Untuk mereka yang mempunyai rambut kerinting, kadangkala tidak tahu apakah stail yang sesuai kerana rambut mereka tidak tumbuh dengan lurus.
Kebanyakan gaya potongan moden pada hari ini amat sesuai untuk digayakan oleh pelbagai jenis rambut. Ia tidak lain tidak bukan untuk memperhebatkan lagi gaya anda.
Ini MASKULIN sediakan panduan senarai 5 gaya yang sesuai anda buat walaupun berambut kerinting.
1. Potongan curly pompadour
Pompadour merupakan salah satu gaya rambut yang paling popular untuk lelaki. Biasanya setelah rambut dipotong, tukang gunting akan menggunakan pengering rambut untuk meluruskan rambut yang kerinting, lalu rambut akan di blow untuk membuat efek ikal yang sempurna.
Ads
2. Potongan low fade
Potongan rambut ini memiliki gaya rambut yang lebih panjang di bahagian atas dengan tekstur kerinting yang sedikit. Selain itu rambut di bahagian kanan dan kiri kepala dipotong rapi dengan potongan pendek. Panjang atau pendeknya rambut bahagian atas dapat disesuaikan mengikut bentuk wajah anda.
Ads
3. Potongan modern afro
Stail ini merupakan pilihan gaya rambut yang sangat tepat. Potongan rambut dengan gaya yang tipis di sisi kiri dan kanan kepala akan menimbulkan kesan yang lebih mendalam di garis wajah serta bentuk muka.
Ads
Potongan rambut ini sangat sesuai digunakan bila anda mempunyai jambang nipis sehingga membuatkan anda nampak lebih jantan.
4. Potongan rambut pendek
Potongan rambut yang pendek adalah salah satu cara termudah untuk mengawal rambut kerinting anda. Namun, anda kena pastikan agar ia tidak terlalu pendek hingga rambut kerinting anda dicukur habis.
5. Potongan rambut side part
Ini adalah potongan yang sangat bergaya namun masih lagi mengekalkan nilai klasik dan nampak unik.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Ramai yang suka pakai minyak wangi. Selain boleh menyerlahkan penampilan, memakai minyak wangi juga boleh meningkatkan keyakinan diri.
Tentu anda stres bila minyak wangi yang disembur pada waktu pagi semakin hilang menjelangnya tengah hari. Sebenarnya ada cara nak pastikan bau minyak wangi kekal lama.
Semburan di bahagian ini membuatkan bau minyak wangi kekal lama kerana kawasan ini tidak memerlukan pergerakan yang banyak. Malah perpeluhan di kawasan ini juga akan meningkatkan lagi bau minyak wangi yang anda pakai.
Kajian menunjukkan bau minyak wangi kekal lebih lama pada kulit berminyak berbanding kulit kering. Jika anda mempunyai kulit kering, lembapkan dahulu dengan losen atau pelembap yang tidak mempunyai bau sebelum anda menyembur minyak wangi.
Tip berkesan agar bau minyak wangi bertahan lama ialah dengan menyapu sedikit Vaseline terlebih dahulu pada nadi sebelum anda memakai minyak wangi.
Haba, cahaya dan kelembapan boleh memecahkan molekul pada minyak wangi dan mengurangkan kualiti baunya. Langkah sebaiknya anda simpan minyak wangi di tempat yang sejuk, kering dan jauh dari tingkap.
Elak menggosok minyak wangi dengan tangan kerana perbuatan ini boleh merosakkan molekul wangian tersebut dan menyebabkan baunya jadi berbeza. Cara yang baik, semburkan minyak wangi pada jarak 4-6 inci dari kawasan sasaran. Elak sembur pada sesuatu kawasan itu dengan semburan yang lama atau panjang. Cukup hanya semburan ringan kerana ia akan menyebarkan bau yang sama rata pada tubuh anda.
Jangan sembur minyak wangi pada rambut kerana kandungan alkoholnya boleh membuatkan rambut jadi kering. Sebaiknya, semburkan minyak wangi pada sikat dahulu sebelum anda menyikat rambut.
Kelembapan pada kulit anda akan membantu mengekalkan bau minyak wangi. Jadi pakailah minyak wangi selepas mandi dan sebelum anda memakai pakaian. Cara ini juga akan menghalang bau minyak wangi dari mengotori pakaian atau aksesori anda.
Minyak wangi berkesan kepada kulit yang ‘panas’ dan mempunyai peraliran darah yang baik. Selain di bahagian dada, anda juga boleh menyembur minyak wangi di belakang telinga, nadi pada sendi tangan, siku, celah paha, belakang lutut dan pergelangan kaki untuk mengekalkan bau minyak wangi.
Langkah berjimat, anda boleh campurkan titisan akhir minyak wangi ke dalam losen badan anda. Ini akan membuatkan losen anda sentiasa wangi.
Jangan goncang botol minyak wangi kerana cara ini akan membuatkan udara mudah masuk dan mengurangkan kualiti bauannya.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Ray-Ban, sebagai jenama cermin mata yang telah lama dikenali di seluruh dunia, sentiasa berinovasi dalam reka bentuk dan gaya cermin mata mereka.
Dengan pelancaran Ray-Ban Reverse, mereka sekali lagi membuktikan bahawa mereka adalah peneraju dalam industri fesyen.
Sejak ditubuhkan pada tahun 1937 ia telah menjadi jenama cermin mata hitam yang bukan sahaja popular tetapi cukup ikonik.
Model seperti Aviator dan Wayfarer terutamanya adalah rekan bentuk yang paling dikenali dan sinonim dengan jenama Ray-Ban sejak dulu sehingga kini. Bak kata orang ia merupakan seleksi cermin mata yang akan sentiasa relevan sepanjang zaman.
Foto-foto ikonik selebriti legenda yang menggayakan Ray-Ban seperti James Dean, Tom Crusie dan juga Leonardo DiCaprio sering dijadikan rujukan fesyen lelaki terunggul.
Walaupun Ray-Ban cukup popular dengan warisannya, namun ia sesekali tidak takut untuk melakukan inovasi baharu.
Jenama ini telah memperkenalkan pelbagai gaya, bahan dan teknologi baharu selama ini, memastikan ia kekal di barisan hadapan dalam aliran fesyen. Keupayaan mereka untuk menyesuaikan diri sambil mengekalkan identiti teras mereka adalah bukti kehebatan reka bentuk mereka.
Terbaru, Ray-Ban Reverse tampil sebagai inovasi fesyen terbaru. MASKULIN sempat menggunakan sendiri Ray-Ban Aviator Reverse selama beberapa minggu untuk merasai sendiri pengalaman memakainya.
Ray-Ban Aviator Reverse merupakan satu pencapaian luar biasa dalam kejuruteraan lanjutan, bentuk kanta berubah daripada cembung tradisional kepada cekung tanpa perlu mengorbankan ketepatan optik, kuasa astigmatik, prismatik dan penyelesaian yang inovatif.
Ray-Ban Reverse bukan sahaja menawarkan reka bentuk yang unik tetapi juga menggabungkan unsur-unsur klasik yang telah dikenali ramai.
Dengan bingkai yang diterbalikkan, ia memberikan nafas baru kepada gaya cermin mata tradisional dan menonjolkan ciri-ciri moden yang menarik perhatian.
Perkara paling menonjol dan pastinya menarik perhatian sesiapa sahaja apabila melihat cermin mata hitam ini ialah kantanya. Tidak keterlaluan untuk MASKULIN katakan Ray-Ban Reverse telah secara harfiahnya mentakrifkan semula cara kita melihat dunia.
Apa yang benar-benar membezakannya ialah prestasi kejuruteraan yang luar biasa. Peralihan daripada reka bentuk cembung tradisional kepada reka bentuk cekung adalah satu langkah yang sangat berani dan mengejutkan ia sangat membuahkan hasil buat jenama ikonik ini.
Kelengkungan cekung bermain dengan cahaya yang membolehkan pengalaman visual yang lebih tinggi.
Dikuasakan oleh rawatan anti-silau oleh EssilorLuxottica, kanta terbalik direka untuk mengurangkan pantulan sebanyak 70% pada panjang gelombang. Oleh itu, memastikan penglihatan anda berada pada potensi penuh tanpa mengira persekitaran.
Apa yang membuat Ray-Ban Reverse begitu istimewa adalah keberanian jenama ini untuk mengambil risiko dan mencabar norma dalam dunia fesyen. Ini mencerminkan semangat generasi muda yang ingin menonjol dan berbeza, sambil tetap mempertahankan kualiti dan keselesaan.
Menurut Ray-Ban ia juga dihasilkan dengan kesedaraan kelestarian alam dengan menggunakan palet bahan alternatif, termasuk kanta nilon berasaskan bio dengan kandungan karbon berasaskan bio 41%, bingkai asetat berasaskan bio dengan kandungan karbon berasaskan bio 67% dan 100% dikitar semula pembungkusan, kad dan kain pembersih.
Dalam konteks fesyen lelaki, Ray-Ban Reverse bukan sahaja menjadi aksesori yang menambahkan gaya, tetapi juga mencerminkan personaliti dan keyakinan pemakainya. Ia sesuai untuk lelaki yang ingin menunjukkan sisi berani dan berbeza mereka, sambil tetap menjaga imej klasik dan elegan.
Kesimpulan bagi MASKULIN, Ray-Ban Aviator Reverse bukan sahaja bertindak sebagai cermin mata, tetapi juga sebuah pernyataan gaya buat seorang lelaki.
Dan keunikannya telah berjaya mendefinisikan semula apa yang bermaksud dengan gaya dalam dunia fesyen lelaki dan pasti akan terus menjadi trend dalam masa yang akan datang.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Servis kereta sebelum balik kampung sangat penting bagi memastikan perjalanan raya lebih selamat. Ikuti checklist pemeriksaan kereta ini sebelum memulakan perjalanan jauh.