Terdapat banyak ciri-ciri menarik yang ada pada lelaki diminati wanita. Ia bermula daripada rupa paras yang menarik hingga mempunyai pemikiran yang matang serta tinggi intelektualnya.
Namun, jika anda seorang yang berfikiran terbuka, itu adalah markah bonus dan sesungguhnya anda seorang yang bertuah.
Ini kerana, lelaki seperti ini memiliki ruang yang khas di mata wanita. Berikut adalah beberapa ciri-ciri lelaki berfikiran terbuka yang sentiasa di dambakan seorang wanita.
Anda seorang yang sentiasa peka dengan isu terkini. Jika sedang berbincang serta bertukar pendapat, anda tidak menolak pandangan orang lain walaupun berbeza pendapat. Sokong lagi adalah.
2. Tidak mudah menghukum
Walau apapun yang sampai ke telinga anda tentang seseorang, anda tidak mudah menerima bulat-bulat. Periksa dahulu maklumat tersebut atau bersemuka adalah jalan terbaik yang sentiasa anda ambil.
IKLAN
3. Tidak menilai sesuatu perkara dari satu sudut pandang sahaja
Jika timbul sesuatu isu, lelaki yang berfikiran terbuka tidak sesekali mudah menuding jari. Dia akan menyiasat terlebih dahulu serta mengkaji dari segenap sudut sebelum membuat keputusan.
4. Sentiasa menerima kekurangan & kelebihan orang lain
Lelaki optimis seorang yang menghormati keterbatasan orang lain. Kerana sebagai manusia, kita punyai kelebihan dan kekurangan yang tersendiri. Walaubagaimanapun, pasti kita mempunyai kelebihan masing-masing.
5. Peka potensi diri & tahu untuk mengembangkannya
Sifat ini adalah bonus, ini kerana dia sudah temui kelebihan yang ada dalam dirinya dan tahu bagaimana nak mengembangkannya menjadi sesuatu yang menguntungkan.
Penggunaan skrin atau monitor kini merupakan satu perkara yang cukup penting dalam aktiviti harian pengguna. Sama ada untuk tujuan kerja, riadah, tontonan biasa mahupun gaming ia kini dianggap sebagai peranti cukup ‘essential’ terutamanya di kalangan pengguna muda.
Namun di sebalik lambakan tawaran monitor pintar di pasaran pastinya agak mengelirukan untuk pengguna melakukan pilihan. Di antara jenama yang cukup sinonim sebagai pelopor teknologi visual dan paparan skrin di dunia ialah Samsung.
Terkini, mereka turut memperkenalkan Samsung M8 Smart Monitor yang merupakan sebuah peranti cukup mengagumkan. MASKULIN telah diberi kesempatan oleh Samsung Malaysia untuk merasai sendiri menggunakan monitor ini selama lebih kurang seminggu.
Secara dasarnya kita bolehlah menganggap bahawa Samsung M8 Smart Monitor merupakan sebuah televisyen 32 inci 4K HDR yang melakukan ‘penyamaran’ sebagai sebuah monitor. Mengapa MASKULIN berkata demikian? Ikuti review lengkap di bawah.
SPESIFIKASI
Samsung M8 Smart Monitor merupakan sebuah monitor yang menawarkan kualiti 4K hadir bersama skrin 32 inci. Ia juga mempunyai sokongan HDR10+ dengan sokongan sambungan USB-C dan Micro-HDMI.
Apa yang membuatkan Samsung M8 Smart Monitor cukup berbeza ialah sistem operasinya dengan Tizen OS yang dibangunkan Samsung sendiri. Dengan sokongan ini pengguna mampu melakukan penstriman video tanpa perlu sokongan atau sambungan peranti luar.
REKAAN
Sekali imbas monitor ini sememangnya cukup elegan. Tampil dengan warna putih ia dilihat cukup mesra dan mudah digunakan. Selain warna putih ia turut hadir dengan beberapa seleksi warna seperti biru dan merah jambu.
Bezel pada monitor juga tidaklah terlalu besar dan cukup slim. Untuk sokongan stand dan front chin juga hadir dengan warna yang sama dengan monitor.
Rekaan stand Samsung M8 Smart Monitor hadir dengan bentuk sedikit kompak dan sedikit sempit bagi monitor bersaiz seperti ini. Namun secara keseluruhan ia tidak terlalu mengganggu pengalaman hebat menggunakannya.
Port USB-C yang tersedia membolehkan sambungan bersama PC atau Mac dengan kabel tunggal. Manakala port Micro-HDMI pula menawarkan sambungan kepada peranti bersesuaian.
Selain itu, di antara tarikan utama Samsung M8 Smart Monitor ialah kehadiran webcam yang menampilkan ciri menarik. Mudah untuk dipasang dan dicabut kerana menggunakan fungsi magnetik, webcam ini turut menawarkan sistem sekuriti fizikal yang baik.
Jika tidak mahu digunakan ia boleh dicabut dengan cukup mudah. Buat masa kini, webcam yang tersedia pada Samsung M8 Smart Monitor boleh digunakan dengan menggunakan aplikasi Google Duo.
SISTEM KAWALAN JAUH
Sebuah monitor pintar tidak akan lengkap tanpa alat kawalan jauh yang membantu pengguna melakukan navigasi untuk kandungan di atas talian. Alat kawalan jauh Samsung M8 Smart Monitor hadir bersama butang shortcut untuk Amazon Prime, Netflix dan juga Disney+. Ketiga-tiga platform tersebut merupakan antara penyedia kandungan penstriman paling popular di dunia.
Fungi SmartTV padanya juga turut menyaksikan ia menyokong web browser dan sambung tanpa wayar untuk pencerminan skrin termasuklah Apple AirPlay. Malah lebih menarik lagi ia turut menyokong aplikasi seperti Microsoft 365.
Bagi peralatan luaran pula ia turut menyokong papan kekunci dan tetikus. Jadi buat anda yang ingin melakukan kerja menggunakan aplikasi Microsoft tidak perlu risau.
MELENGKAPI KEPERLUAN
Dengan segala macam ciri moden dan sokongan, Samsung M8 Smart Monitor merupakan peranti yang boleh anda pertimbangkan anda kata penggunaan harian itu meliputi kepelbagaian keperluan. Ia cukup sesuai buat mereka yang mahukan satu peranti bagi dua tujuan berbeza iaitu sebagai TV dan juga monitor.
Secara keseluruhannya di sebalik sedikit kekurangan yang ada itu tidak membuatkan Samsung M8 Smart Monitor tidak berada pada kelasnya tersendiri. Kepuasan visual yang berada pada tahap memuaskan serta kemampuannya melakukan sokongan pelbagai aplikasi menjadikan Samsung M8 Smart Monitor sebagai sebuah monitor pintar yang bersifat ‘value for money’!
Karakter Joker kini menjadi salah satu nama yang cukup popular di kalangan penggemar filem yang diadaptasikan dari komik.
Dan populariti karakter ini dapat dilihat dengan kejayaan luar biasa filem ‘Joker’ yang ditunjangi oleh pelakon hebat, Joaquin Phoenix. Ia kini menjadi salah sebuah filem adaptasi komik palingberjaya dalam sejarah perfileman.
Sehingga kini ia telah mendapat jumlah kutipan sebanyak USD737.5 juta di seluruh dunia. Kehebatan filem ini sebenarnya banyak direalisasikan oleh lakonan penuh kaliber Joaquin.
Namun tahukah anda bahawa terdapat adegan atau babak terbaik bagi Joaquin telah dipotong daripada filem ini?
Menerusi temubual bersama Collider, Joaquin dan pengarahnya, Todd Phillips berbincang mengenai pembikinan ‘Joker’. Mereka berdua berkongsi bahawa tempoh sebenar jumlah masa filem ialah dua jam setengah.
Ini bermakna mereka telah memotong kita-kira setengah jam daripada babak keseluruhan.
“Terdapat banyak babak yang telah dipotong dan ia tak akan dimuatkan di dalam DVD. Saya bukan jenis yang suka buat ‘deleted scene’ dalam DVD,” jelas Phillips.
Todd Phillips & Joaquin Phoenix.
Namun bagi Joaquin di antara babak yang telah dipotong merupakan yang terbaik bagi dirinya. Walaupun begitu dia memahami keputusan yang dilakukan oleh pengarahnya yang mahukan hala tuju filem mengikut acuannya.
“Itulah yang menariknya tentang filem. Mungkin bagi saya itu adegan terbaik namun mungkin tidak dalam bventuk kolektif keseluruhannya,” tambah Joaquin.
Apa agaknya babak yang telah dipotong itu? Semoga pihak Warner Bros dan DC akan memuatkannya dalam keluaran Blu-Ray di masa akan datang.
Ada waktunya, makanan harian anda boleh menjadi punca dan sebab mengapa anda mudah terdedah kepada serangan gout.
Lebih-lebih lagi gout terjadi apabila asid urik berkumpul pada bahagian sendi sekali gus menyebabkan ia menjadi radang.
Apabila kandungan asid urik terlampau tinggi, ia selalunya menjadi kristal dalam bentuk monosodium urate.
Kristal ini pula selalunya susah terlarut pada suhu yang rendah dan disebabkan perkara itu, serangan gout selalu berlaku pada sendi yang terletak pada kaki.
Ditambah pula kerana lokasinya yang jauh daripada badan menyebabkan suhu pada bahagian tersebut lebih rendah sedikit berbanding dengan sendi yang lain.
Pesakit selalunya akan mengadu kesakitan yang melampau pada sendi yang terlibat terutamanya pada bahagian ibu jari kaki dan ini adalah menu harian yang perlu dipantau :
1. Seafood & ikan bilis
2. Daging merah
3. Kekacang
4. Roti penuh bijirin
5. Hati, limpa dan organ dalaman haiwan
Semua nampak lazat bukan? Tetapi awas.. kalau anda berisiko terkena gout, elakkan untuk menikmati makanan sebegini. Semoga bermanfaat!