Anak mak.

Sejujurnya bila perkataan ini dilontarkan ia sering membawa konotasi yang agak negatif. Kadangkala orang yang dibeikan gelaran ini seolah-olah hilang sedikit sifat maskuliniti mereka.

Definisi anak mak biasanya diguna pakai kepada lelaki yang tidak boleh berjauhan dengan ibu mereka. Atau bila berdepan dengan apa jua masalah atau ingin meluahkan mereka mencari mak.

Dan kebiasaanya mereka sering diejek dan lebih teruk dipinggirkan oleh rakan-akan lelaki lain kerana dianggap tidak matang dan kurang kejantanannya.

Kajian mendapati bahawa lelaki yang tidak rapat dengan ibu mereka merupakan lelaki yang bermasalah, dan mereka yang bergelar anak mak juga tidaklah baik seperti yang disangka. Namun, ramai antara mereka yang menjaga hubungan baik dengan ibu, adalah seorang yang bertanggungjawab dan memahami wanita.

IKLAN

Lelaki Anak Mak Sukar Rapat Dengan Wanita, Betul Atau Salah?

Satu kajian telah dibuat di Eropah dimana wanita yang berhubungan dengan lelaki yang digelar sebagai anak mak ini menyusahkan. Lelaki tersebut akan melakukan apa saja untuk ibunya.

Ada antara masa-masa yang terpaksa dihadapi adalah lelaki tersebut membatalkan temu janji mereka semata-mata si ibu menyuruh lelaki itu duduk rumah bersamanya. Adakah lelaki seperti ini mempunyai hubungan yang sihat bersama ibu mereka?

IKLAN

Lelaki perupakan manusia yang tidak gemar pada perkara remeh. Bagi mereka, segala-galanya adalah simple. Jika dia seorang anak mak, agak sukar untuk dia rapat dengan seorang wanita. Ini kerana mereka yang sering mengikut kehendak wanita (ibu) akan mudah marah dan naik angin.

Antara sebabnya adalah lelaki tidak dapat melawan kehendak ibu mereka, dan akhirnya amarah itu dihalakan kepada teman wanita. Tentunya, wanita akan berasa seperti tidak adil dan dikhianati. Maka ia tidak baik untuk pasangan kerana ia akan membuatkan teman wanita anda lari.

Lelaki Anak Mak Sukar Rapat Dengan Wanita, Betul Atau Salah?

IKLAN

Untuk menghindarkan diri dari marah, setiap anda harus bijak dalam menggunakan perkataan “tidak.” Seorang lelaki yang bertanggungjawab dalam masa yang sama menutamakan ibu dari segala hal bijak dalam menidakkan kehendak ibu. Jika anda tahu ia salah, maka pertahankan hak anda. Buat ibu anda faham dan jika ia membawa kepada pembaziran contohnya dalam membeli barang rumah, maka anda perlu bersuara.

Biasanya wanita takut untuk cenderung kepada lelaki jenis ini kerana mereka akan mengikut kehendak ibu mereka walaupun telah bergelar suami orang. Akibatnya wanita yang menjadi isteri mereka terpaksa berhadapan dengan masalah keluarga terutama ibu mertua. Sifat takut wanita ini akan membuatkan ramai lelaki yang mengutamakan ibu mereka tidak menjadi pilihan.

Anda silap wanita! Anak mak merupakan lelaki yang bertanggungjawab dan sangat memahami wanita. Lelaki yang rapat dengan keluarga menunjukkan mereka tahu erti tanggungjawab dan setiasa faham masalah kewangan. Jangan mempunyai fikiran bahawa anak lelaki yang tidak endahkan keluarga mereka akan kekal menyayangi anda sehingga ke akhirnya. Masih ingat dengan pembelajaran asas bermula dari rumah?

Lelaki Anak Mak Sukar Rapat Dengan Wanita, Betul Atau Salah?

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI