Jika anda perhatikan sekarang hampir setiap hujung minggu pasti akan ada acara larian. Sama ada acara larian kompetitif atau larian untuk suka-suka seperti fun run, ia sentiasa mendapat sambutan yang cukup baik.

Selepas lebih dua tahun tidak dapat menganjurkan dan menyertai program larian rakyat Malaysia kini dilihat begitu teruja memberikan sokongan. Pada hujung minggu lalu, MASKULIN sempat menyertai larian 5km di acara ‘Fun Run #GoHyper Splash Dash’ anjuran Hypergear.

Lebih 4,000 Rakyat Malaysia Meriahkan Fun Run #GoHyper Splash Dash Dengan Semangat Keluarga Malaysia

Walaupun hujan renyai-renyai turun membasahi lokasi acara di Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS) namun ia sedikit pun tidak melunturkan semangat peserta.

Menurut pihak penganjur lebih 4,000 rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai peringkat usia, kaum dan juga latar belakang telah sama-sama menjayakan larian ini.

Lebih 4,000 Rakyat Malaysia Meriahkan Fun Run #GoHyper Splash Dash Dengan Semangat Keluarga Malaysia

IKLAN

LARIAN RIANG

‘Fun run’ ini juga bukanlah seperti biasa kerana ia turut dimeriahkan dengan ‘Splash Dash Edition’. Di beberapa lokasi pelari ‘dihidangkan’ dengan pancuran air dari krew menggunakan pistol air dan juga stesen pancur air.

Lebih menarik, larian ini juga mempromosikan keakraban keluarga dan masyarakat bertepatan dengan tema Hari Kebangsaan iaitu ‘Keluarga Malaysia Teguh Bersama’. Larian yang disifatkan penuh dengan aura kegembiraan ini turut memberikan peluang untuk peserta mengabadikan foto bersama-sama dengan suasana MAEPS yang cukup indah.

Lebih 4,000 Rakyat Malaysia Meriahkan Fun Run #GoHyper Splash Dash Dengan Semangat Keluarga Malaysia

Menurut Pengarah Urusan Hypergear Malaysia, Jack Lee, pihaknya melahirkan rasa teruja dan cukup gembira melihatkan sambutan luar biasa diberikan oleh lebih 4,000 rakyat Malaysia yang melakukan larian.

IKLAN

Beliau juga turut membayangkan lebih banyak acara menarik melibatkan aktiviti mendaki, menyelam dan pelbagai lagi yang mempromosikan gaya hidup sihat akan dijalankan pada masa akan datang.

Bersempena dengan semangat Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia yang masih hangat dirasakan, sebahagian daripada kutipan acara ini akan disumbangkan kepada Team #KeluargaMalaysia bagi memberikan sokongan untuk misi ekspedisi mereka ke Antartika.

Lebih 4,000 Rakyat Malaysia Meriahkan Fun Run #GoHyper Splash Dash Dengan Semangat Keluarga Malaysia

IKLAN

Hypergear Malaysia turut mengumumkan sokongan ini cukup bermaksa kerana Team #KeluargaMalaysia bakal menjadi trio pertama mendaki dan menawan Vinson Massif, gunung tertinggi di Antartika.

Lebih 4,000 Rakyat Malaysia Meriahkan Fun Run #GoHyper Splash Dash Dengan Semangat Keluarga Malaysia

Ekspedisi tersebut turut membawa mesej dan kesedaran tentang impak pemanasan global. “Kami di Hypergear menyokong penuh misi Team #KeluargaMalaysia dan mengucapkan selamat maju jaya kepada mereka. Kami juga berharap generasi akan datang akan terus meneruskan usaha untuk menjayakan hidup lebih sihat dan menyatukan komuniti,” tambah Jack lagi.

Untuk rekod, Hypergear juga pernah menyokong dan berkolaborasi dengan beberapa organisasi sukan dan sosial seperti MAD Dodgeball National Team yang baru sahaja pulang dari kejohanan antarabangsa di Kanada serta pemain bola sepak gaya bebas atau freestyle terkenal. ZeemAhmad.

https://www.youtube.com/watch?v=6En-d8vBdmY&t=5s

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI