Sebenarnya dalam hal ini, sesiapa pun boleh berlaku curang jika dia memilih untuk melakukannya. Ini di antara sebab paling kerap kita dengar kenapa pasangan anda berlaku curang!
1 PJJ
Perkahwinan jarak jauh, bila berjauhan terlalu lama pasangan semakin kuat diuji. contohnya lelaki diuji dengan wanita lain yang dekat dengannya. Mereka perlukan nafkah batin menjadikan alasan berkahwin lain sebagai alasan menyalurkan kehendak seks. Isteri yang jauh pasti tidak dapat menghidu kecurangan suami kerana sibuk menguruskan rumah tangga dan anak-anak berseorangan tanpa suami di sisi.
2.Kurang layanan mesra
Ads
Di dalam hati lelaki pasti ada keinginan dilayan seperti begini dan begitu, tetapi tidak tercapai sepenuhnya kerana pasangan sibuk dengan anak-anak dan urusan rumah tangga sehingga badan berbau busuk ‘ikan’ kononnya. Mereka memberi alasan kekurangan penampilan dan penjagaan diri pasangan sebagai alasan terpikat pada wanita yang berbau wangi.
3.Kewangan
Ads
Ada kes lelaki terpaut dengan wanita lain kerana wanita itu mampu memberi wang dan memenuhi keinginan hidupnya (sebelum ini dia agak bermasalah dalam ekonomi rumah tangga). Oleh kerana dikelabui harta dan kedudukan (wanita berpangkat) golongan ini sanggup meninggalkan isteri dan anak-anak. seolah-olah memperoleh hidup baharu yang lebih bahagia.
4.Reunion group
Ads
Satu projek malapetaka jika disalahgunakan. Berapa banyak kes kecurangan dilaporkan kerana perjumpaan kawan-kawan lama. cinta lama berputik kembali kerana tidak dapat menguruskan secara profesional hubungan biasa semakin intim sehingga berantakan rumah tangga. Cuba elakkan lelaki dan wanita yang sudah berkahwin berhubungan secara intim di media sosial dan mengadu dumba kisah pasangan mengharapkan belas ehsan.
Kita sering mendengar gesaan untuk mengurangkan pengambilan gula dan garam dalam diet seharian. Jika gula sering dikaitkan dengan penyakit kencing manis, pengambilan garam berlebihan pula terbukti boleh merangsang masalah tekanan darah tinggi. Hipertensi atau tekanan darah tinggi antara penyakit senyap yang boleh membunuh kerana ia mampu menimbulkan pelbagai masalah kesihatan lain tanpa tanda amaran. Ramai tidak sedar mereka mengalami tekanan darah tinggi. Walaupun ia boleh diketahui melalui pemeriksaan mudah yang mengambil masa beberapa minit, ramai tidak menganggapnya sebagai perkara penting.
Kebanyakan kita mengambil garam melebihi apa yang diperlukan? Kajian Kementerian Kesihatan (KKM) menunjukkan penduduk Malaysia mengambil 8.7 gram garam sehari. Ia adalah 1.7 kali lebih tinggi daripada lima gram garam sehari yang disarankan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
Tekanan darah tinggi adalah faktor terbesar menyumbang kepada kematian pramatang iaitu mati pada usia yang lebih muda. Kebarangkalian mereka yang meninggal dunia berusia antara 30 hingga 70 tahun daripada empat penyakit tidak berjangkit utama (NCD) iaitu diabetes, kardiovaskular, penyakit pernafasan kronik dan kanser adalah kira-kira 20 peratus. Sodium biasanya terdapat dalam garam, tetapi ia juga boleh didapati dalam penambah rasa, makanan proses serta makanan dalam tin.
Salah satu cara untuk mengurangkan pengambilan natrium adalah dengan memakan makanan segar dan mengurangkan penggunaan garam. Memeriksa label makanan antara cara lain untuk mengetahui dan membandingkan tahap natrium dalam makanan. Garam dan bahan penambah rasa boleh digantikan dengan perisa semula jadi seperti herba dan rempah-ratus. Selain itu, tiada istilah garam ‘sihat’ kerana kebanyakannya mempunyai kandungan sodium yang sama.
Orang dewasa disaran mengambil tidak lebih daripada satu sudu kecil garam sehari bersamaan dengan 5 g garam atau 2,000 mg natrium mengikut panduan pengambilan garam yang disarankan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 2012. Jumlah ini merangkumi natrium yang wujud secara semula jadi dalam makanan dan juga yang ditambah sewaktu pemprosesan atau memasak makanan.
“Walaupun garam penting untuk metabolisme tubuh, pengambilan garam berlebihan boleh meningkatkan risiko tekanan darah tinggi. Penyakit terbabit juga adalah faktor risiko mendapat strok, serangan jantung, kegagalan jantung, buta dan kegagalan buah pinggang,”
“Mengurangkan pengambilan natrium boleh menurunkan tekanan darah dan merendahkan risiko penyakit. Penambah rasa juga bukan saja mengenakkan makanan, malah ia murah. Pengurangan natrium jangan sampai tidak ambil langsung kerana boleh mengakibatkan masalah hyponatremia.
“Hyponatremia adalah tahap garam dalam darah terlalu rendah sedangkan garam adalah elektrolit yang membantu kawalan jumlah air dalam sel tubuh. Akibatnya, pesakit akan berasa loya dan muntah, sakit kepala, keliru, tidak bertenaga, otot kejang, sawan dan koma,”
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
MAKANAN SEIMBANG ADALAH MAKANAN YANG MEMBEKALKAN CUKUP ZAT UNTUK KEPERLUAN BADAN SETIAP HARI. ANTARA KEPENTINGAN PENGAMBILAN MAKANAN SEIMBANG:
PEMBESARAN FIZIKAL LEBIH SEMPURNA
Tubuh perlu menerima semua zat yang diperlukan untuk membina badan yang kuat dan sihat. Keupayaan fizikal ini membolehkan kita menjalankan tugas dengan baik dan sempurna. Pemakanan seimbang menjadikan fizikal seseorang itu lebih baik dan sihat berbanding individu yang kurang menjaga aspek pemakanan.
MENYEDIAKAN VITAMIN MENCUKUPI KEPADA BADAN
Keperluan vitamin mencukupi ini menjadikan tubuh manusia lebih berdaya tahan untuk menghadapi sebarang jangkitan penyakit atau dengan kata lain, tidak mudah jatuh sakit.
MAMPU MENGAWAL OBESITI
Salah satu aspek utama pemakanan seimbang adalah keperluan mengambil makanan berkhasiat secukupnya, mengikut keperluan badan dan bukannya berlebihan.
Kawalan pemakanan menjadikan tubuh seseorang itu ideal dan mudah menjalankan pelbagai aktiviti cergas yang mampu menyihatkan badan, sekali gus menghindarkan obesiti.
PERKEMBANGAN MENTAL TIDAK TERGANGGU
Kekurangan zat makanan tertentu boleh membuatkan seseorang cepat letih fizikal dan mental. Keadaan ini menjadikan seseorang itu gagal berfikir untuk menyelesaikan masalahnya dengan lebih berkesan.
Selain empat manfaat di atas, amalan pemakanan seimbang dan sihat juga memberi kesan kepada berat badan ideal yang menjadi dambaan setiap orang. Boleh dikatakan mendapatkan berat badan ideal menjadi cabaran besar kepada hampir semua orang khususnya selepas usia menjangkau angka 40.
7 LANGKAH BERAT BADAN IDEAL!
MULAKAN SEKARANG
Menurunkan berat badan tidak cukup dengan bermodalkan niat. Anda perlu tekad melakukannya selain memastikan diri mengikut segala perancangan terutama dari segi pemakanan harian anda dan senaman.
LETAKKAN SASARAN YANG MUNASABAH
Tetapkan sasaran yang mampu dicapai dan bukannya di luar kemampuan diri. Penurunan berat badan sebanyak setengah kilogram setiap minggu dianggap jumlah yang ideal dan tidak keterlaluan. Malah, anda juga tidak berasa tertekan untuk mencapai sasaran.
Keupayaan seseorang individu berbeza antara satu sama lain. Sesetengah orang yang mempunyai perancangan teratur dan tekad yang tinggi mungkin boleh mencapai penurunan yang lebih banyak berbanding setengah kilogram dalam tempoh seminggu. Jangan paksa diri sehingga melebihi kemampuan.
TIDAK PERLU TERLALU MEMAKSA
Jangan memaksa diri dengan langsung tidak mengambil makanan wajib seharian. Ramai yang mungkin menyarankan supaya anda mengehadkan itu dan ini, tetapi sebaiknya dapatkan ilmu mengenai pemakanan.
JUMLAH KALORI
Ketahui jumlah kalori yang perlu diambil setiap hari, begitu juga jumlah kalori yang perlu anda bakar supaya ia memudahkan lagi proses penurunan berat badan.
Sekiranya anda langsung tidak mengambil makanan penting, ia bukanlah dapat membantu anda menurunkan berat badan. Hakikatnya ia lebih membuatkan anda berasa terlalu lapar yang secara tidak langsung akan mendorong anda makan dengan lebih banyak. Apabila mengambil makanan lebih daripada had sewajarnya, tentu sekali kalori juga bertambah.
Percepatkan sarapan jangan meninggalkan pengambilan sarapan kerana ia ternyata dapat membantu anda menurunkan kalori dengan lebih cepat. Sekiranya anda meninggalkan sarapan, bimbang anda akan terlebih makan menjelang tengah hari kerana terlalu lapar.
BANYAKKAN MINUM AIR KOSONG
Kurang minum menyebabkan berlakunya banyak masalah kesihatan lain dan mengganggu proses penurunan berat badan. Kita disarankan minum sekurang-kurangnya lapan gelas air sehari. Pada masa sama, kurangkan pengambilan minuman dan makanan manis.
BERSENAM WALAUPUN GERAKAN RINGKAS
Senaman memainkan peranan penting dalam proses menurunkan berat badan. Senaman yang dilakukan secara sistematik menyebabkan proses mengeluarkan peluh dan pembakaran kalori berjalan dengan cepat, sekali gus membantu mendapatkan berat badan ideal.
Amalkan senaman tiga kali seminggu, sekurang-kurangnya 45 minit sehari. Bagi yang tidak biasa, ia mungkin kelihatan membebankan tetapi percayalah pasti ada hikmah di sebaliknya. Untuk mendapat kesan yang lebih baik, lakukan senaman setiap hari.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Nak maintain kurus di bulan puasa mungkin ada yang kata ia suatu yang mudah, ada juga yang selepas berpuasa berat naik mendadak. Bagi mengelakkan masalah ini terjadi, anda harus patuh dengan 12 cara ini untuk pastikan berat badan tidak bertambah sepanjang Ramadan.
1.Paling penting untuk kita lakukan adalah mengenalpasti kadar metabolisme tubuh badan. Ini kerana individu yang mempunyai kadar metabolisme tinggi, mereka tidak mempunyai masalah pertambahan berat badan walaupun makan banyak ketika berbuka.
2.Bagi individu yang mempunyai kadar metabolisme rendah, harus lebih berhati-hati dalam soal pemilihan kuantiti dan jenis makanan ketika berbuka. Elak makan melebihi keperluan harian kerana ia akan menimbulkan masalah berat badan apatah lagi tiada aktiviti yang berat di waktu malam selepas berbuka.
3.Ramai yang menganggap bersahur itu sesuatu yang remeh tetapi hakikatnya sahur adalah sama pentingnya dengan bersarapan. Bersahur akan membantu badan mengimbangi zat gizi yang tidak diperoleh tubuh selama sehari berpuasa. Jadi, prinsip bersahur bukan untuk kenyang semata-mata tetapi lebih kepada makanan yang bergizi tinggi.
4.Mulakan saat berbuka dengan makan makanan yang mudah, ringkas dan dalam kuantiti yang sedikit demi sedikit tetapi berulang-ulang. Kejutan ‘jutaan’ makanan secara tiba-tiba akan membuatkan perut berasa tidak selesa dan anda mudah berasa meloya.
5.Jangan lupakan sayuran dan buah-buahan di dalam menu berbuka dan bersahur anda. Seelok-eloknya apabila berbuka puasa, makanan yang diambil perlulah bergantung pada keperluan individu.
6.SEBAIKNYA ELAK ATAU KURANGKAN PENGAMBILAN MAKANAN YANG BEREMPAH DAN PEDAS KERANA IA BOLEH MENYEBABKAN PEDIH PERUT DAN GASTRIK. SELAIN ITU, ELAKKAN JUGA DARIPADA MINUM MINUMAN BERKARBONAT ATAU KANDUNGAN KAFEIN YANG TINGGI KERANA IA AKAN MEMBURUKKAN LAGI KEADAAN PERUT YANG KOSONG SETELAH SEHARIAN BERPUASA.
7.Elakkan makan banyak selepas menunaikan solat terawih dan tidur ketika perut masih kenyang kerana ia akan merangsang kepada kegemukan. dinasihatkan untuk tidur sekurang-kurangnya tiga jam selepas makan.
8.Kurangkan pengambilan lemak dan bukan karbohidrat dalam menu diet kita. Ini kerana satu gram lemak mengandungi sembilan kalori berbanding hanya empat kalori bagi satu gram karbohidrat.
9.Berpuasa tidak seharunya dijadikan alasan untuk kita kurang minum air. Pastikan kita semua minum air secukupnya di antara waktu bersahur dan juga berbuka puasa.
10.Aktiviti senaman juga sebaiknya diteruskan meskipun kita berpuasa. Bezanya, kita boleh memilih aktiviti kecergasan berintensiti rendah dan kecergasan selama 30 minit setiap sesi untuk sekurang-kurangnya tiga kali seminggu.
11.Positifkan diri dengan membuat target badan yang realistik dan perancangan yang sesuai. Jangan memaksa diri mencapai perkara yang tidak logik dalam masa yang singkat.
12.Jangan asyik menimbang berat badan. Kita akan kecewa jika masih tiada perubahan. Cara paling fleksibel ialah menimbang berat badan tidak lebih sekali dalam seminggu.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang