahagian dulu.
-Senaman ini membina otot di bahagian oblique, tricep dan core. Secara tidak langsung meningkatkan daya imbang badan dengan menggunakan sebelah tangan.
Ads
3-Spiderman Push Up
Sekiranya anda sudah biasa lakukan senaman push up, apa kata anda cuba lakukan Spiderman push up. Selain membina otot di bahagian dada dan triseps, Spiderman PushUps membina kekuatan pada abdominal, oblique serta flexibility pada otot kaki.
Ads
4-Jumping Squat
-Senaman ini lebih pada membina otot dan pembakaran kalori di bahagian kaki.
-Sekiranya anda tidak biasa lakukan senaman ini, mulakan dengan lompatan yang rendah dan kemudian tingkatkan lompatan ke udara sedikit demi sedikit.
-Jika ada berasa tidak selesa pada joint atau rasa sakit, lakukan normal squat sahaja. Seboleh-bolehnya cari tapak yang lembut untuk melompat seperti karpet atau rumput.
-Pakai kasut tapak tebal untuk mengelakkan kecederaan pada joint (penyambung) lutut anda.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Bila terdengar jeritan orang di sebelah, kaki terangkat di atas kerusi, tangan penuh dengan pop corn menutupi wajah adalah di antara gelagat yang bakal akan anda lihat apabila menonton filem seram hebat Pengabdi Setan ini.
Maskulin berkesempatan menonton filem arahan Joko Anwar yang sememangnya boleh dikategorikan sebagai bingkisan paling seram 2017 untuk filem berbahasa Melayu. Memang tidak boleh lupa wajah seram watak ibu yang sedang sakit terlantar menanti maut itu, ditambah dengan suasana suram, gelap dan mood muzik benar-benar membawa penonton terheret ke dalam kancah ketakutan.
Filem Indonesia yang pernah ditayangkan pada 1980 disutradarai oleh Sisworo Gautama Putra ini sangat popular pada zaman itu. Kini ia dihasilkan semula dengan suntingan lebih segar dan moden oleh pengarah kreatifnya Joko Anwar.
Mengisahkan mengenai sebuah keluarga yang dilanda musibah atas gangguan syaitan atas amalan khurafat yang diamalkan oleh sang ibu. Pelbagai masalah dan tragedi menyeramkan dilalui keluarga ini. Dihidupkan oleh watak-watak dinamik seperti Bront Palarae, Tara Basro, Dimas Aditya dan ramai lagi.
TOP 5 KENAPA ANDA WAJIB TONTON FILEM PENGABDI SETAN!
1.Set penggambaran adalah di sebuah rumah lama yang ditinggalkan lebih 20 tahun.
Untuk mendapatkan mood yang sangat seram, pengarahnya juga mahukan suatu yang realistik, jadi sebuah rumah lama dipilih untuk menghidupkan jalan filem ini. Selain mood seram, kru produksi turut diganggu makhluk halus semasa sesi penggambaran di lakukan.
2.Bront Palarae kini semakin dikenali sebagai #pengabdibapak di kalangan peminat di Indonesia
Disebabkan filem ini menerima banyak anugerah di Festival Filem Indonesia, Nama Bront Palarae turut menjadi sebutan dan semakin mendapat tempat di hati penonton di sana.
3.Terdapat entiti seram REAL yang tidak disengajakan dirakam dan difilemkan.
Kalau anda sudah menonton filem ini nanti, anda akan perasan beberapa kelibat entiti seram yang turut termasuk dan terakam di dalam filem ini. Di antaranya scene hantu bangkit di kuburan, bila dikira semula oleh kru terlebih seorang di dalam filem. Memang la seram!
4.Wajah ibu terlantar sakit yang memang dah macam hantu!
Pelakon Ayu Laksmi yang memegang watak sebagai ibu yang mengamalkan ilmu hitam ini didandan dengan solekan yang sangat menyeramkan. Tidak perlu banyak patah kata, ekspresi sahaja sudah cukup buat penonton menutup mata!
5.Jangan mudah terpengaruh dengan ajaran yang salah, kembali kepada jalan yang benar
Menyedarkan penonton agar tidak terlalu mengejar kesempurnaan hidup. Kita hidup pun hanya sementara, dekatkan diri kepada maha pencipta bukan selainnya.
MASKULIN SCORE : 4.3/5
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Masalah pigmentasi pada kulit adalah perkara biasa dalam kalangan kita, namun kehadirannya kerap tidak menyenangkan kerana bagi yang menghidapinya ia menjejaskan penampilan dan keyakinan diri kerana menyebabkan kulit kelihatan tidak sihat. Gangguan pigmentasi berkait rapat dengan bilangan pigmen pada kulit iaitu melanin yang dibentuk oleh sel dinamakan melanocytes (melanosit). Melanin juga sumber yang memberi seseorang itu kulit warna semula jadi.
Peningkatan bilangan melanin menyebabkan kulit bertambah gelap dan keadaan ini dinamakan hipermelanosis atau hiperpigmentasi, manakala kekurangan atau kehilangan melanin menyebabkan kulit lebih cerah dinamakan hipomelanosis atau hipopigmentasi.
Masalah pigmentasi yang kerap berlaku adalah melasma yang menyebabkan warna kulit lebih gelap, bertompok keperangan atau tidak sekata. Masalah ini juga lebih kerap dialami wanita dan hanya 10 peratus kes membabitkan lelaki disebabkan melasma biasanya berkaitan perubahan tahap hormon ketika kehamilan, pengambilan pil kontraseptif oral untuk mencegah kehamilan, terapi penggantian hormon dan gangguan endokrin.
Melasma mudah dikenal pasti melalui ciri tompokan perang muda atau perang kelabu pada bahagian kulit dahi, pipi, bibir atas, hidung dan dagu, manakala ujian biopsi menunjukkan peningkatan pigmen pada epidermis dan dermis dijalankan bagi mencari punca lain gangguan pigmentasi. Pakar kulit percaya, punca utama permulaan dan penularan melasma ialah pendedahan kepada cahaya ultra ungu (UV) matahari. Namun, melasma yang berlaku ketika usia remaja disebabkan faktor genetik dan menjadi lebih buruk akibat pendedahan berlebihan kepada cahaya matahari.
Malangnya, melasma tidak boleh disembuhkan, sebaliknya ia hanya boleh dirawat atau dikurangkan menerusi kaedah paling asas iaitu perlindungan daripada cahaya UV. Melindungi kulit dengan cara ini mampu mencegah melasma sedia ada menjadi semakin buruk, di samping mencegah melasma baru daripada terbentuk. Walaupun melasma berjaya dirawat, pendedahan kepada cahaya UV tanpa perlindungan boleh menyebabkan gangguan pigmentasi ini menyerang semula. Bagi melindungi kulit daripada cahaya UV, kita mungkin boleh menyapu krim pelindung, memakai payung atau topi ketika di luar rumah dan rawatan kosmetik lain termasuk pengambilan suplemen.
Seiring dengan perkembangan teknologi, rawatan untuk melasma kini lebih selamat dan berkesan, contohnya penggunaan karotenoid tidak berwarna yang diekstrak daripada tomato putih yang diubah suai bukan secara genetik. Karotenoid adalah pigmen organik yang ditemui dalam kloroplas dan kromoplas tumbuh-tumbuhan serta organisma fotosintetik termasuk bakteria dan kulat. Karotenoid juga puncawarna kuning, oren dan merah pada kebanyakan sayuran dan buahan seperti lobak, tomato, labu dan jagung. Pigmen organik yang biasa ditemui adalah beta karotina yang memberi warna oren pada lobak dan lycopene yang memberi warna merah pada tomato biasa.
Tomato putih mengandungi kepekatan tinggi karotenoid tidak berwarna iaitu phytoene dan phytofluene yang boleh memutihkan kulit, sebaliknya karotenoid oren atau merah pada tomato biasa mampu mengubah warna kulit kepada perang atau lebih gelap jika diambil dalam jumlah yang banyak. Phytoene dan phytofluene adalah bahan pencerah semula jadi paling cekap dan terbukti secara saintifik mendatangkan manfaat kepada kulit dengan bertindak sebagai pelindung daripada kerosakan disebabkan cahaya UV dan foto oksida.
Karotenoid ini juga menghalang sintesis melanin bagi mencegah tompokan pigmentasi dan mengurangkan kehadiran melanin dalam sel termasuk parut akne, jeragat, hitam bawah ketiak dan tanda penuaan. Kandungan antioksida dalam pigmen ini juga mencegah kerosakan akibat radikal bebas dan antiradang.“Kajian menunjukkan karotenoid tidak berwarna ini selain mengandungi antioksida dan antiradang, ia juga menyerap sinaran UVA dan UVB. Oleh itu, pigmen ini menyekat pembentukan melanin dan mengurangkan melanin sedia ada dalam sel. Data juga menunjukkan karotenoid tidak berwarna yang diambil secara oral akan memekat dalam kulit menyebabkan kulit semakin cerah.
Kesan pencerahan kulit bukan setakat di bahagian muka yang terjejas melasma, malah ia turut memutihkan keseluruhan tubuh. Walaupun manfaat utama karotenoid tidak berwarna adalah untuk mencerahkan kulit, tetapi kandungan antioksida juga mencegah pembentukan radikal bebas yang menjadi punca utama penuaan.
10 langkah mudah untuk mengekalkan kecantikan menggunakan tomato:
1. Bagi yang berhadapan masalah jerawat, cubalah petua ini. Lenyekkan tomato dan sapu pada seluruh wajah terutama di bahagian berjerawat, biarkan ia kering pada wajah selama 30 hingga 40 minit. Kemudian bilas dengan air suam, lakukan dua kali seminggu.
Tomato dapat menyejukkan kulit dan menyerap lebihan minyak pada wajah, hasilnya jerawat mengecut dan kulit menjadi licin.
2. Tomato juga membantu mengurang dan memudarkan bintik hitam pada wajah. Hanya potong tomato kepada dua bahagian dan ambil separuh daripadanya, sapukan pada wajah bermasalah. Jika dilakukan secara konsisten, bintik gelap semakin pudar dan kulit bertambah cerah.
3. Campurkan sedikit air perahan tomato di dalam putih telur dan sapu pada wajah, biarkan ia kering. Selepas itu, bilas wajah dengan jus lemon atau limau nipis. Akhir sekali bilas wajah dengan air suam. Kombinasi bahan ini membantu untuk mengecilkan liang pori kulit wajah.
4. Bagi mengatasi kulit kering, campurkan air perahan tomato dengan yogurt asli. Jadikan bahan ini sebagai pupur dan sapu pada seluruh wajah. Biarkan ia kering kira-kira 30 minit kemudian bilas dengan air suam. Ia membantu kulit lembap dan berseri.
5. Campuran jus tomato dan madu baik untuk mengatasi masalah ton kulit tidak sekata. Sapu bahan ini pada wajah, biarkan ia kering. Bilas dengan air suam yang dicampur dengan perahan limau nipis. Hasilnya, kulit cerah sekata.
6. Amalkan makan buah tomato pada waktu pagi kerana ia membantu menyingkirkan lemak di dalam tubuh. Jus tomato juga disarankan sebagai minuman harian bagi golongan yang mahu menurunkan berat badan.
Minum jus ini 15 minit sebelum makan, ia membuatkan anda berasa kenyang.
7. Bagi mereka yang mempunyai kulit kering dan bersisik, kembalikan kelembapan kulit dengan melenyek tomato dan lumur pada seluruh tubuh ketika mandi. Biarkan ia kering, kemudian bilas dengan air bersih. Lakukan seminggu sekali untuk melihat hasilnya.
8. Bagi merawat rambut kering dan bercabang, lumur jus tomato pada rambut dan balut dengan tuala selama 15 hingga 20 minit. Ia membantu rambut sihat dan bersinar.
9. Untuk masalah kelemumur pula, lenyek tomato dan sapu pada kulit kepala. Lakukan selama 15 hingga 20 minit, kemudian bilas dengan air bersih.
10. Bagi menghilangkan lingkaran hitam di bawah mata, lekapkan hirisan tomato yang disalut dengan yogurt asli pada mata. Ia mengurangkan kesan gelap dan membuatkan kulit cerah
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Definisi kacak atau hensem adalah sesuatu yang subjektif dan sangat luas pengertiannya. Ada kalanya lelaki itu kacak pada pandangan mata isteri atau pasangannya tetapi lelaki itu dilihat “biasa” pada pandangan mata wanita lain. Begitulah definisi kacak atau hensem.
Tetapi tahukah anda bahawa konsep kehenseman lelaki dan harapan mereka berbeza dari negara ke negara lain? Mari kita ketahui apakah perbezaannya!
Sekarang ini, jenis yang lelaki yang menawan dan sporty kehilangan daya tarikan mereka dengan wanita Amerika. Mereka digantikan oleh lelaki yang berbadan luas dengan tubuh yang kasar. Malah ada istilah khusus untuk menggambarkan wanita-magnet ini: ‘lumbersexuals.’
Kita bercakap tentang lelaki yang kuat, berkulit cerah dengan otot menarik-menarik, dan – ini sangat penting – janggut. Kod berpakaian harus memihak kepada seluar jeans, kasut kasar, dan baju kemeja.
Imej yang diiktiraf di peringkat antarabangsa seorang lelaki Brazil kacak melibatkan rambut gelap, mata coklat, dan seorang yang mempunyai suntan yang cantik. Walau bagaimanapun, wanita yang benar-benar tinggal di negara tropika ini kelihatan seperti lebih menggemarkan lelaki dengan mata berwarna terang dan mempunyai rambut keriting yang saksama. Mereka yang memiliki ciri-ciri ini dijamin mendapat perhatian wanita.
Untuk mencari lelaki, yang sama-sama menyerupai cita-cita kehebatan India – yang ala-ala filem Bollywood! Di negara ini, jika seorang pemuda mahu menjadi popular dengan jantina yang bertentangan, dia perlu berbadan tegap dan sederhana berotot. Selain itu, untuk mendapatkan sedekat mungkin imej macho India yang benar, anda perlu menggunakan gel styling setiap hari, cabut bulu secara kerap, tumbuh janggut kecil, dan yang paling penting – gunakan krim pencerah kulit.
Konsep kecantikan maskulin Sweden sejak kebelakangan ini telah mengalami transformasi tertentu. Hari ini, ia bukan hanya jenis Viking kejam yang popular dengan wanita, tetapi juga lelaki muda dengan, kadang-kadang, fizikal yang sangat langsing, dan sedikit kesedihan di mata mereka. Bagi tanda-tanda abadi dari sesetengah Sweden yang benar – mereka termasuk ketinggian, kulit pucat, mata berwarna terang, berambut perang, dan tulang pipi begitu tajam sehingga anda boleh memotong diri anda. LOL
Di Turki, untuk dipertimbangkan kacak, seorang lelaki wajib menjaga penampilan mereka dengan rapi dan memperhatikan gaya rambut. Pada masa yang sama, untuk benar-benar menarik perhatian wanita, rambut di dada mereka perlu dihapuskan tanpa ampun. Akhir sekali, wanita Turki diketahui untuk mengagumi lelaki yang kelihatan menggabungkan ciri etnik tradisional dan mata berwarna terang.
Di Itali, gelaran seorang lelaki yang tampan dan menarik boleh dianugerahkan kepada sesiapa sahaja yang menjaga penampilannya dengan baik. Ia adalah sebuah masyarakat, di mana kecantikan semula jadi adalah jauh lebih penting daripada keupayaan untuk kelihatan cool. Seorang lelaki Itali sentiasa segar dan berpakaian bergaya. Dia tidak takut untuk mengenakan pakaian menawan dan perhiasan berwarna cerah. Juga, dia bersedia menggunakan helah kecantikan wanita, seperti memetik kening, manikur, dan juga prosedur kosmetik dan suntikan. Macho Itali sering mempunyai tunggul yang ringan, atau janggut pendek, tetapi – rambut wajah mereka selalu kelihatan sangat kemas dan rapi.
Di sini, tidak ada kecantikan lelaki kasar dan kejam. Anda tidak akan melihat mana-mana lelaki yang berotot besar, janggut tebal, atau juga tunggul yang ringan. Sebaliknya, ciri-ciri maskulin super bergaya termasuk kulit licin; rambut yang bergaya (dan, selalunya, rambut dicelup); tipis, kadang-kadang walaupun rapuh, fizikal. Untuk menggembirakan wanita, lelaki tempatan malah menggunakan pembedahan plastik. Juga, lelaki Korea Selatan sangat akrab dengan penggunaan lip gloss dan eyeshadow. Dan, akhirnya, di negara ini, lelaki sangat khusus mengenai pakaian mereka, membayar duit dalam jumlah besar untuk barangan dari jenama terkenal.
Untuk menggembirakan wanita, lelaki-lelaki macho di UK memilih untuk kelihatan bersih, atau, seperti yang semakin popular hari ini, tumbuh janggut pendek. Mereka juga sering menggunakan produk self-tanning. Mereka cuba untuk tidak menaik berat badan tambahan, dan mengelakkan latihan otot yang berlebihan. Juga, ia adalah kebiasaan besar bagi orang-orang Inggeris moden untuk mempunyai tatu – hiasan badan ini tidak pernah gagal menarik perhatian gadis-gadis tempatan.
Anda mungkin berfikir bahawa, di Greece, lelaki tidak perlu meletakkan apa-apa usaha sama sekali untuk memastikan gadis-gadis di situ terpesona. Lagipun, kebanyakan lelaki di sana benar-benar cantik seperti patung-patung purba, atau tuhan-tuhan yang mereka gambarkan. Rambut yang gelap (atau agak berserat perak), mata yang berwarna gelap, ciri-ciri wajah yang mani, badan langsing dan gelap, dan, jangan lupa, profil Yunani yang terkenal – apa kombinasi yang hebat!
Lelaki Australia melawat ahli kosmetologi, bergaul di gim yang cuba mencapai otot yang sempurna, dan juga menjalani pembedahan plastik untuk mengubah bentuk hidung dan telinga mereka. Hasilnya bernilai: lelaki dari Down Under dianggap sebagai salah satu yang paling seksi di dunia.
Sumber: Bright Side
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Servis kereta sebelum balik kampung sangat penting bagi memastikan perjalanan raya lebih selamat. Ikuti checklist pemeriksaan kereta ini sebelum memulakan perjalanan jauh.